Ads 468x60px

Sabtu, 20 Ogos 2011

[GAMBAR] Selepas HUJAN ICE di SOUTH CHINA

Hye semua. Jom aku nak tunjuk gambar-gambar yang memang boleh terpegun jugak la nk tengok. Hebat sungguh kuasa ALLAH SWT.

Jom tengok macam mana jadi lepas hujan ICE dekat SOUTH CHINA.


















Hebat kan. Tiada yang mustahil kat dunia ni. Tak dapat aku bayangkan kalau jadi dekat Malaysia ni macam tu. Beku rasanya. Jadi bersyukur lah dengan apa yang kita ada.


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

PERINGATAN : Jangan bermain dengan GARFU

Hye semua. Hari ni aku nak kongsikan dengan korang gambar akibat bermain dengan garfu. Sebenarnya aku banyak terima emel dari sepupu aku.

Jadi yang mana aku rasa boleh kongsikan aku kongsikan ok. Mungkin ramai yang dah tengok or terima emel tapi tak pe aku nak jugak kongsi.

lets check it out...


yes ini setelah garfu nye dicabut keluar so nampak ok sikit la. Tapi ce tengok bila garfu masih ada lagi...


Serius menakutkan. Jadi kaum-kaum ibu sekalian jaga la anak-anak anda sekalian dari GARFU. Merbahaya.

ok tu je. 

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Khamis, 18 Ogos 2011

Ya ALLAH, Lindungilah kami dari LAKNATMU kerana Puak2 nie!

Hye semua. Daripada tajuk entry aku tu kan, aku adalah dapat satu emel ni yang aku rasa nak dikongsikan dengan semua. Mungkin ramai yang dah tahu dan dah dapat tapi aku jugak kongsi.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah....Kau Jauhilah hati kami dari perkara2 keji ini ya Allah...Dan Lindungilah kami dari Azabmu... Jauhilah kami dari golongan2 yg murtad kepadamu ini ya Allah.... Dan Jauhilah Zuriat2 kami, saudara2 kami, dan sahabat2 kami dari terpesong daripada agamamu ya Allah.... Amin Ya Rabbal a ' lamin....
  
Buat sahabat2 yg boleh panjangkan email dibawah ni kepada jaip, or jakim or mufti negeri, tolong fowardkan segera... Na ' uzubillah himinzaliq '
  
Assalamu alaikum... aku baru nak terlelap tiba tiba ternampak satu group yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Murtads in Malaysia and Singapore ' ya ' allah mengucap panjang aku baca komen komen dan post post kat situ, apa yang menyedihkan lagi sebilangan ahlinya ialah di kalangan warga melayu, yang berstatus islam..

hampir menitis airmata aku apabila manusia yang dahulunya beragama islam kini menghina dan mengkeji islam, pada pihak yang berkenaan sila ambil tindakan, sebelum ramai lagi bangsa bangsa kita yang me ' murtadkan diri. ada jugak beberapa remaja perempuan melayu yang aktif, aku cukup sedih dan tak sangka, apa yang membuat mereka keliru dengan agama sendiri...

penghinaan terjadap agama bukan satu gurauan, dan tak kelakar langsung ok.

even kau tak percaya agama kau sendiri kau tak perlu nak hina agama kau! then kalau kau tak percaya agama kau! apa yang kau percaya !!! macam ni punya manusia pun ada.
 



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

itulah antara kandungan emel yang aku dapat. Akhir zaman ni macam-macam perkara yang jadi dan minta kita dijauhkan dari segala bencana Allah SWT. 

Ok tu je nak kongsi. Bye. 




rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Rabu, 3 Ogos 2011

Amirul Hadi dan Safee Sali dilabel "monyet" pulak dah..!!

Hye semua. Bertemu kembali. Wah macam berita pulak. Ok la kita pergi terus jela ye. Aku memang bukan kaki mengomel intro-intro ni.

Jadi berdasarkan title aku untuk entry ni Amirul Hadi dan Safee Sali dikatakan 'monyet' oleh isteri kepada kapten Singapura Shahril, iaitu Hidayah namanya.


Ini lah antara aksi yang dikatakan 'monyet' oleh hidayah tu dalam twitter nye. Tapi tak lama lepas tu twitter nya telah pun di deactivated kan. Mungkin sebab takut dihina. 

Bagi aku la dia tu jeles je tengok pemain MALAYSIA yang 100% anak jati MALAYSIA rather than Singapura yang lebih mementingkan IMPORT. Yela mungkin dia jeles laki dia tak boleh nak buat aksi macam tu kot.

Apa-apa pun minta la maaf pada dorang ni. Setelah berhempas pulas membantu negara untuk memenangi perlawanan ni walaupun tewas. Korang dah menang dah la tak payah la nak menghina mencaci bagai.

Kadang-kadang aku tak faham betul la dengan sifat manusia ni. Bila kalah kata kita main kotor, bila menang pun tak puas hati jugak. Apa yang korang nak sebenarnya?

Susah nak puaskan hati semua orang kan. To Hidayah yang mungin tak berapa nak dapat hidayah jangan kerana mulut badan binasa sudah la.

Apa-apa pun pemain HARIMAU MALAYA tetap hebat tanpa bantuan IMPORT sekalipun. Anak jati MALAYSIA terbaik..!!!


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

ADIK PUTUS TUNANG KAKAK KENA SERANG..!!

Hye korang. Disebabkan dah lama tak mengupdate malam ni aku bagu 2 sekali la. Kasi kan lebih sikit. Ok la entry ni ada kena mengena la dengan entry aku yang sebelum ni pasal KFCM dengan ELIA. Belum baca meh jenguk-jenguk entry ni.

Ha yang aku pelikkan ni yang putus tunang nye ELIA yang kena serang nya kakak ELIA ni. Siap ada buat page lagi.



Tu dia popular kakak nya elia ni siap ada page lagi. Aku kadang-kadang tak faham juga la dengan orang-orang yang suka buat page macam ni. Kalau baca post-post pun banyak yang menghina dan mencaci. Bulan puasa ni beb agak-agak la. Tak nak cari pahala ke? Yang kena kutuk tu confirm-confirm dapat pahala free. 

korang dapat hape? dosa lagi adalah. Bila difikir-fikir balik kenapa sampai ada yang buat page ni? sebab nya elia putus tunang dengan orang popular KFCM. Cuba kalau elia tunang dengan orang biasa yang jadi mekanik contoh. Kalau kakak dia bising dekat twitter ke facebook ke ada sesiapa yang nak amik tau ke?

ada sesiapa yang nak buat page ke? confirm-confirm la tak kan sebabnya ala mekanik je pun. See?? nampak tak permainan dia?? sebab popular je semua nak ber page-page bagai. Kalau kakak dia mulut puaka ke ape ke ada menyusahkan sesiapa ke? yang putus tunang adik dia so kalau dia nak bising ke apa ke siapa kita yang nak marah-marah.

Tak de kaitan langsung dengan dorang. Sudah-sudah la tu. Asal popular je yang salah sikit mesti ada page. Ana rafalli menang AJL pun tak suka buat page. Hape lepas buat page tu Anan Rafali tak jadi menang ke? menang jugak kan. Dia dah bagus nyanyi sana sini orang yang buat page tu pulak sibuk-sibuk. Rezeki tu kan Allah yang tentukan. OK dah melalut ke Ana Rafali pulak.

OK balik semula ke tajuk asal. Jadi nasihat aku pada yang tak suka dekat kakak elia tu doakan jela yang terbaik. Tak baik buka aib orang. Sekarang ni TUHAN bayar cash. Hari ni cakap esok lusa jadi balik kat kita. Jadi sempena bulan puasa ni jaga la mulut hati dari perkataan dan perbuatan jahat. "mood sedikit ustazah"

to elia dan her family (kalau2 elia baca ;-)) : hiraukan semua tu. Move on je. dorang tu semua dengki je. Tak kena pada dorang memang la senang bercakap cuba dah kena gerenti tutup mulut. 

dah tu je. Nak tido dh ni. Jangan lupa niat puasa ok.bye. 



rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

AKHIRNYA KHAIRUL FAHMI MEMUTUSKAN PERTUNANGAN..!!

Hye.. Wah agak lama tak mengupdate blog ni. Berhabuk dah. Ok tak pe. Sementara ada masa ni aku nak la jugak buat entry hangat masa kini tentang KHAIRUL FAHMI CHE MAT dengan tunang nya ELIA.



Ok aku rasa ramai antara semua yang dah tau kan KFCM memutuskan pertunangan dengan ELIA. Belum tau lagi?? meh la aku copy paste kan apa yang aku dapat dari MURAI ok.

Ok yang dalam scroll box bawah ni jawapan KFCM tentang isu-isu berbangkit.





1. Keputusan Nekad Putus Tunang
"Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.
Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.


2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga
Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.
Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media."


3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan
"Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.
Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.


4. Isu facebook
Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.
Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.


5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia
Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.


6. Campurtangan Pihak Keluarga
Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.
Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.


7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia
Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.


8. Sudah Lupa Diri
Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.
Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.


9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan
Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.


10. Memohon Maaf
Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.
Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.


Sekarang kita baca pulak kenyataan ELIA ok. BAru dapat beza banding. Ini kenyataan ELIA dalam harian metro semalam.



KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.


“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.


“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.


Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.




“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.


Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.





Ok jadi inilah kenyataan dari kedua-dua belah pihak. Secara jujur aku suka both of them kalau berkahwin tapi apa nak buat kan jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Mungkin TUHAN dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk mereka. Kita sebagai peminat sepatut nya mendoakan yang terbaik buat mereka.

Kepada yang banyak menghina dan mencaci elia yang katanya terlalu menunjuk-nunjuk tentang KFCM tu hentikan la. Setahu aku elia dah lama cerita pasal love story dorang dalam blog dia. Dulu masa KFCM tak popular tak ada sesiapa pun yang amik tahu.

Tup tup KFCM popular je semua baca blog jejari runcing then kata elia menunjuk-nunjuk. Sebab KFCM dah popular baru semua ambil tahu. Bagi aku blog ni macam diari bagi elia. Dia suka berkongsi dengan readers2 nya so kita tiada hak sebenarnya nak marah or whatsoever.

Pada Elia aku doakan tabah dan kepada KFCM harap telah mengambil keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Jangan dituding jari siapa betul dan siapa salah. Allah maha mengetahui dan biar kan apa yang orang nak dengki dan bercakap.


ROSE --->> LIKE KALAU SUKA