Jadi kalau dah tengok 2x tu korang rasa best ke x? mesti la best kan. Sekali tengok dengan IF aku sekali lagi dengan kawan2.
Meh aku sinopsis kan sikit cerita ni.
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.
Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.
Untuk sinopsis tu aku amik dari facebook Alamak Toyol. Macam tu la cerita nya. Meh nak bagi review pulak.
Untuk 5-10 minit pertama tu macam boring. Aku dh rasa macam tak best je cerita ni. Agak slow sikit la mula-mula. Cerita ni mula menarik bila Pak Umar serahkan Toyol tu pada Fakhrul dengan Kudin. Lepas tu cerita ni memang buat korang gelak jela.
Lawak dorang memang spontan dan best. Aku rasa memang gandingan yang lawak la along dgn angah ni. Lagipun lawak dorang tak macam ikut skrip dan dibuat-buat macam cerita-cerita lain. Walaupun tengok kali yang ke2 tetap aku boleh gelak giler2 lagi.
Watak toyol tu memang menjadi la. Walaupun tak ada dialog, tapi dari mimik muka, gaya memang menjadi dan kelakar.
So aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ni. Antara cerita yang wajib tonton la kalau nak release tension. Sangat ringan dan kelakar.
rose:- jangan lupa like kalau suka ok.
0 LOVE TO COMMENT:
Catat Ulasan