Ads 468x60px

Sabtu, 26 November 2011

Malaysia Vs Syria : Penyokong Malaysia janganlah nak malukan nama MALAYSIA.

Hello semua. Sebelum pape aku nak ucapkan Tahniah la pada Harimau Muda sebab berjaya mempertahankan emas dalam sukan SEA kali ni.



Ni lah antara barisan pemain-pemain yang dah membanggakan nama Malaysia kali ni.


Ok balik semula pada cerita asal aku. Masa game Malaysia Vs Syria hari tu aku pergi la tengok dekat stadium bukit jalil. Suasana tengok dekat stadium sendiri memang best la kan. Tak dinafikan la.



Masa nyanyian lagu negaraku aku memang kagum giler la dengan nyanyian ramai-ramai tu. Kira macam semua menghormati dan bangga menyanyikan lagu negaraku dengan kuat sekali kan.


Tapi satu yang aku rasa penyokong malaysia ni memalukan negara kita sebab bila pemain sy
ria nak ambil tendangan sudut, penyokong-penyokong malaysia ni ramai-ramai jeritkan "fuck u" dekat pemain syria.

Aku rasa tak perlu kot. Kalau nak psiko pun setakat "boo" dah ok la tu. Tak perlu la ramai-ramai nak jeritkan macam tu sampai buat isyarat sekali. Seriously aku rasa memang nampak dorang ni macam tak bertamadun bila buat macam tu.

Kita mengutuk penyokong Indonesia bila Final sukan SEA hari tu tapi kenapa kita pun nak mengikut perangai macam tu? Lagipun negara Syria tu kan antara negara Islam. Kalau tak nak hormatkan pemain hormatkan la agama.

Lagi satu, aku tak tahu la kenapa penyokong Malaysia ni hanya akan menyokong bila menang tapi bila kalah hilang semua sokongan bila menang. Keluar la pulak kutukan kalah.

Korang kalau pandai sangat kenapa tak jadi pemain negara? Cuba turun main dengan ribuan penonton apa yang korang rasa? Bagi la sokongan tak kira la bila kalah ke menang ke.

                Yang menang tak selama nya menang, yang kalah x selamanya kalah
                Yang hebat tak selamanya hebat, yang lemah tak selamanya lemah.
                                      Hidup ni ibarat roda.

Jadi tak payah la nak mengutuk sangat ok bila kalah. Nak-nak lak Fakri.


Ok mungkin dia main xsehebat striker yang lain, tapi dia dah cuba yang terbaik. Mana ada orang nak kalah kan. Ada la sesuatu pada dia yang kita tak nampak mungkin. Kalau tak takkan la dia dipilih jadi pemain negara kan. Dia pun ada family jugak, jadi fikirlah jugak perasaan family dia bila anak kena kutuk macam ni.

Jadi penyokong-penyokong Malaysia, sokonglah masa menang dan kalah ok. Jangan masa menang dijunjung masa kalah dipijak.

Watever it is, pemain yang sangat berbakat dan bersungguh-sungguh masa perlawanan dengan syria hari tu..


Yes Nazmi Faiz @ Kaka malaysia ;-)

Kesimpulannya, ramai-ramai la pergi tengok MALAYSIA lawan BAHRAIN ahad ni ok. Jagalah sikap dan nama negara.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

0 LOVE TO COMMENT:

Catat Ulasan