Ads 468x60px

Isnin, 18 April 2011

KERETA HILANG!!!! KENA CURI????

Hye semua... Cerita ni kisah benar sebenar-benar nya tiada yang tak benar melainkan benar belaka... Ok cukup.. Meh aku start cerita.

Hari ahad lepas kiranya semalam la ye, aku dgn incik abang pergi la Jusco Melaka yang baru tu yang besar gedabak tu kan.

Tu la rupanya Jusco AEON melaka yyang baru buat tu. So aku pergi la kan. Lepas parking kereta masuk la Jusco tu nak beli barang.

1/2 Jam lepas tu keluar la kitaorg dari Jusco tu. Ye aku beli barang memang kejap. Tak membazir masa. Ok tipu. Kena beli cepat sebab pergi dengan lelaki yang tak reti bershopping.. Ya itu la alasan nya. Huh tak suka...

Ok nak dijadikan cerita pergi la kat tempat parking kereta tadi. Sampai-sampai je tengok kereta dah tak ada!!!!!!!!!

Aku : Kereta mana??
Incik Abang : eh tadi kat sini. Mana kereta ni??

Apalagi dengan muka cuak dan hati yang berdebar-debar ni kitaorang ni pusing la satu tempat parking yang besar macam 50kali ganda padang bola sepak tu. Tak jumpa jugak kereta kesayangan Incik abang tu.

Incik abang dah risau setangah mati la awek no 2 dia hilang. Tanya la bangla-bangla yang kerja tarik troli tu nampak ke tak. Tanya mana pak guard la... Kitaorang pun pergi la cari pak guard nak bagitau la kereta hilang kalau-kalau ada CCTV ke kan nak cari.

Cari pak guard pulak tak jumpa. Dengan panas-panas rabun tu berpeluh-peluh cari pak guard yang keje nye berpusing je naik moto. 

Bila dah jumpa, Pak Guard pun bawak la Incik Abang tu naik motor dulu cari sekali lagi kereta kat tempat parking dari mula sampai last.

Aku duduk dekat kerusi depan JUSCO tu menunggu. Sebelah kerusi aku ada la sepasang China. 

Cina: Kereta hilang ka?
Aku : ya
Cina : parking bayar pun boleh hilang ka?
Aku : entah
Cina: Habis macam mana?
Aku : tak tahu la...

Dalam hati aku dah menyumpah dah cina ni. Aku dah la risau kereta hilang dia banyak lak tanya.
Duduk la aku melayan pertanyaan cina tu nak tunggukan pak guard tu bawak abang aku g cari kereta.

Dalam 15min pastu pak guard pun datang balik kat tempat aku duduk tu..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Kereta ada kat belakang. Parking tempat lain memang la tak jumpa kat sini."

Dialog pak guard tu yang buatkan aku rasa nak tanam diri sendiri jek. Shit macam mana la kereta tu boleh parking kat situ pulak. Aku pun toleh la Cina tu tadi. Sengih-sengih je dorang. Pak Guard ni pun satu tak payah la nak cakap kuat-kuat kan. Buat malu jek... Aku rasa muka aku kalau letak telur sebijik boleh masak kot... Aku pun apalagi tak tunggu lama dah dengan pantas jalan tinggalkan tempat tu bila abang aku datang amik. Walaupun malu tahap dewa-dewa cinta punya aku lega la jugak kereta tak hilang.

Tak menoleh langsung la aku kat cina tu. Kecoh macam real jek kereta hilang. Semua orang nak ditanya nya. 
Huh bikin cuak betul ini parking. Cuak beb. Kereta tu hilang. Ingat kereta boleh beli macam beli ikan bilis.
Jadi mulai sekarang kalau aku nak pergi JUSCO lagi aku nak parking depan-depan pintu JUSCO biar senang cari. Tu la masalah nya buat parking besar-besar menyusahkan orang je. Ok aku salahkan parking.

Tapi yang penting kereta jumpa dan tak kena curi ok. Dapat la Incik Abang aku tidur lena malam tu.

Dah tu je nak cerita. Bye. (^_^) 



rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

10 LOVE TO COMMENT:

fasha berkata...

hahahahahah..

len kali tabur kacang ke batu ke eh!
biar senang nak cari..

ros ros..

Rose Lyana berkata...

hahaha... tau xpe.. lain kali aku nak buat la.. hahaha...

Pinky Lixiouse berkata...

haha . tak boleh blah . bole pulak cmtu eh kak ? haha . sumpah kelaka ;)

Rose Lyana berkata...

tau xpe... boleh lupa park mane pulak...

NORFAIZAH ISHAK berkata...

xley blah ah ko...

Rose Lyana berkata...

besar kot parking... hahaha....

Tanpa Nama berkata...

kereta mainana adalh kene curi

apul law berkata...

bodoh.........

elhoub berkata...

vangang gak citer ko ni....ahahahaha

elhoub berkata...

vangang gak citer ko ni....ahahahaha

Catat Ulasan