Ads 468x60px

Isnin, 27 Ogos 2012

Selamat Hari Raya..!!


Hello....!!

Wah lama betul tak hupdate ini blog. Macam-macam perkara nak kena buat sampai tak ada masa nak update blog. Tak ada idea nak update pun iye jugak. Ok tak ape. Aku rasa masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya. Maaf zahir batin pada semua yang mengenali aku. Andai ada terkasar bahasa sama ada sedar atupun tidak harap di maafkan di bulan yang mulia ni.

Ayat nak gempak ye dak. Macam mana raya korang? menarik? Meh nak kongsi sikit gambar-gambar raya aku tahun ni.

Ni masa raya pertama. Disebabkan sedara mara yang dari johor tak balik makanya sesi raya pagi kitaorg hanyalah minta maaf sesama keluarga dan ke kubur. Lepas bercamwhore sekejap dan tengok la TV sampai ada orang datang rumah.


Cover ayu sikit. ^_^


Dengan my one and only younger brother. Dah lagi besau (org melaka) dari aku.


Ni kakak sengal aku...


Raya ke3 pulak sedara mara dari johor balik melaka dan berkonvoi la kitaorg pergi berjalan raya. Adalah dalam 8 kereta kalau tak silap berkonvoi tu.. Memang meriah la.







Sila abaikan muka ku yang berminyak itu ye.


Raya ke5 pula bersama kawan-kawan sekolah yang sengal dan tak berapa betul.



Maaf la ye entry kali ni banyak gambar. Yela dah lama tak hupdate kekdahnya. Dah itu je nak cerita. Sampai bertemu lagi di lain entry kalau aku rajin ok. Annyeong.




rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Isnin, 5 Mac 2012

Soalan Favourite yang $%^&*

Hye semua. Diam tak diam dah hampir 3 bulan aku tinggalkan blog ni bersawang. Kita teruskan pada tajuk entry aku ni ok. Soalan feveret yang $%&* itu bermaksud soalan yang bila ada orang yang tanyakan pada korang dan korang rasa macam nak bagi sepakan bola cristiano ronaldo pada yang bertanya tu. Macam tu la rasanya. Dalam bahasa kasarnya yang korang rasa memang soalan bodoh dan bangang untuk ditanya.

1) Tengah buat apa tu?

Aku rasa ini soalan wajib ada sebab memang soalan paling banyak aku rasa ditanya. Masa korang tengah basuh baju dengan tangan disebabkan mesin basuh yang rosak dan datang nya si A bertanya "tengah buat apa tu?" Mesti korang rasa macam nak siram je si A dengan baldi air tu kan. Dah terpampang lagi bersuluh tengah membasuh baju lagi mau tanya. Well, itu la sebenarnya realiti manusia. Bila dah nampak tetap juga nak bertanya. Bila tak ditanya macam tak lengkap hidup dorang mungkin.


Dibawah tengah buat apa tu memang macam-macam la yang boleh ditanya kan. Contohnya...

a) Tengah buat asiggment ke?


Soalan ditanya apabila due date nak hantar assigment adalah esok harinya dan sekarang jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Aku rasa memang soalan yang cari nahas. Kalau aku di tempat orang yang bertanya tu memang aku bagi jawapan yang berunsur makian. Mungkin macam ni jadinya...



Aku tau korang semua mesti pernah merasai ditanya soalan lazim ni kan? Bermacam-macam soalan boleh ditanya berkaitan "tengah buat apa tu?" yang sebenarnya dah kita tahu jawapannya kalau tak ditanya pun.

Aku tak ada tips lagi macam mana nak menghindar dari menjawab soalan macam ni sebab kadang-kadang aku pun tanya juga soalan bodoh ni bila tahap kebengongan otak aku sampai. *_*

Enjoy reading.. ^^

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.