Aku selalu balik dari melaka-seremban naik KTM. So dalam KTM ni aku jadi la pemerhati tak berbayar sekejap sebab selalunya pantang naik bas ke KTM ke mesti aku membuta jadi tak la nampak sangat pun apa dorang buat ntah-ntah skodeng aku tido ke kan. Mana tahu air liur basi keluar ke time aku tido tu. Jatuh saham. Ke dorang tengok comel nya budak ni time tido.. Duuuss Duuss kena lempang laju-laju. Ok get back to the story. Nak dijadikan cerita hari ni mata aku segar bugar tak rasa ngantuk dalam bas ke KTM.
Jadi aku pun meliarkan mata dan menajamkan telinga. Ha yang menajamkan telinga ni korang jangan ikut tau. Bad habit. Macam tak de sivik suka amik tahu hal orang. Aku tak apa. Aku kan wartawan tak berbayar.
Masuk-masuk je dalam KTM ada la sorang akak ni terjumpa kawan die. Korang boleh agak tak ayat 1st org melayu ni??
A: Eh ko buat apa kat sini?
B: Nak balik...
Dah sah-sah la dalam KTM lagi mau tanya buat apa ke. Biasa la tu kan orang melayu. Bende yang dah tahu tu la nak ditanye nya. Aku pun kengkadang macam tu jugak... eeeee....Nasib baik akak tu jawab camtu. Kalau aku la aku jawab je ngah main bowling. Agak-agak akak tu baling selipar tak kat aku...
Perbualan seterusnya...
A: eh ko nak tahu.... bla... bla.. bla..
Si B mendengar dengan khusyuk nye...
Sampai part tu je aku pun sumbat telinga aku dengan earphone. Dengar lagu lagi baik dari dengar orang mengumpat. Tak pasal-pasal aku terdapat dosa plak.
Sambil-sambil tu aku terpandang la plak sorang perempuan minah saleh duk sebelah makcik2 gosip tu. Perempuan Minah saleh sumbat jugak telinga dgn headphone sambil membaca buku.
Korang nampak tak perbezaan org kita dengan org luar. Aku membaca jugak ok. Baca majalah. Baca jugak kan.. Aku tak tengok dorang je. Hehehe....
Ha yang ni bukan dekat dalam KTM tau tapi makcik kepoh kat kg aku plak. Aku pelik betul org kampung ni asal nampk muka aku je..
A: ko cuti eh...?
B: ye makcik (sambil tersenyum lebar)
Dlm hati: makcik ni klu nampak aku kat umah aku cuti le tu tak kan memonteng plak wlaupun kadang-kadang terponteng. Kalau sekali dua xpela ni asal nampak aku je tanya. Nasib baik la aku jenis yang sangat la sopan santun dan menghormati orang tua. Calon menantu yang paling baik ok. Duussss lempang lagi sekali.
Aku rasa bila aku jumpa je dorang ni aku kene jawab siap2 la aku cuti sebelum dorang tanya.
Sabo ajela. Nasib baik la keadaban dan ketatasusilaan aku tinggi. *erk*...
Yang paling tak tahan nya aku kalau ada orang jumpa aku then soalan nya berbunyi begini:
A: sekolah lagi?
Aku: Ye makcik sekolah lagi. (dengan senyum sumbing. Malas nak menafikan lagi)
Hello aku tau la aku xcukup ketinggian dengan muka yang comel (pelempang lagi) ni tapi im 22 ok... Urrghh walaupun orang lain mungkin suka nampak muda dari umur tapi aku tak berapa suka ok. Yela cuba korang bayangkan kalau la makcik tu ada anak hensem ke kan tak ke aku dah melepas jadi calon menantu kalau dorang ingat aku sekolah lagi.. ( ok sila la tampar aku laju-laju lagi).. hahaha...
Ok la dah puas aku mengarang ni. Sebelum lagi banyak aku mengarut eloklah aku hentikan je. Jangan lupa bagi grade ok. Bagus ke x karangan aku ni. BTW next week aku final exam. Wish me luck okay.
opss opss sebelum itu haruslah diingatkan yang entry ini adalah pengalaman aku dan apa yang aku perasan berlaku dalam masyrakat melayu ye. Bukan mengutuk apatah lagi racist. Nyaya je kene hentam blog aku nanti.
L.O.V.E
0 LOVE TO COMMENT:
Catat Ulasan