Ads 468x60px

Isnin, 27 Ogos 2012

Selamat Hari Raya..!!


Hello....!!

Wah lama betul tak hupdate ini blog. Macam-macam perkara nak kena buat sampai tak ada masa nak update blog. Tak ada idea nak update pun iye jugak. Ok tak ape. Aku rasa masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya. Maaf zahir batin pada semua yang mengenali aku. Andai ada terkasar bahasa sama ada sedar atupun tidak harap di maafkan di bulan yang mulia ni.

Ayat nak gempak ye dak. Macam mana raya korang? menarik? Meh nak kongsi sikit gambar-gambar raya aku tahun ni.

Ni masa raya pertama. Disebabkan sedara mara yang dari johor tak balik makanya sesi raya pagi kitaorg hanyalah minta maaf sesama keluarga dan ke kubur. Lepas bercamwhore sekejap dan tengok la TV sampai ada orang datang rumah.


Cover ayu sikit. ^_^


Dengan my one and only younger brother. Dah lagi besau (org melaka) dari aku.


Ni kakak sengal aku...


Raya ke3 pulak sedara mara dari johor balik melaka dan berkonvoi la kitaorg pergi berjalan raya. Adalah dalam 8 kereta kalau tak silap berkonvoi tu.. Memang meriah la.







Sila abaikan muka ku yang berminyak itu ye.


Raya ke5 pula bersama kawan-kawan sekolah yang sengal dan tak berapa betul.



Maaf la ye entry kali ni banyak gambar. Yela dah lama tak hupdate kekdahnya. Dah itu je nak cerita. Sampai bertemu lagi di lain entry kalau aku rajin ok. Annyeong.




rose:- jangan lupa like kalau suka ok.