Ads 468x60px

Sabtu, 25 Jun 2011

Baik ke Buruk ASTRO FIRST?

Hye korang. Sihat tak? Macam biasa hari sabtu ahad baru ada masa nak update blog. Ok la aku ni kengkadang memang tak reti nak berintro yang bunga-bunga jadi kita straight to the point jela ok.

Semalam, aku pergi kedai makan dengan Incik Fadil (IF). Dekat kedai makan tu dorang bukak la cerita KONGSI. Ala cerita KONGSI yang Shaheizy Sam berlakon tu. Tengok la cerita tu. Dekat bahagian atas belah kanan tu ada la nama ASTRO FIRST. Aku ingat kan memang astro la sebab kedai tu memang ada piring astro tu.

Tengah makan-makan tengok2 tu aku perasan la cerita ni kejap-kejap tersekat. Aku pun cam pelik la takkan dekat astro tersekat-sekat kan. Aku tanya la IF napa sekat-sekat dia kata guna VCD. Aku tak percaya la sebab ada piring astro.

Ada sorang pelayan datang aku pun dengan selamba badak pergi tanya kenapa cerita tu sekat-sekat, dia kate mungkin sebab VCD tu calar.

Aku pun diam jela. Memang betul la IF cakap VCD. Jadi kesimpulan dari cerita aku tu kan, ASTRO FIRST ni lebih menyenangkan perompak untuk mencetak rompakkan cerita-cerita yang baru keluar ni.

Yela baru 2 minggu keluar wayang dah ditayangkan dekat ASTRO FIRST. Nak-nak pulak sekarang ada pulak ASTRO PVR yang boleh rakam tu kan. Ha makin senang la. Duduk goyang kaki je perompak ni kat rumah sambil tekan remote rakam tu kan.


Yes memang "will change your life". Tapi mengubah hidup perompak cetak rompak dari susah-susah masuk panggung nak curi-curi rakam kepada duduk goyang kaki kat rumah sambil rakam. ASTRO memang 'bijak'.

Kalau korang tak percaya cuba la beli satu VCD cetak rompak and kalau nasib baik nampak la ASTRO FIRST kat atas tu. Makin susah la polis nak membanteras VCD cetak rompak ni. 

Jadi kesimpulan nya, beli la VCd cetak rompak yang ada ASTRO FIRST dengan harga RM5 dan dapat tengok sampai bila-bila rather than langgan ASTRO FIRST yang tayangkan cerita sama selama sebulan berulang-ulang kali. Ok tak itu kesimpulan yang memenangkan VCD HARAM pulak. 

Kesimpulan baru, ikut suka hati korang la nak yang mana. Bak cakap nabil "lu pikir la sendiri"


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Isnin, 20 Jun 2011

[TAHNIAH] Kutipan KL Gangster melepasi 11 juta

Hye korang. Dah tengok KL Gangster tak? Kalau belum baik pergi tengok cepat-cepat sebab rasa nya minggu ni last tayangan KL gnagster kot.

Apa-apa pun nak ucapkan tahniah la pada pelakon-pelakon, pengarah dan penerbit filem KL gangster ni. Khabarnya kutipan dah melepasi 11 juta.


dua hari lepas ke semalam aku baca kat facebook Syamsul Yusof tu Kutipan dah hampir mencecah 11 juta.
Hari ni pulak tengok news dekat mynewshub dah melepasi kutipan 11 juta.

Memang terbaik la cerita KL gangster. Aku ada buat review cerita ni kat entri ni. Tahniah diucapkan pada Syamsul Yusof dan semoga dapat menghasilkan cerita yang lebih baik macam ni lagi.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Ahad, 19 Jun 2011

Ayat eewww Yang Memeningkan Kepala Aku termasuk Guru

Hye semua. Ha ni nak masuk entry yang ke 3 tak silap aku untuk hari ni. Yela hari ni je cuti kan baru la sempat nak update blog. Hari kerja jangan harap la nak hupdate blog. Katil jela yang aku nampak bila balik.

Ok disebabkan masa ahad aku yang terbuang kat rumah tak pergi mana-mana ni kan, jadi nya kerja aku duduk depan latop dan surf la apa-apa yang boleh. Bila aku tengok facebok

"kitew benci tau dgn budak tuew"

Bila aku ber blog walking pulak..........

"Hariew ni kitew gaduh dgn boyfie kitew. Kitew nak minum cloroxx lew"

Dalam hati aku memang menyumpah betul la siapa aje la yang suka menulis ewwww tu. Selalunya memang budak-budak sekolah la ni. Sakit kepala aku nak fahamkan ayat nya. Ada yang tak faham langsung.



Yang TAK jadi TA. Aduhai remaja-remaja sekalian dekat sekolah cikgu ajar eja TAK tu TA ke? Perkataan NAK jadi NA. Bila digabungkan TAK NAK dah jadi TA NA. Apa tu TA NA??? Kalau ada cikgu ajar macam tu meh kasi nama sekolah dengan nama cikgu tu kat aku, biar aku ajar dia balik macam mana nak eja. (cewah)..

Ok untuk pengetahuan semua aku bakal guru ye. Walaupun bukan guru Bahasa tapi tetap juga bakal guru. Bahasa-bahasa dorang ni merosakkan mood aku nak berblogwalking. 

Korang bajet bagus la dapat buat ayat eeww ewww tu. Is like "wow bangga nyew buat ayat macam tuew". Macam tu ke? Hello bagi yang membaca tu rasa suck ye. Is like "watehel yang dorang tulis ni". Walaupun entry or status korang tu berinfo dan berilmu tapi kalau digunakan dengan perkataan eeww eeww tu aku rasa hilang segala keilmuan dalam entry tu.

Baru-baru ni pun aku dengar dalam peperiksaan pun digunakan ayat-ayat SMS dan bahasa eeww eeww tu. Itu la padah nya kalau dah terbiasa buat ayat macam tu sampai dalam exam pun ditulis nya ayat mengarut camtu. Menyusahkan sapa sekarang?

Kalau setakat YANG jadi YG tu ok la. Disingkatkan untuk hantar mesej. Takkan dalam mesej pun nak taip macam karangan kan. Itu boleh la faham ni tidak. Nak dimasukkan semua dalam exam jugak. Pening tau kepala cikgu yang menanda kertas tu.

So kepada yang suka buat ayat eeww eeww tu belajar la bahasa dengan betul dan gunakan dengan betul. bahasa Melayu tu dah cukup cantik dah tak payah la nak tambah tolak campur darab bagai. Ha kan dah keluar ayat matematik aku.

Bahasa Jiwa Bangsa OK. Ingat la pesanan Bakal Guru ni. (penampo dua das)


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

[KENANGAN] Kawan-kawan Kolej Matrikulasi Johor yang memang Terbaeekkk.!!

Hye semua. Hari-hari minggu macam ni, duduk-duduk depan latop selak-selak balik semua gambar-gambar masa zaman matrik dulu buatkan aku terasa nak buat entry baru.

Kolej Matrikulasi Johor la matrik aku dulu. Memang terbaek la semua yang ada kat sana. Aku dulu budak PDT (pelajar dua tahun ). Herm herm bukan repeat dua tahun ok tapi memang course untuk dua tahun.

Masa tahun pertama aku dalam kelas SP5.


Ni la semua classmate aku masa SP5. Yes memang tak ramai lelaki sebab kelas ni sains Hayat. Kan memang kurang lelaki dalam sains hayat. Kalau fizik tu ramai la kan. 

dalam ramai-ramai tu ada 3 orang la kawan paling baik aku la disebabkan kitaorang duduk sama blok dan sama aras. Bilik pun depan dengan sebelah je sebab tu la rapat giler la wa cakap lu.


Ha ini la kawan rapat aku masa SP5. Yang baju pink tu bukan ye. Itu akak fasi masa program kat matrik dulu. Aku tak ingat nama program tu tapi memang best giler. Sampai tak nak dorang balik la masa tu. Akak-akak dengan abang-abang fasi semua dari utm dengan kutho kalau tak silap aku la.


Yang ni semua budak-budak yang sama aras dengan aku. Kitaorang buat plan nak jalan-jalan melaka la. Melaka jadi pilihan disebabkan Melaka yang paling dekat dengan KMJ kan. Dan disebabkan aku seorang juga yang duduk Melaka jadi semua yang dalam gambar tu duduk kat rumah aku. Serius memang ramai dan meriah.

Siap buat BBQ lagi malam kat rumah aku. Sampaikan ada yang tido dekat rumah makcik aku sebelah rumah aku sebab ramai. Hehe.. Bila ingat balik memang kelakar tapi tu la kenangan yang paling best aku dapat ingat sampai sekarang.

Masuk tahun ke dua pulak semua dah pindah kelas lain. Dah tak sama dah. Jadi roomate pun bertukar. Tapi roomate aku yang untuk tahun kedua memang giler kentang la. Best sempoi dan kelakar.


Ye inilah roomate aku untuk tahun ke2 dekat KMJ. Baju pink yu Lisa, Baju coklat tu aku la, pink nani dan hijau Fiza. Nani tu sekarang sama Universiti dengan aku dan sama kelas juga sebab dia amik course yang sama dengan aku. Pendidikan Math. Jadi makin rapat la kitaorang.

Kelas aku untuk tahun ke2 ialah Hayat 50. memang Hayat paling last la tapi bukan last sebab bodoh ok. Take note itu.


Ini antara la budak-budak H50. Ada yang tak de dalam gambar ni. Tapi ni la kelas yang paling best masa hidup kat KMJ. Semua tak berapa nak betul. Walaupun ramai antara dorang ni adik-adik kan tapi dah tak macam tu pun. Macam kawan-kawan biasa je. Memang terbaek la dorang.








Ye memang macam- macam perangai dorang ni. Tapi apa-apa pun bagi aku kalau nak dibandingkan sekolah, KMJ dan universiti aku akan pilih time KMJ. Bukan la sekolah dengan universiti tak best, memang la best tapi masa dekat KMJ kita lebih banyak luangkan masa dengan kawan-kawan dan kongsi macam-macam. 

Tapi sekarang kan zaman fesbuk, semua boleh jumpa balik kat fesbuk tapi ada jugak yang tak dapat jumpa kat fesbuk la. Pape pun life must go on kan.

Kenangan hanya boleh disimpan dan diingati. Dah la cukup la tu. Panjang dah rasa entry aku kali ni. So happy father's day and happy weekend.

p/s: rindu masa-masa dekat KMJ dulu and rindu semua classmate and roomate aku.
rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

[TAKZIAH] Pak Uda @ Zami Ismail Meninggal dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah pak uda atau nama asal nya Zami Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.


Dikhabarkan kematian beliau disebabkan sakit jantung. Sama-sama la kita doakan semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Isnin, 13 Jun 2011

[REVIEW] KL Gangster

Hye semua. Semalam aku dah sempat berdating dengan IF tengok citer KL GANGSTER.


Yes. Jadi dari sudut pandangan aku, KL Gangster jauh lebih baik dari cerita KONGSI walaupun cerita kongsi ada SHAHEIZY SAM.

Kenapa aku kata cerita ni best, 

1) jalan cerita menarik dan tersusun
2) pelakon yang hebat
3) skrip yang menarik dan semestinya akan jadi ikutan budak-budak muda
4) aksi yang hebat dan tidak terlalu banyak macam cerita KONGSI
5) ada elemen sedih, kelakar, ganas. Cukup perisa.
6) Aaron Aziz yang sangat kool. (suka giler watak aaron aziz dalam cerita ni)

Ni antara la yang dapat aku senaraikan. Jadi aku rasa dari segi pengarahan memang Syamsul lagi berbakat dari Farid Kamil. Itu tak dapat dinafikan la. 

Kalau cerita tak best takkan dalam masa 4 hari boleh dapat 6.2 juta betul x?


Shark ( Syamsul ) dalam cerita ni memang langsi giler la. Sekuruang-kurang nya dalam cerita ni Syamsul dapat lari dari selalu la yang dorang kata selalu berlakon cover macho kan. Dalam cerita ni aku rasa dia memang terbaik la. Tak nampak nak cover macho ke ape ke.


Jai ( ady putra) memang jahat nak mati sanggup nak bunuh abang sendiri lakonan aaron aziz disebabkan duit. Tapi lakonan dia memang sangat mantap dan menjadi la sampai aku rasa benci giler tengok dia dalam cerita ni.

SINOPSIS:

Mengisahkan dua beradik iaitu Jai ( Ady Putra) dan Malek (aaron aziz) yang terjebak dalan dunia gangster. Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun kerana dikhianati oleh kumpulan sendiri iaitu shark (syamsul ) anak tiri kepada king ( redzuan hashim) rakan kongsi malek dan kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.

Setelah malek keluar dari penjara, dia ingin melakukan kerja harian biasa yang tidak terlibat dengan dunia kongsi gelap. Namun, sebagai seorang banduan amat susah untuk meyakinkan masyarakat. Selepas kelaur dari penjara malek tinggal bersama rakannya, Fadil ( zizan).

Malek sering diganggu oleh kongsi gelap sehingga king menghulurkan bantuan namun ditolak oleh malek. Shark semakin sakit hati terhadap malek apabila king mengarahkan supaya tidak menggangu malek. Shark seorang yang gila kuasa dan sangat membenci malek kerana king akan lebih mempercayai malek sekiranya malek kembali bersama king dan ini menyebabkan shark melakukan macam-macam ugutan terhadap malek supaya tidak kembali bersama king.

Bagi Jai pula, hanya kemewahan yang diingini sehingga sanggup menerima tawaran membunuh kawan dan abang sendiri disebabkan telah dibayar dengan lumyan oleh Shark. 

Kesudahan nya?? pergi tengok sendri kat wayang ok.

Aku pasti korang tak akan menyesal tengok cerita ni. Tak macam aku menyesal tengok cerita kongsi. 


Lakonan mantap zizan memang menceriakan cerita ni. Azron aziz tak yah cakap la kan. Pape pun aku bagi 4 setengah out of 5 la. Ada lagi yang boleh dibaik pulih. Kalau cerita ni dapat kutipan 10 juta pun aku rasa memang berbaloi la. 

Dah tu jela. Koranh kalau nak tau best tak best citer ni g tengok ok. 

Selasa, 7 Jun 2011

WHAT GOES AROUND COMES AROUND

Hye semua. Ha malam ni aku terasa nak berceramah lak bila dengar mak aku cerita tadi.


A : manis (nama panggilan mak aku) ko tengok budak tu ha ada orang cerita dia mencuri. Macam mana la mak bapak dia jaga.


Mak: biarlah.


Tak lama lepas tu


Anak A ditangkap sebab mencuri duit makcik dia sendiri.


Korang semua nampak tak permainan dia. Sebab tu la tajuk aku tu WHAT GOES AROUND COMES AROUND.


Apa yang kau cakap or sebarkan atau lebih tepat lagi mengumpat pasal orang Allah akan bagi semula kat kau. Itu la sebab kita digalakkan jaga mulut dan jaga AIB orang supaya AIB kita Allah tutup.


Ini korang bercerita macam tak ada anak pulak. Aku dah banyak kali cakap pasal ni kat fb aku. 


Kadang-kadang tak faham aku dengan orang yang suka sebarkan hal orang ni. Kenapa perlu disebarkan aib orang. Memalukan orang tu sangat tak bagus ok.


Itu tak pe lagi. Ni pulak pasal dengki mengdengki dengan orang yang bukak kedai dan lagi maju dari kedai dia.


Mesti nak bomoh la apa la. Macam mana MELAYU NAK MAJU kalau mentaliti MELAYU ni tak berubah. Percaya la rezeki kat tangan Allah. Walaupun kedai dia lagi maju biarlah rezeki dia InsyaAllah ada rezeki korang pulak.


Cuba tengok Cina kenapa boleh maju walaupun berniaga kat satu tempat yang sama? Sebab Cina saling bantu membantu sesama dorang. Bukan macam melayu yang lagi suka tengok Melayu sendiri jatuh.


Benda-benda khurafat tu jauhkan lah. Dah la berdosa. Aku cakap pasal ni sebab ada la keluarga aku yang dah terkena buatan orang disebabkan kedai keluarga aku tu lagi maju dari dia.


Kita doakan jela supaya dorang sedar. 


Dah tu jela. Bye.


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Sabtu, 4 Jun 2011

REVIEW *KONGSI*

Hye.. Ok memang dah lambat nak buat review citer ni walaupun dah lama aku tengok tapi tetap jugak nak buat.
Suka hati aku la kan.

1) Kenapa kongsi bolah dapat 8 juta kutipan
Jawapan : sebab ada sam shaheizy. Tu aje. Sebelum ni kita dihidangkan *cewah ayat* dengan lakonan dan cerita yang mantap dan menarik. Disebabkan itu kita tertarik nak tengok kongsi dan mungkin juga sebab peminat farid kamil.

2) Cerita kongsi macam mana?
Jawapan : Serius cakap aku rasa membazir beli tiket nak tengok cerita ni. Aku memang peminat Sam la sebab tu aku pergi tengok. Lagipun tengok trailer macam menarik tertarik kau memang da boom kan. Tapi bila dah tengok hampeh.. Lawak nya bila sam cakap bahasa kelantan dan pak pie. Tu aje.

3) Masa tengok apa perasaan?
Jawapan: masa tengok aku rasa bila la nak habis cerita ni? Sangat bosan nak tunngu habis cerita ni. Terlalu banyak aksi.

4) Ending macam mana?
Jawapan: Ending yang sangat tak disangkan dan bodoh sekali. Sehebat2 dan sedajal2 tumulak tu akhirnya ditangkap sebab terjun lumpur. WATDEHEL.


kesimpulan:
Pengarahan Farid Kamil dalam cerita ni agak kelam kabut dan hanya dibantu dengan aksi dan lakonan SAM aje. Tapi tak la teru sangat cerita ni. Kira ok ok jela. Tapi tak menepati piawaian aku la yang ingat cerita ni dapat potong cerita ADNAN SEMPIT.

Farid kamil banyak lagi kena belajar. Kalau dari 5 bintang aku bagi 3 jela..

Itu pandangan aku pada filem kongsi ni la. Setiap orang berlainan pendapat kan.
Ok tu je.
rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Bila Yang Cantik itu Berduri

Hye semua. Lama jugak tak dapat update blog ni. Ok berbalik pada tajuk entri aku kali ni. Aku terpanggil nak buat tajuk tu sebab tertengok satu status

" Cantik siot perempuan tu, kalau aku dapat
buat bini perh!"

Ok kalau dah ayat macam tu dah tentu la lelaki punya status kan. Takkan perempuan kot atau mungkin LESBIAN tapi yang ni aku yakin la lelaki.


Ok cuba korang tengok bunga ros ni. Cantik kan? Secantik nama aku *dush dush penampo sekali*. Tapi memang cantik kan bunga ros ni tapi kalau kita pegang tangkai dia penuh dengan duri betul tak? 

Macam tu juga dengan perempuan. Bagi aku la sebagai seorang perempuan, kita akan menerima lelaki itu seadanya walaupun dia hensem ataupun tidak tapi yang penting hati. Cuba korang fikir kalau lelaki macho, hensem tapi perangai buaya tembaga tenteram tak hidup korang?

Cantik, hensem tu pun subjektif. Mungkin kau kata dia ni hensem tapi orang lain tengok tak hensem. Macam tu la.

Macam tu jugak dengan lelaki. Selalunya lelaki memang akan mencari perempuan yang cantik tapi persoalannya

1) Adakah cantik kekal selama-lamanya?

2) Adakah cantik menjamin kebahagiaan?

3) Adakah cantik menjamin hati budi seseorang?

TAK. Jawapannya mesti TIDAK. Bila seseorang itu cantik sempurna serba serbi fizikalnya, ada sesuatu yang tidak sempurna padanya mungkin perangainya, pergaulan nya atau lain-lain kerana TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA DI DUNIA.


Ada pulak lelaki yang mengata perempuan ni gemuk la, hodoh la pendek la. Sekali korang menghina, bermakna korang menghina ciptaan ALLAH. Tiada yang indah melainkan ciptaan ALLAH SWT.

Jadi pada kaum-kaum lelaki tu, cari la isteri yang menyenangkan, yang sedap mata memandang bukan memandang dan budi bahasa malah agamanya bukan  paras rupa semata-mata kerana tiada yang kekal di dunia ini.

*mood ustazah*