Hye semua. Aku dah perasan lama dah benda ni tapi baru sekarang rasa nak buat entry. Kenapa semua orang excited sangat bila jumpa tarikh yang sama nombor.
01.01.11 la 11.11.11 la 12.12.12 la.... macam-macam la. Jadi nya setiap tahun akan ada la macam-macam mitos tentang tarikh-tarikh yang sama ni. Konon nya tarikh macam ni ade la yang akan jadi.. ada cerita macam ni macam tu.
Apa yang aku perasan bila jumpa je tarikh macam ni semua orang nak up status kat facebook pasal tarikh ni. Well jawapan korang mesti la wall aku suka hati aku la. Tapi perlu ke?
Macam jugak cerita 2012 dulu, bila keluar je cerita ni tentang dunia kiamat pada 2012, macam-macam la mitos yang keluar. Konon nya akan jadi ni la jadi tu la tahun 2012 nanti. Percaya jela pada qada dan qadar Allah. Kalau dia nak benda tu jadi, jadi lah dia. Jangan lah taksub sangat dengan cerita2 ni semua. Dalam cerita 2012 tu pun dapat tengok last-last ada orang yang hidup. Celah mana kiamat nya kalau ada lagi yang hidup.
Hari Kiamat adalah hari di mana akan musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini.
Tak payah la nak percaya sangat dengan benda-benda macam ni. Selagi tak ada bukti yang sahih dari Al-Quran ke atau ulama' ke tak payah la percaya sangat.
Macam gambar Yuna tu jugak..
Pandai-pandai je dorang buat spekulasi cara yuna pakai tudung disamakan dengan sister tu. Sekali ada sorang ustaz ni bagi ceramah hambek korang.
Memang la ada adab-adab bertudung tapi bak cakap ustaz tu, zaman sekarang ni selagi dorang nak bertudung nak tutup aurat biar la mcm mana cara sekalipun. Lagipun siapa la kita ni nak tentukan dosa pahala, baik buruk orang lain. Kan baik kita jaga hal kita sendiri dari sibuk nak selak kain orang kan.
Ni video ustaz tu korang tengok dan nilaikan la sendiri. Ok la walaupun entry ni menyimpang sikit pada tajuk aku ni tapi korang faham kan jela apa yang nak aku sampaikan.
Walaupun kita tak boleh jadi terlalu perfect tapi perbaiki la semoga lebih baik dari sebelum ni.
Tazkirah jumaat. ^^
0 LOVE TO COMMENT:
Catat Ulasan