Ads 468x60px

Khamis, 31 Mac 2011

Siapa Sebenarnya JASMINE SLALU HEPI??

Hye semua. La ni aku nak cerita pasal si jasmine slalu hepi ni. Aku tak tahu la cerita ni dah lama ataupun aku yang ketinggalan baru tahu. Tapi aku baru dapat tahu kewujudan Jasmine Slalu Hepi ni semalam sebab kakak aku bagi tengok facebook die yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Aku tak tahu la dia ni agama apa tapi dari cara dia mengutuk nabi kitta memang tak dapat dimaafkan. Cuba la korang tengok gambar-gambar ni dan bagi pendapat ok.





Bila aku mula-mula bukak wall dia aku macam apa kejadahnya perempuan ni. Kau sape nak menghina nabi Muhammad. Yang lagi pelik tu ramai pulak yang like. Dah ramai yang kutuk dia agaknya then minta maaf cakap kutuk jesus pulak. Pakai rantai salib but then cakap kutuk jesus... Someting wrong dengan mental dia mungkin. 

Dah semua nya pulak dia nak kutuk. Dunia sekarang macam-macam ragam dan perangai ada. Adakah ini satu cara nak cari publisiti murahan?? entah la. Hanya dia yang tahu sebab nye. 


rose:- like kalau suka ok.

Rabu, 30 Mac 2011

Hello..!!!! Perempuan Tak Macam Tu Ok!

hye semua. Meh rapat-rapat sikit nenek nak cerita ni. Tadi dalam nenek   aku berblogwalking jumpa la satu blog ni. Actually aku pun tak pasti apa sebenarnya nama blog dia ni tapi disebabkan link dia ada nama budak botak mungkin tu la kot nama blog dia. Ada masa try la usha-usha. Menarik jugak. Budak Botak.

Terbaca la satu post kat blog dia. Entry pasal lelaki lebih cepat dari perempuan kat mesin ATM.



Lelaki...
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan kad...
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit.. kad dan receipt
5. Blah

Wanita...
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM (sambil usha2 orang belakang)
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta...
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake.

Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/03/isk-takkan-la-pompuan-teruk-sampai-mcam.html#ixzz1I3EnTjW5



Amboi-amboi.. sampai 40 sekali. Cuba korang tengok lelaki yang nombor 1 tu. Pandu kereta, parking terus pergi bank. 3 kerja sekali dalam satu nombor. Tapi perempuan matikan enjin dah masuk nombor 2. 


Sebab tu bila lelaki bawak kereta banyak yang hilang kene curi ye tak. Parking je tak matikan enjin terus g bank. Sah-sah la kau ambik duit kereta pun kene hambik sekali. 


Yang aku tak boleh terima tu no 39 dah memandu lebih kurang 3 Km baru teringat nak lepaskan hand brake. Aku rasa sesiapa yang buat kerja macam tu sama ada tak pernah amik lesen atauun lesen terbang je kot. 


Tapi kesimpulan aku la kalau betul ada perempuan yang buat 40 perkara ni aku rasa perempuan ni sangat clumsy ok. Boleh pulak tertinggal kad tapi duit dah ambil. Ape kejadahnya. 


Yang penting perempuan tak se'complex' itu ok. Lelaki je yang membesar-besarkan cerita. Eh teremosi pulak kan. Aku bukan anti-lelaki ok. Hehe...


Ok cukup aku beremosi dan sekali lagi ditekankan disini perempuan tak macam tu ok!. Cewah macam debat pulak. Have a good day. :-)





Selasa, 29 Mac 2011

Petua Kecantikan

hye semua... Ok petang-petang ni kita bercerita sikit la pasal kecantikan kan. Aku boleh dikatakan minat la dengan petua-petua kecantikan ni. Walaupun ada yang kata "kau bukan cantik sangat pun" tapi ada aku kisah ke kan. Janji aku rasa aku cantik dan bersyukur dengan apa yang aku ada cukup la.


Tak perlu orang puji aku pun aku tetap akan puji diri sendiri. Kita siapa nak mentidak cantikkan ciptaan Allah kan. Jadi biaq pi apa orang cakap. Selalu nya siapa yang cakap macam tu jeles je dengan kecantikan kita ye tak. 


Ok berbalik pada tajuk entri kita. Masalah yang aku rasa sering je berlaku. Malah aku search forum-forum pun ramai yang tanya macam mana nak hilangkan jerawat la parut jerawat la keciklkan liang roma dan macam-macam lagi.


Ok kat sini aku kongsi apa yang aku tahu la ok. Tapi petua-petua tradisional ok. Kalau produk-produk kecantikan sekarang ni aku tak berapa nak rekomenkan sangat sebab as usually produk sekarang penuh dengan bahan-bahan kimia je kan. Jadi kalau nak cari produk yang bagus cari la yang kurang ataupun tiada langsung bahan kimia. 


1) Cara nak hilangkan parut  jerawat
- pakai bedak sejuk dengan tebal di tempat yang berparut setiap malam.
- kikis kulit kayu manis dan bancukan dengan air sejuk @ madu @ air mawar dan sapukan di tempat yang berparut. P/S: jangan pakai setiap malam kerana kulit kayu manis agak pedih jika dibancuh terlalu banyak atau pekat.


- kisar timun dan tapis airnya. Hampas timun tadi tampalkan pada muka. Biarkan 1/2 jam pastu cuci dengan air suam




ada banyak lagi tapi rasanya ini yang paling senang dan bahan-bahan pun senang jumpa. 


2) kecilkan liang roma
-paling saving ialah dengan gunakan ais cube. Lepas cuci bersih muka, ambil ais cube dan tuam ke muka. Ais cube ni boleh mengantikan toner sebab fungsi toner ialah untuk mengecilkan liang roma. 


Cara yang paling mudah dan murah tetapi hasil nya agak lambat tetapi dalam jangka masa panjang sangat berhasil. Penggunaan ais cube juga boleh menyebabkan make up tahan lebih lama dan kurang berminyak. 


3) Hilangkan bintik hitam / putih


- ambil putih telur sahaja. Hendak lagi bagus campurkan dengan air limau nipis. Tetapi jika muka ada jerawat yang pecah jangan dipakai area itu kerana air limau nipis akan menyebabkan bahagian itu sedikit pedih. Sapukan putih telur tadi dimuka dan tekapkan dengan kapas muka atau tisu yang nipis. Biarkan sehingga kering. Apabila betul-betul kering baru lah dicabut tisu @ kapak muka tadi. Selain itu, putih telur juga boleh melicinkan kulit.

4) bibir kering
aku memang sangat bemasalah dengan bibir kering ni. Jadi aku search punya search jumpa satu petua katenye guna madu sebelum tido tu. Mula-mula risau jugak nak buat tido takut bangun-bangun bengkak bibir bersemut kan. Tapi berhasil la cara ni. Kering tu dh makin kurang.


Ok jadi nya cukup la ni dulu aku bagitau. Aku rasa ramai jugak dah tahu pasal ni kot. Tapi pada sesiapa yang tak pernah cuba tu boleh la cuba dan amalkan. Petua nenek moyang kita ni selalunya lagi berhasil daipada produk-produk kat pasaran sekarang.

Cuba, doa, tawakal. InsyaAllah berhasil.


Isnin, 28 Mac 2011

Mood jiwang : korea

Pagi-pagi moh kita layan mood jiwang jap...


Aku sangat suka lagu ni. Maksud yang sangat best dan suara penyanyi yang sangat sedap didengar. Boleh jatuh cintan kau dengan dia. Nasib baik tak sama bangsa agama. *gatal*



ok ni agak lari dari mood kita sekejap ye.. Halimah jongang.. yang bahagian *jongang jongang jongang oh halimah jongang" ha yang tu kurang best sikit. Tapi yang sebelum tu best. Aku suka sangat.

Cukup la pepagi ni layan lagu ni dua ok. Nanti-nanti kita sambung lagi bila mood jiwang tu datang balik k.

=====>>> have fun

Ahad, 20 Mac 2011

Review "Hikayat Merong Mahawangsa"

Selamat hujung minggu... Akhirnya hari ini barulah berpeluang aku pergi tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni.


Cerita ini pasal Hikayat merong la. Meh aku cerita sikit la kan. Nama pun review. Cerita ni sebenarnya penceritaan oleh keturunan Merong ni. Cerita bermula bila Dinasti Han (China) nak mengadakan perkahwinan politik Puteri China dengan Putera Rom, Marcus. Jadi ikut feng shui China, perkahwinan mesti diadakan di laluan perdagangan. 
Jadi masa Rom nak pergi tu, ribut berlaku dan hanya satu kapal yang dinaiki Putera dia je selamat. Jadi dorang pun singgah kat Goa untuk minta bantuan membawa dorang ke tempat perkahwinan tu. 

Jadi nya kat situ la angkatan Rom tu berjumpa dengan Merong dan Merong yang bawak dorang ke tempat perkahwinan dimana tempat lahir atau tempat asal merong. Bila sampai kat situ, angkatan cina dengan rom ni diserang oleh Puak Geruda dibintangi Khir Rahman. 

geruda ni bawak lari Puteri Cina tu untuk mendpatkan pampasan. Dari situ la Merong yang sakit akibat pergaduhan semasa menyelamatkan putera rom dan puteri tu diselamatkan oleh tuk guru kesum (rahim razali) dan anak angkat dia, Embok (ummi nazera)

Jadi tok guru kesum tu ajar la merong ni cara untuk menyatukan dua kampung dan menjadi raja untuk mengalahkan geruda yang ramai. 

Masa pergaduhan antara Geruda dengan Merong tu dibantu oleh angkatan rom dan china yang juga ingin meneyelamatkan putera dan puteri masing-masing.

Akhirnya, merong terbunuh.

Tu la pengakhiran hikayat ni. Serba sikit la cerita ni. Kalau korang nak tahu lebih jelas tengok la cerita ni. Serius tak rugi.





Ok dari sudut pandangan aku, aku bagi 4 1/2 bintang la sebab aku rasa ada lagi yang masih boleh diperbaiki. Contoh audio dia dan ada scene2 yang nampak macam mainan. Tapi apa-apa pun teknik yang KRU gunakan sangat hebat dan aku rasakan inilah filem Melayu epik paling best aku pernah tengok.

Selalunya, kalau cerita epik ni mesti aku buat tahi mata nya dalam wayang tapi ni xbergerak mata aku dari screen tu. Bangga juga la aku ada anak melayu boleh buat cerita macam ni.

Jadi pada yang belum tengok tu pergila tengok. Support filem tempatan kita. Memang berbaloi.


Sabtu, 19 Mac 2011

BUKA VS TUTUP

Morning semua.. Pagi-pagi ni terasa nak buat entry baru pulak bila aku terbaca something yang menarik. Ha ni nak cite kasi korang yang tak tahu lagi tahu la ni. Cuba sabar sikit. Oh ye gambar dan cerita kredit to beautifulnara dan GUA .

Teruskan dengan cerita kita. Apa yang buka apa yang tutup? Ok.. Aku rasa ramai yang dah tahu kan Irma Hasmie sekarang dah pun bertudung selepas balik dari Umrah hari tu. sangat comel tau. Aku memang minat betul dengan Irma Hasmie ni. Sweet je. Memang agak bodoh la siapa yang tinggalka dia untuk perempuan yang ntah hape-hape kan.

Ni antara kata-kata Irma pada Wartawan la.



"Irma berkongsi dengan wartawan Galaksi, sejak pulang ke KL dari Mekah dia terasa tidak biasa bila tidak memakai tudung. Saat itu, hatinya terbuka untuk mengenakan tudung.


Tambah Irma, dia akan mengerjakan umrah sekali lagi dalam masa terdekat ini."



Manis je kan tengok. Makin cantik pulak Irma Hasmie ni. Aku jadi minat dengan dia ni sejak dari filem CINTA FOTOKOPI. Aku rasa dalam cerita tu Irma lagi sesuai pegang watak utama. Ok xpe lupekan yang tu. Bukan nak cerita pasal filem tu pun. 

Sekarang ni makin banyak bencana makin ramai yang nak betudung kan. Tapi ade pulak la pelakon baru ni sorang ni. Tengok cerita Kamelia Katrina tak? kalau tengok mesti kenal.


Amacam?? Cantik tak? Hehe... nak tahu alasan die ape pakai macam ni?

"Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan"

Risau pulak aku. Jangan la bencana turun kat Malaysia pulak. Jauh kan la kan. Pape pun ini cara nak raih populariti ke? Walaupun dosa masing-masing tanggung tapi dah nama pun artis takut jadi ikutan pulak kan. 

Ha ok la bak cakap nabil "lu pikir la sendiri" walaupun tagline tu dah macam kene kat diri dia sendiri kan. 

L.O.V.E

Isnin, 14 Mac 2011

(TAHNIAH) Lee Chong Wei Juara All England 2011


Ye akhirnya semalam adalah final All England dan akhirnya juga Dato Lee Chong Wei dapat mengalahkan Lin Dan. Sangat bangga dengan LCW walaupun bukan mudah nak kalahkan Lin Dan tapi LCW akhirnya berjaya ditambah lagi dalam kejuaraan yang besar seperti All England.


Tahniah Dato LCW. Aku ingt lagi ada la hamba Allah ni aku ada la buat status kat facebok masa LCW lawan Lin Dan dalam final terbuka China tak silap la. Dia siap boleh comment mesti LCW kalahnya. Korang nampak tak semangat Malaysia kat situ. Biasa la orang Malaysia kan bukan nak menyokong tapi pasal mengkondem memang no 1.

Tapi bila menang tak pulak dorang keji. Bila kalah perh kan main hebat semua mengutuk. Memang la aku marah. Ingat orang tu nak sangat kalah ke. Dah dorang main bermati-matian untuk negara korang suka-suka nak kutuk bila kalah. 

Ada ke orang nak kalah. Narrow minded betul orang-orang macam tu. Tipikal Malaysian mungkin wlaupun sangat sedikit la orang-orang macam ni.

Ok biarlah dorang dengan kebusukan mukut dorang yang penting semalam LCW telah membuktikan dia memang pemain No 1 dunia. Memang permainan bertaraf dunia paling baik. Tahniah Tahniah Tahniah..

Isnin, 7 Mac 2011

Nak dapat duit berblogging? Traffic tak tinggi pun boleh. HEARTBEAT.

Selamat pagi. PAgi2 ni terasa nak update blog pulak pasal iklan baru yang aku tahu la. Nak kongsi sesama. Jom pasang HEARTBEAT. Jgn risau kalau ada nuffnag pun sebab iklan ni bukan saingan nuffnang. Jadi boleh la pasang walaupun ada nuffnang..

Meh ikut tutorial ni ok..Tanx to faceblog utk tutorial.

1. mula-mula klik banner ni.





2. Then klik Icon Hearbeat seperti yang dibulatkan tu.

3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan.

4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue.

5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah dibawah.

6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan dibawah) then isi kesemua maklumat yang diperlukan.

7. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda. tick i agree and then klik continue.

8. Klik GET A CODE (seperti lampiran dibawah)

9. Copy Code yang anda kehendaki (bertanda merah bulat), ikut korang lah nak letak dia kat mana. kat sidebar ke. kat top sidebar ke. copy code yang sesuai ya.

10. Kalau nak check berapa earning korang. boleh Klik My HB!Affiliate


Lepas tu macam biasa la ye copy paste html kat blog.. Cuba la benda free kan rugi tak cuba. 

Jadi tak perlu takut nuffnang hilang gliteri ke hape ok sebab dan dh cakap kat atas tadi HEARTBEAT ni bukan saingan nuffnang jadi boleh letak kalau ada nuffnang pun.

Selamat mencuba ye.