Ads 468x60px

Selasa, 6 Disember 2011

[Review] Ombak Rindu

Hye semua. Ok la disebabkan aku sekarang tengah bz dengan asigment yang tak habis-habis, exam yang juz around the corner so kita straight to the point je ok.

Hari sabtu lepas aku sempat la pergi tengok cerita ombak rindu ni dekat pawagam. Gila kau tak nak pergi aaron Aziz berlakon tu. Nak pulak cerita ombak rindu ni la novel PERTAMA aku baca masa zaman sekolah dulu. Masa baca novel ni dulu mula la bayangkan kehenseman Hariz dalam watak tu tetiba aaron aziz jadi Hariz memang sesuai sangat la.


Owh aaron aziz dalam movie ni sangat romantik ok. Masa aku tengok tu nak-nak pulak masa romantik ramai budak-budak perempuan yang sebelah-sebelah aku tu "hensemnye, cutenye". Segala ayat la keluar. Ala korang faham-faham la SETH TAN idaman kan. Tapi aku kena la cover kan Cik Abang ada sebelah. Aku tak nak sentuh la pasal adegan ranjang yang hangat dorang katakan tu. Lagipun bagi aku siapa kita nak tentukan dosa pahala orang tu. Tu antara dia dengan Allah je.



Mula-mula sebelum tengok movie ni aku macam tak berapa nak puas hati kenapa Maya Karin jadi Izzah sebab watak Izzah dalam novel ialah perempuan kampung. Jadi nya Maya Karin bagi aku macam kurang sesuai la jadi Izzah dengan percakapan yang aku rasa tak berapa nak kampung sangat. Tapi bila dah tengok movie ni aku rasa ok la maya karin ni jadi Izzah walaupun tak seperfect yang aku harapkan sebab novel ni memang novel kesayangan aku la. Jadinya mesti la nak tengok cerita ni yang dimoviekan pun sehebat novel.

Muka dia yang innocent tu berjaya la jadi watak Izzah cuma cara cakap nampak bandar jugak. But then puas ati dengan lakonan die. Kira nangis juga la aku tengok dia berlakon.


Lisa surihani jadi model yang top, gedik dan mengada-ngada bagi aku kurang menjadi. Tak tahu kenapa tapi mungkin sebab selama ni kita tengok dia jadi perempuan baik cute bila sesekali jadi macam tu kureng sikit tapi still ok. 

Ok aku tau aku bukan review pasal ombak rindu tapi pasal pelakon dia je. Ala boleh la kan lagipun kebanyakan nya dah tahu pasal novel ni. Satu yang aku tak berapa nak puas hati ialah cerita ni ada yang tak sama dengan novel. Contoh, kalau dalam novel Izzah keguguran masa nak kejar Hariz tapi dalam movie ni Izzah tak keguguran. Ada la here and there yang tak sama tapi yela novel nak jadikan movie yang berdurasi 2 jam bukan senang.

Apa-apa pun yang paling terbaik aku rasa ombak rindu ni lagu dia.




Perh lagu ni bila korang tengok movie dalam wayang kan memang terasa kat hati la. Tengah sedih-sedih scene tu tiba-tiba masuk lagu ni. Ok serius aku rasa la sedih nya tu tapi tak la sampai nangis.


Overall untuk cerita ni aku bagi 4/5 bintang. Ada yang boleh dibaiki tapi apa-apa pun cerita ni memang best.Tak sabar nak tunggu novel Bicara Hati pulak dijadikan movie. 

So pada sesiapa yang belum tengok tu cerita ni must watch la. Untuk cerita melayu aku rasa berbaloi.





rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

0 LOVE TO COMMENT:

Catat Ulasan