Ads 468x60px

Isnin, 14 November 2011

MukaBuku Medium MukaGaduh

Hallo...!
Nampak tak? Nampak tak tajuk entry aku tu? Ok la sebenarnya tajuk aku nak letak facebook medium bergaduh, bercerai-berai tapi macam panjang sangat kan so jadi la tajuk tu. Ok xpe bukan tajuk tu masalah nya sekarang.


Sekarang ni kan zaman facebook. Siapa yang tak ada akaun facebook boleh dikira kolot la. Mane tak nya nenek umur 70 tahun pun sekarang dah guna facebook apatah lagi budak-budak remaja kan.

Kalau di universiti, facebook ni la tempat nak bagitau maklumat ke nak buat group untuk course itu la ini la. Memang la ada baiknya facebook ni tapi yang buruk nya facebook ni bila ada yang jadikan facebook sebagai tempat bergaduh. Meh aku bagi situasi nya ya.

SITUASI 1

Status A : Do I care..

Like : Status B and Status c like this
Comments:
Status D : Aku pun tak kisah...
Status A : Yang kau sibuk apehal?
Status D : Tak le gurau duk surau la..
Status A : Pegi mampos dengan kau.

Nampak tak? Emosi menguasai diri jadi la macam ni. Si status A tu tengah emosi buat la status kat facebook. Status D pulak konon-konon nak gurau tetibe status A yang tengah beremosi tu berhangin jadi la pergaduhan. Ok ini dari pengalaman aku yang pernah jadi sekeliling aku ya. 

Bila diri tengah marah atau beremosi seelok-eloknya jauhkan la diri anda dari FACEBOOK. 

Peringatan untuk aku jugak tu.



Situasi 2

Status A (L) : Selamat pagi

Like : Status B (P) likes this
Comments : 
Status B (P) : Good morning. 
Status C (P) : Kau apehal nak comment-comment status BF orang ni?



Ni yang paling banyak jadi la aku rasa. Bf Gf gaduh sebab facebook. Asal Bf die buat status ade perempuan comment mula nak tanya tu siapa ni siapa. Nak-nak yang jenis cemburu gila tu kan pantang je bila da perempuan or lelaki comment kat status bf or Gf diorang. Tak pasal-pasal makan kasut nanti.



Oh ye yang (P) dengan (L) tu stand for perempuan dan lelaki ok. 


Situasi 3


Status A friend dengan Status B tapi Status A buat status tentang perangai Status B.


Ni sama ada STATUS A tu memang nak STATUS B tau perangai dia ataupun STATUS A tu memang bodoh konon nya nak berkongsi dengan kawan-kawan lain tapi dalam masa yang sama STATUS B boleh jugak baca status dia tu.

Banyak juga aku jumpa orang macam ni. Dalam erti kata lain marah diluahkan dekat facebook kononnya nak berkongsi tapi sebenarnya buatkan keadaan makin teruk dan bergaduh lagi la teruk kan.

Situasi 4


Si A (L) add facebook si B (P). Si B approve si A. Si A ayat si B sampai si B jatuh cinta dengan Si A. Si A janji macam-macam kat si B tapi one day Si C maki hamun si B sebab Si C ni rupanya isteri si A. Si A rupanya dah berkahwin.


Cewah dah macam cerita novel pulak tapi inilah realitinya sebab aku pernah baca dalam page kisah rumahtangga, ramai isteri dan suami meluahkan tentang pasanganya yang curang dengan rakan di facebook.




Actually banyak lagi situasi-situasi yang boleh menyebabkan pergaduhan melalui facebook ni sebab kadang-kadang ada jugak orang yang syok sendiri. Yela kita buat status pasal orang lain tapi orang lain yang terasa pun boleh menyebabkan pergaduhan jugak.

Jadi sebenarnya kunci utama nye senang je..

Bila marah jauhi FACEBOOK, bila FACEBOOK jangan marah


Tapi tak la semuanya pakat-pakat nak gaduh je kat facebook ni kan ada je yang bertemu jodoh dekat facebook. Jadi gunakan lah kemudahan yang dah ada ni dengan sebaik-baiknya.


Panjang dah rasa entry aku kali ni so cukup la ye. Bosan pulak korang baca nanti. Adios.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

0 LOVE TO COMMENT:

Catat Ulasan