Ads 468x60px

Ahad, 27 Februari 2011

Shuib Sepah & Siti Sarah Nikah dah..

Tahniah la diucapkan pada Shuib Sepah dgn Siti Sarah. Akhirnya nikah juga. Hai tengok org kawin ni terasa plak nak kawin *gedik*.. Haha... Statement maut seyh...

Moh la kita layan sikit gambar-gambar nikah dorang. Gambar kredit to Beautifulnara ...





Semoga berbahagia la dorang. Jgn la jadi cam artis2 sekarang yg asyik kawin cerai je. Ingat kawin cerai ni macam main masak-masak agaknya. Malas nak main buang. Malas la nk membebel lagi.

*L.O.V.E*

Rabu, 23 Februari 2011

Review "Sini Ada Hantu"

hye.. Wah rasa bertahun seyh xupdate blog.. Ok minggu lepas aku dah pergi tengok cite sini ada hantu. Mula-mula nak tengok tu berbelah bagi le jugak. Yela pelakon xkenal.. pengarah cina... cerita xtau best ke x.. Risau je cite ni same dengan cite "Momoh The Movie".

Korang penah tengok tak "momok The Movie"? Yang Faizal AF4 berlakon tu. Aku rasa itula cerita paling sengal aku penah tengok kat wayang. Rugi je. Ok xpe tinggalkan momok the movie. Sekarang cite sini ada hantu


Tu dia poster sini ada hantu. Kau percaya hantu x??? ok jadi berbekalkan kecekalan yang sedikit dan semangat 1malaysia tu aku pun tengok juga la cerita ni. Masa aku tengok tu cerita ni belum sampai 2minggu pun tapi dah dialihkan ke panggung kecik jadi kat otak aku dah set cerita ni memang xbest.

Disebabkan dah beli tiket pegi la jugak tengok cerita ni. Wah panjang lak intro aku. 

Ok start la tengok. Mula-mula cerita ni agak lembap sikit la. Mengantuk juga la tengok. Hantu 1st dia hantu pokok pisang yang Fasha Sandha berlakon tu. Xsampai 5min pun Fasha Sandha kuar.


Hantu pokok pisang ni digunaka sebagai pemuas nafsu lelaki2 yg bernafsu syaitan tu. Ha lelaki2 sekalian dont try this at home ok...

Hantu yg ke2 hantu cina kan ketiga hantu jepun. Ha masuk hantu jepun tu dh kelakar la. Ok la dari hantu pokok pisang dgn hantu cina tu.



memang kelakar la masa hantu jepun ni. Qhaud AF6 yg berlakon pun best. Menjadi la. Tapi bagi aku cerita ni jadi bertambah kelakar dan sgt2 best bila scene akhir die.


Yg part ni memang terbaeekkk giler wa cakap lu. Bergegar panggung dgn gelak org yg tgk dgn gelagat selamba dorang ni. Dua org pelakon ni aku kasi 5bintang la part ni. Actually sepanjang cerita ni memang dua org ni yg best la scene die. Kelakar habis. 

Jadi kesimpulan nya, sokongla filem tempatan coz aku rasa filem tempatan sekarang pun dah makin setaraf dengan filem luar. Jadi lepas tengok cerita ni aku rasa 3 out of 5 la bintang utk sini ada hantu tapi 5 bintang utk pelakon yg dua org kat dlm van tu. 

So pada sape yg belum tgk tu pegi la tgk klu da lagi kat wyang. Kalau xde tunggu DVD lorh.. Hee..

*peace*


Selasa, 15 Februari 2011

Penemuan Tempat Ajaib KELAPAN Dunia

Hye kawan-kawan. Seperti yang kita ketahui ada Tujuh Tempat ajaib je didunia ni kan. 


Ni la antara tujuh tempat ajaib dunia.
1) Taj Mahal (india)
2) Great wall (China)
3) Chichen Itza (mexico)
4) Christ Redeemer  (Brazil)
5)  Machu Picchu (Peru )
6) Taman Petra (Jordan)
7) The Roman Collaseum (Italy)

Sebenarnya banyak lagi tempat keajaiban dunia ni. Macam Al-hambra (Spain) dan macam-macam lagi la.

Ye ini yang kita dah tau. Tapi sekarang dikatakan ada penemuan baru iaitu keajaiban kelapan dunia iaitu Pink And White Terrace ( Cerun Merah jambu dan putih ).




Ni la antara gambar-gambar nye. Sangat cantik.
Tempat cerun ni kat New Zealand. Katanya, yang aku baca dari Utusan..

Tarikan pertama ke New Zealand yang dipanggil "tempat ajaib kelapan dunia" oleh pelancong asing pada lewat abad ke-19 ditemui semula selepas 125 tahun tertimbus akibat letusan besar gunung berapi di kawasan itu.


Saintis New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) berkata, mereka menemui semula Cerun Merah Jambu dan Putih (Pink and White Terraces) 60 meter di bawah Tasik Rotomahana kira-kira 30 kilometer dari Rotorua.
Cerun tersebut digambarkan seperti satu kipas tangan berwarna-warni yang dilitupi warna merah jambu dan putih dan apabila dilihat dari tasik, ia seolah-olah seperti kek perkahwinan yang besar, yang tertimbus akibat letusan gunung berapi berhampirannya, dikenali sebagai Gunung Tarawera yang meletup pada 10 Jun 1886.


Letupan selama lima jam itu turut membelah gunung setinggi 1,111 meter itu kepada dua bahagian dan turut menghemburkan debu dan lava ke kawasan sekitarnya yang turut memusnahkan tiga buah kampung serta kira-kira 153 orang penduduk terbunuh.


Saintis daripada organisasi Sains Geologi dan Sains Nuklear Kebangsaan (GNS) dan Institut Oceanografic Woods Hole dari Cape Cod, Massachusetts, AS berkata, mereka telah menemui sebahagian daripada cerun tersebut ketika memeta 8 kilometer persegi permukaan tasik Rotomahana dan kini sedang menyiasat sistem geotermalnya.
Gambar sonar yang diambil oleh dua kenderaan autonomi di bawah air (AUVs) menunjukkan tangga kotor yang berwarna merah jambu berbentuk bulan sabit setinggi 1 hingga 2 meter setiap satunya dan 70 meter ketinggian keseluruhannya.


"Gambar sonar pertama telah memberikan isyarat terhadap struktur cerun tersebut, jadi kami mengimbas lebih dua kali imej tersebut.
"Kini kami telah 95 peratus pasti bahawa imej tersebut adalah Cerun Merah Jambu," kata ketua penyelidikan, Cornel de Ronde daripada GNS. - DPA


Jadi cerun ini sebenarnya telah wujud tetapi tertimbus selepas letusan gunung berapi. Tapi apa-apa pun cerun ni sangat cantik dan unik. Kuasa Allah kan. 

---->> L.O.V.E. <<----



Ameng Dan Isteri Didakwa Memiliki Dadah

Hye u ols.. Pagi-pagi lagi dah terasa nak buat entry lepas baca suratkhabar. Sebelum tu selamat menyambut maulidur rasul kepada umat Islam seluruh dunia. Ok berbalik pada tajuk entry. Ameng dengan isteri telah didakwa memiliki dadah.



Korang tengok gambar ni apa korang rasa? Kesian ke simpati ke marah ke ape? Kalau bagi aku la kan aku xsimpati pun. Bukan sebab aku takde perasaan tapi dorang sendri yang menjadikan diri dorang macam tu. Dorang sendiri tak simpati dengan nasib diri dengan anak bini buat apa kita org luar nak simpati kan.
meh baca petikan dari utusan ni.

MELAKA 14 Feb. - Selepas 14 hari direman, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng bersama isterinya, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki dadah.
Ameng , 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail yang memakai kemeja berwarna coklat dan seluar panjang kelabu, mengaku bersalah di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Isterinya, Sabariah Zakariah, 41, yang bertudung pula mohon dibicarakan atas dua pertuduhan itu.
Mereka didakwa secara bersama atas tuduhan memiliki 122 gram kanabis dan satu gram methamphetamine di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya di sini lebih kurang pukul 5.20 petang, 1 Februari lalu.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali.
Sementara pertuduhan kedua terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 12 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama iaitu denda tidak lebih RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ameng merayu supaya hakim melepaskan Sabariah daripada dua pertuduhan itu.
''Saya merayu supaya isteri dilepaskan kerana dia tidak tahu-menahu, malah dia juga sering menasihati saya supaya tidak terlibat dengan dadah.
''Semua ini adalah kesalahan saya. Kami ada seorang anak berusia tiga tahun yang menghidap asma yang kini hilang selera makan kerana terlalu rindu serta amat memerlukan belaian ibunya,'' katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin yang mendengar rayuan tertuduh kemudian memberitahu, rayuan Ameng yang meminta isterinya dilepaskan adalah terpulang kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk menentukannya.
Ifa yang tidak mencadangkan ikat jamin memohon tarikh sebutan baru ditetapkan sementara menunggu laporan kimia bagi menentukan berat bersih dadah.
Zaharah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes.



Kenapa la mesti Melaka. Ye aku anak jati Melaka. Tapi macam mane pun aku rasa isteri dia patut dilepaskan la. Kesian pulak kat anak dia kan. Tu la padahnya kalau tak memikirkan keluarga. Jadi korang diluar sana tu berhati-hati k. Jangan sesekali terjebak dengan dadah. Musuh utama negara tu.

----->> L.O.V.E <<-----

MOTIF???

Hye korunk... Walaupun kepenatan sebab malam ni aku telah melakukan perkara gila. Ye memang gila.
Korang bayangkan aku ada exam kol 8 mlm tadi kat UKM bangi dan aku bertolak dari Melaka pukul 7. Xgila ke?? extreme habis.

Buatnye tetibe jem kat tengah highway memang sah la aku tak jawab exam. Tapi alhamdulillah la selamat sampai dan balik.

Tapi bukan tu yang aku nk cerita ni. Masa kat highway tadi aku terjumpa la satu motor ni. La aku nak cite motor je ke? Ha memang la motor je. Tapi yang bestnye kat highway ni motor nye ada...


Ha tu la. Mungkin ada yang kata tak pelik tapi bagi aku tetap pelik apatah lagi bahaya. Korang tengok betapa selfish nye mak bapak die. Dorang jaga keselamatan pakai helmet tapi anak-anak biar je camtu. Keras ke kepala anak-anak korang tu. 

Ye gambar tu dari google. Mane sempat nk snap kat highway. Baru terkial-kial nak cari handphone motor tu pun ilang. So aku sebat jela kat google. Heee...


Tapi sekurang-kurangnya Malaysia masih lagi tak seteruk gambar kat atas tu kan. Nasib baik bertiga je paling ramai. Buat nye cam gambar tu ha xke penat polis nak saman sorang-sorang..


Terbaeek wok. Monyet pun sekarang dah pandai naik mtor ok. Jadi jangan la korang terkejut kalau masa korang amik lesen nanti monyet pun joint venture. Heee... 
Seperti biasa tajuk aku memang selalu lari dari content nye. Biasakan la diri korang ye. Hehehe...

Jadi utamakan la keselamatan keluarga anda.

----->>L.O.V.E<<------


Ahad, 13 Februari 2011

BRAINWASH

Hye u ols.. Lame betul xupdate blog. Disebabkan esok aku ada exam Mid Semester jadi petang tadi aku pergi la mencuci mata.. "erk" Exam bukan study ke??

Aku pun conpius ni.. Kenapa aku tak study ek... herm... Semuanya disebabkan MALAS la. Ape lagi. Ceh bajet pandai je aku kan xstudy sempat merayau lagi. Disebabkan aku ni pencinta alam yang sejati aku memang suka pergi pantai. Jadi aku pergi la Pantai Eye On Malaysia ditemani incik abang aku...

Ok la korang tengok la gambar-gambar yang sempat aku amik. Actually ade gak yang aku rembat dari gogle jek.


cantik kan. Sejuk je mata tengok.


Ari ahad kan ramai jela yang main layang-layang. Family la ramai. Yang couple2 duk tepi pantai jek. 


Ye anak buah aku yang sibuk memain...

Tapi yang aku conpius ni ape kene mengene tajuk aku dengan entry ni ek.. Korang dapat connect x apa kaitannya?? Aah lupakan la. Anggap la aku brainwash otak aku dengan beriadah kat pantai ni ha. Baru otak fresh nak study kan. Cewah ayat. Boleh la alasan aku tu kan.. Hehe.. Ok la aku chiooww dulu.

------>> Love <<------

Selasa, 8 Februari 2011

GERAM

Kenapa aku geram?? Yela mana xgeram cuba korang fikir. Fikir tau..

Kleas aku sampai jumaat ni. Rumah aku kat Melaka je. Jumaat aku balik Melaka then Isnin balik UKM balik sebab isnin aku tak ada kelas.

Best la dpt duk umah lama2.. Tetibe aku dapat tau ari selasa depan cuti Maulidur Rasul.
Wah hati dah berbunga riang ni dpt tambah cuti sehari.

Tetibe kwn aku cakap "weh isnin malam depan ada EXAM MID SEM...


WHHAAATTTT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hbs la cuti sehari aku. Eh sehari kat rumah bermakna tau..

*SEDIH*

Yela exam lagi penting.. Sob sob...

Rabu, 2 Februari 2011

Sehari Menjadi Babysitter

Hye u ols. Ye saya telah dipertanggungjawabkan menjaga sepupu saya yang bernama Muhammad Danish Zakwa. Sedap tak nama? Mesti la best coz saya yang bagi nama tu. *bangga*..


Ni la budak kecik tu. Sangat comel. Geram je tgk.. Hehe.. Ok disebabkan budak ni walaupun baru 7 bulan tapi otak dah cam org tua dia tak nak duduk taska dengan budak-budak sebaya dia tap dgn org g lebih tua dari dia. Disebabkan itu mak dia terpaksa cari tempat lain utk dia dan aku la org yg perlu menjaga dia sementara mak dia keja semalam.

Korang tak caya?? Ini kenyataan caya la. Kalau letak dlm bilik bdk yg sama baya dgn dia, dia menangis tapi klu keluarkan dgn budak2 yang dh tua sikit kat luar tu baru diam. Sgt pandai sampai pening kepala mak abah dia. Hehe..


Pengalaman menjadi babysiter?? Herm tak la susah mana pun cuma time die membuang tu aku mintak tolong mak aku cuci la. Hehe.. Belum tamat belajar cuci pembuangan baby lagi la. *Bajet* 


Ala la comel nye dia gelak. Yang pegang tu akak aku bukan mak dia ye..
Actually xde la apa sgt pun nk citer pasal jadi babysitter ni cuma sesaja nak buat entry gak. Hehe...

*L.O.V.E.*


Selasa, 1 Februari 2011

RAJA LAWAK 5 LAWAK KE???

Ye, walaupun telah hampir 5 minggu raja lawak 5 bermula tapi baru la malam ni aku rasa nk update pasal ni. Korang kisah ke? Ada aku kisah ke.. Hehe.. ok2.. 

So ape komen korang untuk raja lawak kali ni??

:- Klik gambar untuk penggemukan 

Jadi mana satu pilihan korang dan korang rasa berbakat untuk jadi Raja Lawak musim ni? Aku? Owh kalau aku memang aku pilih NAZMI. Ye aku sgt suka lawak dia walaupun apa korang kata janji aku suka. Dari minggu 1st sampai sekarang aku suka tengok sketsa dia. Memang lawak la bagi aku. Bagi korang aku tak tau le kan. Meh layan satu video NAZMI jap..



yes aku sgt suka time ni. Tema tiru artis dan dia tiru David Teoh. Sgt lawak.

Ada macam rupa NAZMI sikit-sikit kan. Dan aku rasa David Teoh ni komen pun lagi lawak dari segelintir pelawak musim ni. 

Yang lain-lain tu ada juga yang best tapi buat masa ni aku pilih NAZMI ni jela.
Tapi pape pun dorang tetap tak boleh lawan... Jeng..jeng...jeng...


yup JOZAN. Dorang ni la pelawak yang paling lawak yang aku admire la. Terbaeek dari ladang punye.. Ko ade?? ha...

*L.O.V.E*