Ads 468x60px

Khamis, 28 April 2011

FENOMENA HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH DAN MAHARAJA LAWAK YANG BERLELUASA DI FACEBOOK

Hye semua.. Aku rasa daripada tajuk aku tu mesti korang boleh agak kan apa yang aku cuba nak sampaikan ni. Dewasa kini... cewah dah macam karangan budak sekolah menengah dah. Ok walaupun esok aku ada exam tapi disebabkan exam last menyebabkan niat study aku dihujung-hujung tanduk je. Punya la malas tahap gaban betul la.

Terpesong pulak cerita aku. Ok korang perasan tak sekarang yang dekat facebook kan main banyak lagi status-status warna biru tu. Contohnya macam ni ha.


Dan yang paling popular mesti lah dialog-dialog cerita hantu kak limah dengan maharaja lawak. Semakin berleluasa pulak aku tengok.







Ini antara jela yang aku rajin nak print screen. Banyak kot. Sampaikan "hahahahahha" pun ada page sendiri. 


Apa motif sebenarnya page-page ni semua pun aku tak faham la. Dah semua dialog pulak dia nak buatkan page. Nasib baik persembahan Maharaja Lawak tu 3 minit je satu kumpulan. Kalau 3 jam tak ke berjuta page yang dorang buat untuk dialog je. 

Naik pening pulak aku tengok status biru-biru tu kadang-kadang. Tapi kengkadang aku pun buat jugak status camtu. Yela tak nak ketinggalan la pulak kan. Bila dah banyak sangat page dialog tu dan ramai yang buat status biru-biru tu.. wujud la pulak page ni ha..


Ha pulak dah. Page nak hentam siapa yang buat status biru pulak. Macam-macam  la. Dah lepas tulisan biru nanti apa-apa jela page lagi yang dorang buat. 

Tak pe la biarkan si luncai terjun dengan labu nya. Yang pasti aku suka layan ini group. Best dan kelakar. 


Cuba korang usha-usha group ni. Kakak aku suka post kan apa yang aku salah cakap. Dah nama pun zaman facebook kan sekarang jadi kita layan ok.

Dah mata pun dah ngantuk. Aku pun dah tak tahu nak cerita apa. Panjang dah aku rasa entry aku kali ni. Ok bubye.





rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Sabtu, 23 April 2011

10 TABIAT LELAKI MALAS... MALAS.... DAN MALAS....

Hai semua.. Korang nampak tajuk aku tu tak? 10 Tabiat lelaki malas... malas... malas... malas.... malas.... malas.... malas... ok cukup la tu.. Ha selalu lelaki-lelaki ni asyik mengutuk perempuan itu la perempuan ini lah hah nah hambik la lelaki-lelaki ni pulak. 


Ketahui lah sifat malas anda sendiri ok. Aku terbaca artikel dalam suratkhabar Berita Harian. Ye aku memang suka baca suratkhabar malam-malam cenggini. Ibarat kalau rumah aku nak kena bom esok pagi, esok petang baru aku tau la. 


Balik semula pada entry yang betul sebelum aku merosakkan lagi peribahasa.



Namun tidak semua lelaki digambarkan sebagai pemalas kerana ada juga lelaki yang mementingkan semua ini dan teliti dalam banyak perkara. Minggu ini kita akan mengintai 10 habit lelaki pemalas secara am berdasarkan pemerhatian dan pengamatan sisipan XY - Ikon Lelaki. 

1. TIDAK MENCUCI PAKAIAN 

Rata-rata lelaki zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan. 

Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap tiga hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman. 

Yang ni aku setuju la sangat. Lelaki kalau seluar tu boleh pakai ulang-ulang kali seminggu kot. Kuman kumin dah buat negara dah kat seluar tu baru nak basuh.

2. MENGEMAS RUMAH 

Percaya atau tidak, hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata. 


Macam tu la bersepah rasanya kan. Boleh ke lelapkan mata kalau rumah dah berbau kambing?? Bak cakap mak aku macam tongkang pecah... tapi janji tido.. Lelaki...

3. TIDAK MENCUCI PINGGAN 

Sampai berulat dan berbau busuk barulah jejaka mencuci pinggan mangkuk yang bertimbu dalam sink rumah. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga tidak dibuang. 

Bagi lelaki sebegini adalah elok jika makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang saja. Lebih ekstrem, ada lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas menyentalnya dan esok beli pinggan mangkuk lain pula. 

4. MENGGOSOK BAJU 

Pasti semua pernah melakukan habit ini, pakai saja baju tanpa digosok! Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang lelaki malas untuk menggosok baju. 

Seharusnya, lelaki mengambil sedikit ruang pada waktu malam atau lapang untuk menggosok semua baju yang perlu dipakai terutamanya untuk ke pejabat. Sesekali, apa salahnya melakukan ‘senaman’ dan mengeluarkan peluh sambil menggosok baju. 

5. BERCUKUR 

Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah dijaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaskan lah sedikit. 

6. RAMBUT KUSUT 

Jika suatu masa dulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disisip rapi dan kemas. Namun kini rambut kusut adalah satu trend. Perlulah sesuai dengan diri dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang. 

7. TIDAK DATANG KE PEJABAT @ KULIAH 

Sikap sebegini paling banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadang kala tiada sebab tertentu, lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar.

Tanamkan sikap dan perasaan untuk mempelajari ilmu baru atau meningkatkan prestasi kerjaya. 

8. MENCUCI KENDERAAN 

Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas melakukannya sendiri. Jika tidak alamatnya, air hujan sajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka. 

BANGUN AWAL PAGI 
Lelaki jika sudah tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya. Apatah lagi jika perlu bangkit untuk bekerja atau menghadiri kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah. 

9. MENJAGA PENAMPILAN DIRI 

Walaupun kelihatan seperti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga seluruh badan, ia seharusnya diambil kira lelaki. 

Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih. 

10. MEMBACA 

Jika mengikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan mereka agak berbeza dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki adalah insan yang paling malas untuk membaca - apatah lagi membeli bahan bacaan. 

Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau genre pembacaan lelaki biarlah pelbagai. 



Aku rasa memang ramai yang setuju betul tak? Nak tak nak memang inilah tabiat lelaki walaupun tak semua macam ni mungkin.


Tapi sebab itu juga la kenapa perempuan dilahirkan sifatnya yang dapat melengkapi tabiat lelaki-lelaki ini apabila berkahwin. Dah kalau lelaki pengotor perempuan pun pengotor alamatnya rumah korang tu boleh jadi tempat pelupusan sampah la kan. 


Jadi nya lelaki-lelaki sekalian bersyukur la sebab ada perempuan-perempuan ni yang menolong korang-korang kemas rumah yang bersepah, masak untuk korang dan segala macam la. Bangga sekejap aku. Ok tu saja. Bye.


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

JOZAN, SEPAH, JAMBU, NABIL yang Memang MAHARAJA LAWAK

Hye semua... Selamat berweekend ye. Semalam kan MAHARAJA LAWAK minggu ke 4. Walaupun dah minggu ke-empat tetap aku nak buat entry jugak. Dah 4 minggu yang aku tengok kan apa yang boleh aku katakan  JOZAN, SEPAH, JAMBU, NABIL memang MAHARAJA LAWAK la wa cakap lu. Even ada antara dorang yang tak menang pun bagi aku keempat-empat ni dah sememangnya MAHARAJA LAWAK.

Korang tak percaya ke? Tak caya meh layan sketsa dorang semalam jap.


JOZAN


NABIL


JAMBU


SEPAH

Ha ni empat video yang korang mesti layan untuk minggu ke empat la. Tapi tengok juga yang minggu-minggu lain. Best jugak. Serius sangat best. Daripada AKADEMI FANTASIA aku rasa better MAHARAJA LAWAK. Kira nya empat-empat group ni feveret aku la dan aku gerenti tiga daripada empat feveret aku ni akan masuk final.

TAPI...!! Kalau final ada AMIR aku rasa memang aku boikot la MAHARAJA LAWAK ni. Bukan aku tak suka Amir tapi aku rasa AMIR mungkin belum dapat menandingi yang lain yang lagi sesuai dalam MAHARAJA LAWAK ni.

Jadi sokonglah pelawak tempatan. 


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Isnin, 18 April 2011

KERETA HILANG!!!! KENA CURI????

Hye semua... Cerita ni kisah benar sebenar-benar nya tiada yang tak benar melainkan benar belaka... Ok cukup.. Meh aku start cerita.

Hari ahad lepas kiranya semalam la ye, aku dgn incik abang pergi la Jusco Melaka yang baru tu yang besar gedabak tu kan.

Tu la rupanya Jusco AEON melaka yyang baru buat tu. So aku pergi la kan. Lepas parking kereta masuk la Jusco tu nak beli barang.

1/2 Jam lepas tu keluar la kitaorg dari Jusco tu. Ye aku beli barang memang kejap. Tak membazir masa. Ok tipu. Kena beli cepat sebab pergi dengan lelaki yang tak reti bershopping.. Ya itu la alasan nya. Huh tak suka...

Ok nak dijadikan cerita pergi la kat tempat parking kereta tadi. Sampai-sampai je tengok kereta dah tak ada!!!!!!!!!

Aku : Kereta mana??
Incik Abang : eh tadi kat sini. Mana kereta ni??

Apalagi dengan muka cuak dan hati yang berdebar-debar ni kitaorang ni pusing la satu tempat parking yang besar macam 50kali ganda padang bola sepak tu. Tak jumpa jugak kereta kesayangan Incik abang tu.

Incik abang dah risau setangah mati la awek no 2 dia hilang. Tanya la bangla-bangla yang kerja tarik troli tu nampak ke tak. Tanya mana pak guard la... Kitaorang pun pergi la cari pak guard nak bagitau la kereta hilang kalau-kalau ada CCTV ke kan nak cari.

Cari pak guard pulak tak jumpa. Dengan panas-panas rabun tu berpeluh-peluh cari pak guard yang keje nye berpusing je naik moto. 

Bila dah jumpa, Pak Guard pun bawak la Incik Abang tu naik motor dulu cari sekali lagi kereta kat tempat parking dari mula sampai last.

Aku duduk dekat kerusi depan JUSCO tu menunggu. Sebelah kerusi aku ada la sepasang China. 

Cina: Kereta hilang ka?
Aku : ya
Cina : parking bayar pun boleh hilang ka?
Aku : entah
Cina: Habis macam mana?
Aku : tak tahu la...

Dalam hati aku dah menyumpah dah cina ni. Aku dah la risau kereta hilang dia banyak lak tanya.
Duduk la aku melayan pertanyaan cina tu nak tunggukan pak guard tu bawak abang aku g cari kereta.

Dalam 15min pastu pak guard pun datang balik kat tempat aku duduk tu..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Kereta ada kat belakang. Parking tempat lain memang la tak jumpa kat sini."

Dialog pak guard tu yang buatkan aku rasa nak tanam diri sendiri jek. Shit macam mana la kereta tu boleh parking kat situ pulak. Aku pun toleh la Cina tu tadi. Sengih-sengih je dorang. Pak Guard ni pun satu tak payah la nak cakap kuat-kuat kan. Buat malu jek... Aku rasa muka aku kalau letak telur sebijik boleh masak kot... Aku pun apalagi tak tunggu lama dah dengan pantas jalan tinggalkan tempat tu bila abang aku datang amik. Walaupun malu tahap dewa-dewa cinta punya aku lega la jugak kereta tak hilang.

Tak menoleh langsung la aku kat cina tu. Kecoh macam real jek kereta hilang. Semua orang nak ditanya nya. 
Huh bikin cuak betul ini parking. Cuak beb. Kereta tu hilang. Ingat kereta boleh beli macam beli ikan bilis.
Jadi mulai sekarang kalau aku nak pergi JUSCO lagi aku nak parking depan-depan pintu JUSCO biar senang cari. Tu la masalah nya buat parking besar-besar menyusahkan orang je. Ok aku salahkan parking.

Tapi yang penting kereta jumpa dan tak kena curi ok. Dapat la Incik Abang aku tidur lena malam tu.

Dah tu je nak cerita. Bye. (^_^) 



rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Khamis, 14 April 2011

SIAPA NAK IPAD, TIKET MAROON 5, DSLR, IPHONE PERCUMA??

Hye semua. Meh sini na cerita ni. Korang minat ipad? iphone? Mahal kan?



tengok rupa pun dah tahu mesti mahal kan. Jadi nya meh la aku bagi cara nak dapat free.. Tak minat?? Owh kalau tak minat apa kata tolong aku dapat kan? Heeee...

Senang je. Free je. 

Step 1

ok..klik banner ni then sign in.

xnampak klik bagi dia gemuk. 

Sign in kat "sign in with facebook" tu k.
Jangan lupa verified acount korang dekat emel tau.


STEP 2

Korang boleh share campaign-campaign yang ada tu pada kawan-kawan ataupun invite kawan-kawan join jugak. Serius tak rugi.

Tu jela. Jadi nya macam cakap aku tadi kalau tak berminat sign up je ok. Bantu membantu amalan mulia tau. Tetibe lak kan. Ok la chiow dulu. 


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Ahad, 10 April 2011

Side Income

Hye korang... Ha ni nak cerita la sesiapa yang ada account facebook atau twitter dan blog korang ada cara tau nak tambah pendapatan sampingan. Says.my

Cara dia mudah je dan free jugak. Juz sign up, then invite kenkawan untuk join dan promosi campaign die je. As simple as that.

Ok 1st step.
Klik link ni dan sign up ok..
http://says.my/ryana/invite




Masa sign up tu korang isi je apa yang diminta k. Lepas tu...
tolong klik ni sekali tau...

1)http://says.my/ryana/harianmetro4
2)http://says.my/ryana/maybankard2-microsite

Lepas dah sign up apa semua korang invite la kawan-kawan. Ha sesiapa yang berminat nak dapat iphone, dslr, ipad, voucher dan sebagainya baik sign up sekarang sebab dalam masa 30hari ni says.my ada buat birthday giveaway untuk dorang nye 3rd birtday. So siapa cepat dia dapat...


free je. Sekurang-kurangnya tak rugi la berblogging, fb , twitter kan.


So selamat mencuba.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Jumaat, 8 April 2011

Ragam Final Exam

Hye semua. Ha untuk yang dah habis belajar tu kan awok (saya dalam loghat perak) nak kabo la ni time-time sekarang ni budak-budak U tengah sibuk menghadapi final exam. Termasuk la awok ni sekali. Sibuk le jugak men'study' kan diri walaupun tahap malas memang cipan nye malas la.

Hambik kau. Aku rasa bahasa aku semakin teruk semenjak dua menjak ni. Ok lupakan pasal bahasa la ni awok nak kabo la ragam-ragam orang tengah prepare untuk final exam termasuk la awok ni.

MASA TENGAH STUDY


EMOSI 1: Ha apa ni. Tak pernah dengar pun dalam lecture.

EMOSI 2 : Waaaa tak dapat jalan-jalan!!!!


EMOSI 3: Apa jawapan dia eh... emmmmm...


EMOSI 4: sob...sob...sob.. (nangis le tu).. Bila nak habis exam ni!!!!! tensen..tensenn...


EMOSI 5: nak muntak hijau awok study banyak-banyak ni.


EMOSI 6: huaarrggggg fenin...fenin.... panadol...!!!!


EMOSI 7 : ha????


EMOSI 8 : yeay dapat pun buat..

Kesimpulannya: Masa study week ni la korang akan tengok orang gila sebenar. Bernacam-macam emosi kita dapat tengok. Tak caye?? cube la tengok kalau budak math study nak solve kan problem. Pening la, rasa nak muntah la, suka la... Sebab aku pun macam tu... huahuahuahua.....

Tapi yang best nye lepas je jawab exam...


iya... merdeka!!! merdeka!!!!... terlepas beban menjawab final exam even jawab ke longkang. Harap-harap la sem ni aku boleh score lagi. huh... ok chiow... get back to study... study.. study... toink...toink....



rose:- like kalau suka ok.

Khamis, 7 April 2011

Kepelbagaian Orang Di Dunia

Hye u ols.. Dalam dunia ni kan bermacam-macam orang dan ragam kita pernah jumpa kan. Ala malas nak taip panjang-panjang. Moh kita layan gambar je ok. Ada yang dilahirkan tak sempurna, ada yang men'tidaksempurnakan' diri. Hambek kau ayat aku.









Yg ni orang ke bukan ke aku pun tak sure.





rose:- like kalau suka ok.

Rabu, 6 April 2011

Luahan Hati seorang IBU

Anakku,
Apabila ibu memarahi kamu,
Janganlah merasakan ibu seorang yang jahat,
melainkan niat ku untuk membentuk mu,
menjadi seorang insan yang berguna,
didunia mahupun akhirat.

Anakku,
Apabila rotan singgah di tanganmu atau ditubuhmu,
Ketahuilah kamu bahawa luka di tangan dan tubuh kamu,
terlalu sedikit jika dibandingkan luka di hati ibu,
kerana terpaksa memukul anak nya,
untuk memberi kesedaran kepada anaknya.

Anakku,
Apabila ibu menghantar belajar di kejauhan,
Ketahuilah kamu bahawa ibu terpaksa merelakan,
uuntuk berpisah dengan jantung hati ibu,
semaata-mata untuk melihat anaknya berjaya.

Anakku,
Jika ada keinginan mu ditentang,
Janganla kamu membenci ibu mu ini,
kerana ketahuilah kamu bahawa ada sebab ibu menentang,
kerana akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Anakku,
hati seorang ibu lebih sanggup melihat anaknya menangis dihadapannya,
tetapi tidak akan sekali-kali membenarkan keinginan itu membunuh anaknya,
di masa hadapan.

Anakku,
Ibu ibarat seorang lilin yang membakar diri,
untuk menerangi anaknya,
dibiarkan dirinya bersusah, berlapar namun,
anaknya tidak sesekali dibiarkan susah dan lapar.

Anakku,
Jika kamu sakit,
Ibu rela menggantikan tempat itu dari melihat kamu menahan kesakitan,
Jika kamu menjadi buta,
Ibu sanggup memberi mata ibu,
Jika kamu memerlukan buah pinggang,
ambil lah buah pinggang ibu,
Jika kamu sedang nazak,
Ibu sanggup memberi nyawa ibu andai boleh dilakukan,
Namun ibu bukannya Tuhan,
Begitulah tingginya kasih sayang seorang ibu.

Anakku,
seandainya telah sampai waktu ibu pergi menghadap Ilahi,
jaga lah dirimu sebaik ibu mu ini menjaga dirimu,
jagalah maruah mu untuk kesenangan ibu dan ayah disana,
dan jangan sekali-kali dilupakan,
Ibu terlalu menyanyangimu,
melebihi nyawa ibu.

Anakku,
walaupun jasad dimamah bumi,
namun doa seorang ibu untuk anaknya tidak pernah hilang,
malah akan sentiasa dihati ibu,
walau dimana ibu berada.

Anakku,
bila ibu sudah tiada,
ingatlah ibu didalam doamu,
semoga kamu menjadi isteri dan ibu yang baik,
suatu hari nanti,

Anakku..
Kau lah permata hatiku.




Selasa, 5 April 2011

Gelaran Miss Malaysia pahang sepatutnya ditukar ke Mr Malaysia Pahang

Hye korang... Meh sini aku nak cerita ni... Tengah aku berfesbuk jumpa la satu video ni yang kalau korang tengok memang suck la... Aku tak faham apa motif diadakan event macam ni.

Kalau nak sangat pun buat Miss Malaysia Pahang ke, Miss Malaysia ke Miss hape ke kenapa perlu bapuk??? kenapa??/

Itulah tanda tanya yang paling besar dalam kepala aku sekarang.. Adakah kerana dorang berbangga jadi macam tu? Bai jgn main-main dengan benda-benda macam tu la. Jangan memain dengan Islam beb...

Korang tengok video ni dan pikir-pikir kan la yek.


Sekali tengok cantik sekali bukak mulut. ha hambik kau... Meremang bulu roma beb...

rose:- like kalau suka ok.

Sabtu, 2 April 2011

Perangai Orang Kita...

hai korang... Ha ini entry sudah berhabuk dah dalam draft i. Lupa nak publish. Ok aku mulakan semula intro dia untuk menyesuaikan dengan keadaan sekarang ok.

Aku selalu balik dari melaka-seremban naik KTM. So dalam KTM ni aku jadi la pemerhati tak berbayar sekejap sebab selalunya pantang naik bas ke KTM ke mesti aku membuta jadi tak la nampak sangat pun apa dorang buat ntah-ntah skodeng aku tido ke kan. Mana tahu air liur basi keluar ke time aku tido tu. Jatuh saham. Ke dorang tengok comel nya budak ni time tido.. Duuuss Duuss kena lempang laju-laju. Ok get back to the story. Nak dijadikan cerita hari ni mata aku segar bugar tak rasa ngantuk dalam bas ke KTM.

Jadi aku pun meliarkan mata dan menajamkan telinga. Ha yang menajamkan telinga ni korang jangan ikut tau. Bad habit. Macam tak de sivik suka amik tahu hal orang. Aku tak apa. Aku kan wartawan tak berbayar.

Masuk-masuk je dalam KTM ada la sorang akak ni terjumpa kawan die. Korang boleh agak tak ayat 1st org melayu ni??

A: Eh ko buat apa kat sini?
B: Nak balik...

Dah sah-sah la dalam KTM lagi mau tanya buat apa ke. Biasa la tu kan orang melayu. Bende yang dah tahu tu la nak ditanye nya. Aku pun kengkadang macam tu jugak... eeeee....Nasib baik akak tu jawab camtu. Kalau aku la aku jawab je ngah main bowling. Agak-agak akak tu baling selipar tak kat aku...

Perbualan seterusnya...

A: eh ko nak tahu.... bla... bla.. bla..

Si B mendengar dengan khusyuk nye...

Sampai part tu je aku pun sumbat telinga aku dengan earphone. Dengar lagu lagi baik dari dengar orang mengumpat. Tak pasal-pasal aku terdapat dosa plak.

Sambil-sambil tu aku terpandang la plak sorang perempuan minah saleh duk sebelah makcik2 gosip tu. Perempuan Minah saleh sumbat jugak telinga dgn headphone sambil membaca buku.

Korang nampak tak perbezaan org kita dengan org luar. Aku membaca jugak ok. Baca majalah. Baca jugak kan.. Aku tak tengok dorang je. Hehehe....

Ha yang ni bukan dekat dalam KTM tau tapi makcik kepoh kat kg aku plak. Aku pelik betul org kampung ni asal nampk muka aku je..

A: ko cuti eh...?
B: ye makcik (sambil tersenyum lebar)

Dlm hati: makcik ni klu nampak aku kat umah aku cuti le tu tak kan memonteng plak wlaupun kadang-kadang terponteng. Kalau sekali dua xpela ni asal nampak aku je tanya. Nasib baik la aku jenis yang sangat la sopan santun dan menghormati orang tua. Calon menantu yang paling baik ok. Duussss lempang lagi sekali.

Aku rasa bila aku jumpa je dorang ni aku kene jawab siap2 la aku cuti sebelum  dorang tanya.
Sabo ajela. Nasib baik la keadaban dan ketatasusilaan aku tinggi. *erk*...

Yang paling tak tahan nya aku kalau ada orang jumpa aku then soalan nya berbunyi begini:

A: sekolah lagi?

Aku: Ye makcik sekolah lagi. (dengan senyum sumbing. Malas nak menafikan lagi)

Hello aku tau la aku xcukup ketinggian dengan muka yang comel (pelempang lagi) ni tapi im 22 ok... Urrghh walaupun orang lain mungkin suka nampak muda dari umur tapi aku tak berapa suka ok. Yela cuba korang bayangkan kalau la makcik tu ada anak hensem ke kan tak ke aku dah melepas jadi calon menantu kalau dorang ingat aku sekolah lagi.. ( ok sila la tampar aku laju-laju lagi).. hahaha...

Ok la dah puas aku mengarang ni. Sebelum lagi banyak aku mengarut eloklah aku hentikan je. Jangan lupa bagi grade ok. Bagus ke  x karangan aku ni. BTW next week aku final exam. Wish me luck okay.

opss opss sebelum itu haruslah diingatkan yang entry ini adalah pengalaman aku dan apa yang aku perasan berlaku dalam masyrakat melayu ye. Bukan mengutuk apatah lagi racist. Nyaya je kene hentam blog aku nanti.

L.O.V.E

Jumaat, 1 April 2011

Siapa Meraikan April Fool sama seperti Meraikan Hari Umat Islam Dibunuh!!

Hye semua. Seperti yang kita semua tahu kan hari ni ialah 1 April dan dikaitkan dengan April Fool. Disebabkan hari ini hari Jumaat apa salahnya kita berkongsi info pada hari yang baik ni kan. Jadi tergerak hati nak cari info pasal April Fool ni hari ni sebab sebelum ni macam tak ambil tahu sangat April Fool ni. Bagi aku 1 April ke 14 Februari ke itu semua hanya 1 tarikh dan hari yang sama dengan hari-hari lain.

Tapi apabila terbaca ada yang mengenakan kawan-kawan dia sampai keterlaluan pada April Fool ni aku buat la entry pasal ni. Kat bawah ni ialah sejarah tentang April Fool. Sumber dari Berita Harian.

Sila la baca. Sangat sedih kehidupan umat Islam pada masa tu.

SEJARAH APRIL MOP
Perayaan April Mop yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The Aprils Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya menengok sejarah Spanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah bisa dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.
Islam telah menerangi Spanyol. Karena sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktekkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicoba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Spanyol. Akhirnya mata-mata itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni pertama-tama harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara gratis ke dalam wilayah Spanyol. Musik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari ketimbang baca Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Spanyol jatuh dan bisa dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang idbantai, juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dihabisi dengan sadis.
Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Spanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristen terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahwa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentara Salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada bisa keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Spanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Spanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan! demikian bujuk tentara Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah itinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakari rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya bisa terpana ketika tentara Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa karena sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentara Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuhi warga sipil yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).
Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibantai oleh tentara Salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak pantas jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan ikut merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, beberapa abad silam.

Jadi berdasarkan sejarah di atas meraikan April Fool adalah sama seperti meraikan hari Umat Islam Dibunuh. Ingatlah ini hanya konspirasi Barat untuk menjatuhkan orang muslim. jadi berhati-hati la kita dalam menyambut hari-hari seperti April fool, Valentine Day dan sebagainya daripada barat melainkan hari yang diketahu dalam islam seperti Maulidur rasul dan bermacam-macam lagi.

say no to april fool ok.


So, berwaspada la kita umat islam sekalian. Jangan terpedaya.
:- like kalau suka ok.

TUTORIAL SCROLL BOX DALAM ENTRY

Tutorial kali ni ialah macam mana nak buat scroll box dalam entry. Scroll box tu hape? Scroll box tu macam ni.



Ha macam ni la rupenya scroll box...




Ok dah tahu kan apa tu scroll box.

Apa gunanya scroll box ni? Banyak guna nya. Selalu kalau kita nak masuk gambar banyak-banyak entry kita akan jadi panjang meleret kan. Sampai orang malas dah nak tekan ke bawah. Ha jadi kalau guna scroll box ni save la sikit space kita. Tak la entry jadi panjang berjela ye tak.

Ok meh aku bagitau macam mana nak buat. Senang je ok.



STEP 1
copy code ni.


<div style="border-color: 000000; border-style: solid; border-width: 2px; height: 100px; overflow: auto; width: 426px;">
CONTENT KORANG
</div>

STEP 2
Kat mane nak paste code ni. Ok masa korang buat entry kan, kat mana korang rasa nak buat box ni korang paste la dekat edit HTML yang sebelah compose masa korang buat entry tu. Tap make sure content yang korang nk tulis tu in between  macam dalam box tu ok.

STEP 3
Lepas copy paste dekat edit HTML korang balik semula ke compose dan tadaaa.... Kotak tu akan kelaur kat situ. Then klik jela dalam kotak tu untuk menaip ke upload gambar ke or whatsoever...

Senang kan. Selamat mencuba ok.

Rose:- Kalau suka boleh like.