Ads 468x60px

Sabtu, 26 November 2011

Malaysia Vs Syria : Penyokong Malaysia janganlah nak malukan nama MALAYSIA.

Hello semua. Sebelum pape aku nak ucapkan Tahniah la pada Harimau Muda sebab berjaya mempertahankan emas dalam sukan SEA kali ni.



Ni lah antara barisan pemain-pemain yang dah membanggakan nama Malaysia kali ni.


Ok balik semula pada cerita asal aku. Masa game Malaysia Vs Syria hari tu aku pergi la tengok dekat stadium bukit jalil. Suasana tengok dekat stadium sendiri memang best la kan. Tak dinafikan la.



Masa nyanyian lagu negaraku aku memang kagum giler la dengan nyanyian ramai-ramai tu. Kira macam semua menghormati dan bangga menyanyikan lagu negaraku dengan kuat sekali kan.


Tapi satu yang aku rasa penyokong malaysia ni memalukan negara kita sebab bila pemain sy
ria nak ambil tendangan sudut, penyokong-penyokong malaysia ni ramai-ramai jeritkan "fuck u" dekat pemain syria.

Aku rasa tak perlu kot. Kalau nak psiko pun setakat "boo" dah ok la tu. Tak perlu la ramai-ramai nak jeritkan macam tu sampai buat isyarat sekali. Seriously aku rasa memang nampak dorang ni macam tak bertamadun bila buat macam tu.

Kita mengutuk penyokong Indonesia bila Final sukan SEA hari tu tapi kenapa kita pun nak mengikut perangai macam tu? Lagipun negara Syria tu kan antara negara Islam. Kalau tak nak hormatkan pemain hormatkan la agama.

Lagi satu, aku tak tahu la kenapa penyokong Malaysia ni hanya akan menyokong bila menang tapi bila kalah hilang semua sokongan bila menang. Keluar la pulak kutukan kalah.

Korang kalau pandai sangat kenapa tak jadi pemain negara? Cuba turun main dengan ribuan penonton apa yang korang rasa? Bagi la sokongan tak kira la bila kalah ke menang ke.

                Yang menang tak selama nya menang, yang kalah x selamanya kalah
                Yang hebat tak selamanya hebat, yang lemah tak selamanya lemah.
                                      Hidup ni ibarat roda.

Jadi tak payah la nak mengutuk sangat ok bila kalah. Nak-nak lak Fakri.


Ok mungkin dia main xsehebat striker yang lain, tapi dia dah cuba yang terbaik. Mana ada orang nak kalah kan. Ada la sesuatu pada dia yang kita tak nampak mungkin. Kalau tak takkan la dia dipilih jadi pemain negara kan. Dia pun ada family jugak, jadi fikirlah jugak perasaan family dia bila anak kena kutuk macam ni.

Jadi penyokong-penyokong Malaysia, sokonglah masa menang dan kalah ok. Jangan masa menang dijunjung masa kalah dipijak.

Watever it is, pemain yang sangat berbakat dan bersungguh-sungguh masa perlawanan dengan syria hari tu..


Yes Nazmi Faiz @ Kaka malaysia ;-)

Kesimpulannya, ramai-ramai la pergi tengok MALAYSIA lawan BAHRAIN ahad ni ok. Jagalah sikap dan nama negara.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Isnin, 14 November 2011

MukaBuku Medium MukaGaduh

Hallo...!
Nampak tak? Nampak tak tajuk entry aku tu? Ok la sebenarnya tajuk aku nak letak facebook medium bergaduh, bercerai-berai tapi macam panjang sangat kan so jadi la tajuk tu. Ok xpe bukan tajuk tu masalah nya sekarang.


Sekarang ni kan zaman facebook. Siapa yang tak ada akaun facebook boleh dikira kolot la. Mane tak nya nenek umur 70 tahun pun sekarang dah guna facebook apatah lagi budak-budak remaja kan.

Kalau di universiti, facebook ni la tempat nak bagitau maklumat ke nak buat group untuk course itu la ini la. Memang la ada baiknya facebook ni tapi yang buruk nya facebook ni bila ada yang jadikan facebook sebagai tempat bergaduh. Meh aku bagi situasi nya ya.

SITUASI 1

Status A : Do I care..

Like : Status B and Status c like this
Comments:
Status D : Aku pun tak kisah...
Status A : Yang kau sibuk apehal?
Status D : Tak le gurau duk surau la..
Status A : Pegi mampos dengan kau.

Nampak tak? Emosi menguasai diri jadi la macam ni. Si status A tu tengah emosi buat la status kat facebook. Status D pulak konon-konon nak gurau tetibe status A yang tengah beremosi tu berhangin jadi la pergaduhan. Ok ini dari pengalaman aku yang pernah jadi sekeliling aku ya. 

Bila diri tengah marah atau beremosi seelok-eloknya jauhkan la diri anda dari FACEBOOK. 

Peringatan untuk aku jugak tu.



Situasi 2

Status A (L) : Selamat pagi

Like : Status B (P) likes this
Comments : 
Status B (P) : Good morning. 
Status C (P) : Kau apehal nak comment-comment status BF orang ni?



Ni yang paling banyak jadi la aku rasa. Bf Gf gaduh sebab facebook. Asal Bf die buat status ade perempuan comment mula nak tanya tu siapa ni siapa. Nak-nak yang jenis cemburu gila tu kan pantang je bila da perempuan or lelaki comment kat status bf or Gf diorang. Tak pasal-pasal makan kasut nanti.



Oh ye yang (P) dengan (L) tu stand for perempuan dan lelaki ok. 


Situasi 3


Status A friend dengan Status B tapi Status A buat status tentang perangai Status B.


Ni sama ada STATUS A tu memang nak STATUS B tau perangai dia ataupun STATUS A tu memang bodoh konon nya nak berkongsi dengan kawan-kawan lain tapi dalam masa yang sama STATUS B boleh jugak baca status dia tu.

Banyak juga aku jumpa orang macam ni. Dalam erti kata lain marah diluahkan dekat facebook kononnya nak berkongsi tapi sebenarnya buatkan keadaan makin teruk dan bergaduh lagi la teruk kan.

Situasi 4


Si A (L) add facebook si B (P). Si B approve si A. Si A ayat si B sampai si B jatuh cinta dengan Si A. Si A janji macam-macam kat si B tapi one day Si C maki hamun si B sebab Si C ni rupanya isteri si A. Si A rupanya dah berkahwin.


Cewah dah macam cerita novel pulak tapi inilah realitinya sebab aku pernah baca dalam page kisah rumahtangga, ramai isteri dan suami meluahkan tentang pasanganya yang curang dengan rakan di facebook.




Actually banyak lagi situasi-situasi yang boleh menyebabkan pergaduhan melalui facebook ni sebab kadang-kadang ada jugak orang yang syok sendiri. Yela kita buat status pasal orang lain tapi orang lain yang terasa pun boleh menyebabkan pergaduhan jugak.

Jadi sebenarnya kunci utama nye senang je..

Bila marah jauhi FACEBOOK, bila FACEBOOK jangan marah


Tapi tak la semuanya pakat-pakat nak gaduh je kat facebook ni kan ada je yang bertemu jodoh dekat facebook. Jadi gunakan lah kemudahan yang dah ada ni dengan sebaik-baiknya.


Panjang dah rasa entry aku kali ni so cukup la ye. Bosan pulak korang baca nanti. Adios.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Pengakhiran Semester Ni memang terbaik..!

Hallo. Ha tajuk aku nak dramatik ye dak. Pengakhiran aku bagi. Hambek la. Jadual exam aku untuk semester ni dah keluar so memang terbaik la aku cakap. 9 subjek je tolak 1 subjek tak ada exam jadi 8 subjek la aku kena hadap masa exam final nanti.


Amacam? Terbaik kan. Nasib baik la subjek killer math tu jarak betul. Pembukaan dengan last sekali. kalau la subjek killer tu hari yang sama macam subjek kimia tu ha mati la aku nak menjawabnya.

Now ada lagi around less than 2 month to go untuk final exam. So harap-harap la aku dapat cover semua subjek ni before exam. Tapi masalah aku ni suka sangat stdy last minit.

Tu memang hobi aku rasanya study last minutes. Papepun korang wish me luck ok.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Jumaat, 11 November 2011

Ada apa dengan nombor??

Hye semua. Aku dah perasan lama dah benda ni tapi baru sekarang rasa nak buat entry. Kenapa semua orang excited sangat bila jumpa tarikh yang sama nombor.

01.01.11 la 11.11.11 la 12.12.12 la.... macam-macam la. Jadi nya setiap tahun akan ada la macam-macam mitos tentang tarikh-tarikh yang sama ni. Konon nya tarikh macam ni ade la yang akan jadi.. ada cerita macam ni macam tu. 

Apa yang aku perasan bila jumpa je tarikh macam ni semua orang nak up status kat facebook pasal tarikh ni. Well jawapan korang mesti la wall aku suka hati aku la. Tapi perlu ke?


Macam jugak cerita 2012 dulu, bila keluar je cerita ni tentang dunia kiamat pada 2012, macam-macam la mitos yang keluar. Konon nya akan jadi ni la jadi tu la tahun 2012 nanti. Percaya jela pada qada dan qadar Allah. Kalau dia nak benda tu jadi, jadi lah dia. Jangan lah taksub sangat dengan cerita2 ni semua. Dalam cerita 2012 tu pun dapat tengok last-last ada orang yang hidup. Celah mana kiamat nya kalau ada lagi yang hidup. 

Hari Kiamat adalah hari di mana akan musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini.

Tak payah la nak percaya sangat dengan benda-benda macam ni. Selagi tak ada bukti yang sahih dari Al-Quran ke atau ulama' ke tak payah la percaya sangat.

Macam gambar Yuna tu jugak..


Pandai-pandai je dorang buat spekulasi cara yuna pakai tudung disamakan dengan sister tu. Sekali ada sorang ustaz ni bagi ceramah hambek korang.

Memang la ada adab-adab bertudung tapi bak cakap ustaz tu, zaman sekarang ni selagi dorang nak bertudung nak tutup aurat biar la mcm mana cara sekalipun. Lagipun siapa la kita ni nak tentukan dosa pahala, baik buruk orang lain. Kan baik kita jaga hal kita sendiri dari sibuk nak selak kain orang kan.



Ni video ustaz tu korang tengok dan nilaikan la sendiri. Ok la walaupun entry ni menyimpang sikit pada tajuk aku ni tapi korang faham kan jela apa yang nak aku sampaikan.
Walaupun kita tak boleh jadi terlalu perfect tapi perbaiki la semoga lebih baik dari sebelum ni.
Tazkirah jumaat. ^^


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Khamis, 10 November 2011

[REVIEW] Alamak.. Toyol !!

Hye semua. Bila cuti-cuti memang kerja aku tengok cerita-cerita yang ada jela dekat wayang tu. Untuk kali ni aku nak review sikit pasal Alamak toyol. Cerita ni je aku dah tengok dua kali.


Jadi kalau dah tengok 2x tu korang rasa best ke x? mesti la best kan. Sekali tengok dengan IF aku sekali lagi dengan kawan2.

Meh aku sinopsis kan sikit cerita ni.


Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.


Untuk sinopsis tu aku amik dari facebook Alamak Toyol. Macam tu la cerita nya. Meh nak bagi review pulak.

Untuk 5-10 minit pertama tu macam boring. Aku dh rasa macam tak best je cerita ni. Agak slow sikit la mula-mula. Cerita ni mula menarik bila Pak Umar serahkan Toyol tu pada Fakhrul dengan Kudin. Lepas tu cerita ni memang buat korang gelak jela.

Lawak dorang memang spontan dan best. Aku rasa memang gandingan yang lawak la along dgn angah ni. Lagipun lawak dorang tak macam ikut skrip dan dibuat-buat macam cerita-cerita lain. Walaupun tengok kali yang ke2 tetap aku boleh gelak giler2 lagi.

Watak toyol tu memang menjadi la. Walaupun tak ada dialog, tapi dari mimik muka, gaya memang menjadi dan kelakar.

So aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ni. Antara cerita yang wajib tonton la kalau nak release tension. Sangat ringan dan kelakar.


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Rabu, 9 November 2011

My First Doodle ^^

Hye semua... Baru sempat nak update blog. Korang perasan tak sekarang ni ramai je yang buat doodle? Ala yang kartun comel-comel tu... Boleh guna adobe, photoscape, power point.

Aku pun entah kenapa boleh terminat nak cuba-cuba. meh tengok apa yang aku buat. Aku buat guna powerpoint je.Tapi ni baru half siap la. Tak berapa kemas sangat. Banyak lagi boleh di tambah dan dikreatifkan. Tapi tetap nak tunjuk jugak.




Yup itu la doodle 1st aku. Disebabkan aku tak reti lagi nak buat tangan dan malas nak crop sana sini aku bulatkan je.. ok la kan untuk budak baru belajar.

Abaikan warna baju yang tak sepadan dengan tudung yup. Ok bila-bila ada masa aku sambung buat dah siap aku tunjukkan lagi ok. see ya.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.