Ads 468x60px

Isnin, 31 Januari 2011

Churp Churp... Jom Join Ramai-Ramai

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Jom kita meriahkan churp-churp ni plak ye. Sama je cam nuffnang..

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua

Aku copy sebijik dari jomPHP . Sebar2kan la ok...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.
Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci.  Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,  twitterblog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir







Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui: 
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch 
 Twitter DyyaDizarch 
BlogNadia-ism 
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook,  twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

8. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari kami di JomPHP.

Insya Allah Malay Version

Gud Morning. Ha pagi-pagi ni lepas dgr lagu Maher Zain terasa nak upload blog pulak. Korang dengar la lagu Maher Zain version malay ni.

Aku tabik spring la dgn dia. Sebutan memang mantap dan jelas. Siyes memang ca org melayu betul.


sangat best. Layan ok.

Ahad, 30 Januari 2011

Layang-layang berterbangan

Hye u ols... Ha sebenarnya ciita ni dah agak lama la. Tapi aku tetap nka cerita jugak. Aku punya suka la kan. hehe.. ok ceritanya.. once upon a time.. cewah.. haha.. aku sebenarnya dulu agak addicted la dgn layang-layang...

nak katakan hampir setiap petang kalau aku cuti aku heret kakak dgn anak buah aku main layang-layang dekat Eye On Malaysia yg dh dibawa ke melaka tu kan. Melaka Maju la katakan *berlagak*.. hehehe... Kalau tak pun aku g kat dataran 1 Malaysia best jugak.

Tapi siyes mmg best main layang-layang. Nak pulak bila angin kuat kan. Xpayah nak lari-lari lagi dh dia terbang sendiri.
Jom layan gambar-gambar yang aku ada.

Kakak dan anak buah aku..

adik aku yg pakai spec tu..




layang-layang berterbangan



mcm yeye je dak kecik ni main.. Hehe.. 




Hurm mane aku? aku camera men mane nk ade dlm gmbr.. aku xsuka interframe la.. hehe.. actually byk lagi gmbr tpi ckup la ni ye. K ckup smpai disini sj. Cewah.. hehe.. ok byee guys..

Jumaat, 28 Januari 2011

BALIK KAMPUNG HO HO HO BALIK KAMPUNG

Lame betul rasa xupdate blog kan. Ok ni aku nak cite la perjalanan pulang dari UKM ke kampung aku Melaka. Jauh betul perjalanan aku....

Mula-mula dari UKM ke Stesen KTM ukm aku naik bas ni ha..

Tapi kadang-kadang kalau dlm beg duit aku ade duit lebih dan malas nak menunggu aku naik teksi je. Cepat ckit smpai. Yela klu naik bas UKM 2 dia pusing ukm baru le kuar ke stesen ukm. 

Ok sambung cite. Setelah setengah jam menunggang bas UKm ni akhirnya aku sampai la ke...


Ye stesen ktm ukm.. Yang lembu tu sekadar penghias je ok dan diluar pagar. Kalau dlm pagar mau aku buka langkah seribu. Pengalaman dikejar lembu terbyg2 lagi kat kpla aku..
Sesampainya aku di stesen ktm ni duduk la aku menunggu utk tunggangan yg kedua pulak..




Ha ini la tunggangan yg aku naik utk membawa aku ke Seremban. Aku nak balik mlk tapi kenapa ke seremban?? Ha sebabnya kat seremban ni je ada tiket nak balik melaka. Dari bangi mana ada bas balik melaka. Ok aku pun menunggang lagi tren ni pulak. Adala dlm masa 40 min aku menunggang akhirnya sampai la ke destinasi.. Nasib baik la xjadi mcm ni..




Sampai disini berjalan kaki la aku ke TERMINAL 1.. tempat beli tiket bas ke melaka..

ni la rupa lorong pejalan kakinya.. kekadang mcm takut pun ada tp rmai yg jln dan ada podok plis.. xksh la sgt,,


TERMINAL 1 tempat tiap2 minggu aku dtg.. yela dh tiap2 minggu aku balik melaka kan.. hehe..


bas ni la yg aku naik tiap2 minggu. Murah dan cepat serta selamat..
Dan apabila lepas 2 jam menunggang bas ni akhirnya baru la tiba ke destinasi yg tepat dan betul. my lovy davy home sweet home..


Ha so? jauh x perjalanan aku.. kena tempuh bermcm-mcm dan menunggang berbagai-bagai kan. haha.. 
Ha korang ingt senang nak belajar jauh-jauh. Jadi yg dekat dengan rumah tu bersyukur la ye..







Isnin, 24 Januari 2011

BER "HANG OUT" WITH THE "SKULMATE GILA'S"

Entry kali ni nak cite pasal kengkawan aku yang memang very the gila yang penah aku jumpa la. Aku kenal since  sekolah lagi sampai la sekarang. Kira bff la ni. Meah aku kenalkan.


Dari Kiri Bila Ngadap Skrin : Zul, Arib, Azam, Farid, Radziman
Dari Kiri Perempuan : Tudung hitam (enon dkomersialkan JEN), tudung purple gelap (lily), tudung purple terang ( aku yang comel)

Ni aku bagi biodata budak-budak ni sikit mana tau ada yang berkenan kan. Ceh dah macam mak ayam lak aku promote anak buah. Hahaha.

Zul : Dah bekerja. Dah boleh kawen ( mata menjeling Radziman ). Tahap gila : gila-gila remaja
Arib : Single but not available k. Tahap gila : gila-gila sengal.
Azam : dah keja jugak. Status tak dpt dikenal pasti. Cewah. Tahap gila : gila-gila cover.
Farid : Bakal cikgu cikgi. Tahap gila : Gila tahap gaban dan overdose dari org gila real punya.
Radziman : Dah nak keja kot. Planner kitaorg bila nak keluar. Tahap gila : Gila-gila air.

The girls:
Jen : Dah bekerja jugak. Tak available dah ok.
Lily : @malamku.. Bff terbaeek aku.
Lat but not least aku yang comel 2. Note ayat tu ok. Ayat mintak pelempang *gedik*

Ok siap aku promote bdk2 ni. So ada yang berkenan ke? Hehe.. Ok aku sebenarnya nak upload video dorang ni menunjuk bakat menyanyi tapi disebabkan line internet yg cam siput BA** dah 2 jam tak siap-siap upload lagi jadi aku putuskan untuk tidak mengupload lagi video ni.

Lain kali yek.
p/s: Farid selamat la ko kali ni. (^_^)

So aku just tukarkan dgn gambar-gambar aksi terlampau budak-budak ni jela ye.

yang tengah-tengah tu muka tak sabar nak melahap.



menjiwai siot. bangga aku kawan-kawan artis ni *erk*



keluarga bahagia.. *peace*


herm..herm...


ops terlupa sudah. Yang baju belang tu namanya fidha. Anak imam ok.

The best friends i ever had. Love u ol la. Frenz forever. *jiwang* 














Ahad, 23 Januari 2011

DATO LEE CHONG WEI JUARA TERBUKA MALAYSIA

Ye kawan-kawan ternyata kehebatan Dato Lee Chong Wei memang tak dapat ditandingi oleh Taufik Hidayat. Dato Lee Chong Wei menang dua set 21-8, 21-17 mengalahkan Taufik Hidayat.



Caya la Malaysia. Tapi pelik kan kenapa semua pemain boleh dikalahkan tapi bukan Lin Dan. Bila jumpa Lin Dan je Dato Lee Chong Wei macam tak kena je.



Lepas ni pula terbuka Korea. Tahun lepas Dato Lee Chong wei menang tapi tahun ni?? Tak tahu lagi sebab Lin Dan ada. Doa-doakan la menang ye.

Dan yang tak bestnya Terbuka Malaysia tahun ni, daripada 5 acara, 4 acara selain perseorangan Lelaki dimenangi oleh pemain dari China. Hebat sgt ke China ni sampai susah nak dikalahkan.

Tak kisah la janji ada juga wakil Malaysia yang menang.

MACAMANA NAK DAFTAR NUFFNANG?

Walaupun aku ni boleh dikira baru lagi dalam berblogging tapi aku tau la cara nak masukkan iklan nuffnang kat blog. Jadi ni aku bagi step by step pada sesiapa yang tak tahu ok.

STEP 1
pegi ke www.nuffnang.com


Lepas korang klik daftar tu nanti akan keluar BLOGGER atau ADVERTISER. Korang pilih blogger k.

STEP 2

Lepas keluar macam ni korang penuhkan apa yang dia nak ok. Make sure alamat betul sebab cek akan dihantar ke alamat yang korang masukkan dalam borang ni.

STEP 3


Korang akan dapat emel macam ini untuk verifcation. Jadi untuk aktifkan korang klik link yang dia bg 2.

STEP 4

Korang nampak Hello, blogger x? Ha korang login masuk.

STEP 5


Ok Jadi la macam ni. Lepas tu kat situ ade tumnail blogger bio kan.

1) Klik BLOGGER BIO dan penuhkan. Jawab baik-baik ye. 

2) Klik BLOG MANAGER dan daftar blog yang korang nak masukkan iklan nuff.

3) Klik ADD ADS untuk code html yang korang kene masukkan kan blog korang.

STEP TERAKHIR
Lepas korang dah paste code html kat blog then siap. Juz naikkan trafic blog korang je.

Sekian selamat berblogging.

p/s: kalau ada yang tersilap dan terslh hrp maaf ye. sila la betulkan pada yg lebih tahu. *peace*








HARI TANPA SELUAR PANJANG

Hari tanpa seluar??? Ha sudah kalau tak ada seluar ape je yang tinggal kan. Ha sebenarnya aku tertingggal panjang kat Tajuk aku tu. Hehe. Saja bikin gempak kan.

"HARI TANPA SELUAR PANJANG".di NEW YORK. Aku terbaca la kat kosmo online tadi.


Hari tanpa seluar panjang di New York

SEJUMLAH orang mengambil bahagian dalam hari tanpa seluar panjang di New York kelmarin.


NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.
Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.
Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.
Trend itu bermula pada 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt.
Acara itu bermula pada pukul 3 petang dan hebahan mengenainya dibuat di laman web Facebook. - Agensi

Ha 2 la artikel kat kosmo 2. Yela seperti yg kita ketahui budaya barat ni memang senang nak menular kat Malaysia ni nak pulak kat ARTIS kita. Peminat pulak memang pantang tengok ARTIS macam tu cepat je ikut.
Tapi korang jangan tak tahu ok kat MALAYSIA ni memang tak dianjurkan HARI TANPA SELUAR PANJANG tapi dah memang ada "HARI PEREMPUAN BERTUDUNG TANPA SELUAR PANJANG"
Tak caye?? tengok ni,




Ha sekarang caya x? Bukan la nak cakap aku ni baik sangat tapi aku tau la jugak batas-batas nak berfesyen.

Jadi lu pikir la sendiri.

Sabtu, 22 Januari 2011

Dato Lee Chong Wei Melangkah Ke Final Malaysia Open

Setelah seisi keluarga aku menantikan perlawanan diantara Dato Lee Chong Wei dengan Chen Long (China), akhirnya Dato Lee Chong Wei telah memenangi Game ni dengan straight set 21-9 dan 21-9.

Bawah 10 ok. Bangga siot aku dengan Dato Lee Chong Wei. Yang paling aku bangga la kan Dato Lee Chong wei kalahkan dengan dua set je dan bawah 10. Chen Long tu ikut ranking BWF no 3 dunia dan No 1 diantara semua pemain-pemain China termasuk Lin Dan.




Antara aksi-aksi dato Lee Chong Wei. Ok saya tipu gambar ni bukan dalam game tadi tapi gambar ni jumpa kat google. Hehe... Boleh la kan janji muka Dato Lee Chong Wei.

Esok pula Dato Lee Chong Wei akan bertemu dengan Taufik Hidayat ( Indonesia ) dan inilah satu-satu nya perlawanan yang tiada pemain dari China. Yang lain-lain mesti ada China even ada perlawanan antara China-China. Sangat membosankan. Bila la Malaysia boleh jadi macam tu kan.



Jadi jom kita sokong Dato Lee Chong Wei ramai-ramai ye supaya dapat mempertahankan kejuaraan nya dalam Terbuka Malaysia untuk yang keberapa saya tak sure la. Hhmm aku pelik kenapa ayat aku sangat skema malam ni. Hehe..

Pape pun maju la sukan untuk negara.
*peace*



TIPS nak POPULAR

Ha ni aku ada tips nak bagi korang instant popular.. Tips ni dari penilaian aku la. So suke ati aku la nak bagi tips apa kan sebab penilaian aku bukan korang ok..

1) Buat lagu sendiri, rakam then upload kat youtube
    -ha ramai dah buat keje ni. Korang mesti tau sapa kan. Tak tahu?? Cari la kat Utube berlambak. Xpela ni aku bg contoh la. Korang ni semua nak bagi..



Tapi make sure lagu korunkk pun best2 mcm ni k baru org tengok. Kalau setakat lirik 2 baris bunyi gitar je xpayah la buang masa ye.


2) Miming then upload kat Utube
    - miming?? meh aku terangkan. Korang bukak lagu yang tengah top masa ni, korang miming la dengan gerak mulut yang menyakinkan. Nak lagi terkenal ha buat dance die ke aksi la sekali. Sebagai contoh:

ha 2 die.. lagu hujan tak tahan.

3) Korang buat la post berani mati nye sama ada kat facebook ke blog ke twitter ke..
Nak contoh?? Korang ingat budak Rafiqin Darwisy yang kutuk Arwah Din Beramboi tak? Ha mcm 2 la statement berani mati klu korang mmg dah lama hidup la kan. Gerenti popular dan kaya dgn caci maki punye la. Tapi yang ni jgn la buat ye... sgt xbagus.

4) Buat video yang merapu dengan muka yang boleh buat org muntah hijau dan upload kat facebook or Utube or yang seumpamanya.
  
6) Korang searching kat mana ada buat siaran langsung dan korang buat meroyan kat depan kamera masa tengah siaran langsung tu. Jom heboh pun boleh.. hehehe... Yang ni sah-sah korang popular habis la dan dapat extra gift lagi penampo dari pak guard... ha mane nak cari extra gift mahal camtu.. korang je dpt..

7) ni tips terakhir. Korang cari bangunan tinggi. Pegi kat atas bumbung buat2 nk terjun bangunan. Kalau polis ke bomba dtg nak bwk korang turun korang demand cikit mintak syarat. Masa tu mesti ade wartawan dtg nak buat liputan nye. So syaratnye korang nak jadi pelakon ke nak ada rancangan sendiri ke ataupun nak buat konsert korang. Mesti bomba tu akan suruh korang terjun je. Esoknye mesti berita psl korang terpampang kat semua surat khabar. Popular x? popular kan. Ingat senang ke nak msukkan cerita korang dalam suratkhabar.


ok aku  tipu... no 6 dgn 7 tu bukan atas penilaian tapi atas pemikiran genius dan kritis aku. *peace*

p/s: untuk pengetahuan semua selepas korang menggunakan tips2 ini dan terjadi apa-apa adalah diluar tanggungjawab saya. *gedik*.. hahaha..

ok la cukup aku merapu untuk entry ni. Cuba jangan tak xcuba. Jangan biarkan hidup anda diselubungi populariti. Ok aku ngarut lagi. Adios....!




Rabu, 19 Januari 2011

Saya Jumpa Pemain BolaSepak Malaysia... Yeay!

Hye kawan-kawan.... Excited juga la aku ari ni...Dari pada tajuk entry aku tu mesti la korang tau nape kan.. Aku jumpe pemain Bolasepak Malaysia wey.. Korang ade???

Ha xde kan... hehehe... Actually dari minggu lepas aku dah tau dorang nak dtg tapi mcm xbrape berminat even aku pun lupa bila tarikh dorang datang.

Tapi tadi lepas habis kelas aku dgn kawan aku pergila makan kat PUSANIKA. Budak2 UKM mesti tau la kan. Yg tak tau 2 Pusanika boleh dikatakan centre kat UKM ni la.. Semua benda bibuat kat situ.

OK sambung cite. Sampai je pelik la tengok ramai-ramai. Rupanya baru ingat dan perasan pemain bolasepak ada. Wah tetibe lak kegembiraan menghampiri diriku.. Cewahh.. hahaha... sempat la aku dengan kawan aku snap beberapa gambar. Jom layan.

Eh jap lupa lak nak cakap. Bukan la semua yang dtg. 4 orang je pun yang datang. Ok la tu dari tak de kan. Korang ada?? hahaha nak jugak..










Walaupun gambar kadang-kadang blur tapi tak xpe.. Janji real.. Bukan patung ok..