Ads 468x60px

Selasa, 15 Februari 2011

Ameng Dan Isteri Didakwa Memiliki Dadah

Hye u ols.. Pagi-pagi lagi dah terasa nak buat entry lepas baca suratkhabar. Sebelum tu selamat menyambut maulidur rasul kepada umat Islam seluruh dunia. Ok berbalik pada tajuk entry. Ameng dengan isteri telah didakwa memiliki dadah.



Korang tengok gambar ni apa korang rasa? Kesian ke simpati ke marah ke ape? Kalau bagi aku la kan aku xsimpati pun. Bukan sebab aku takde perasaan tapi dorang sendri yang menjadikan diri dorang macam tu. Dorang sendiri tak simpati dengan nasib diri dengan anak bini buat apa kita org luar nak simpati kan.
meh baca petikan dari utusan ni.

MELAKA 14 Feb. - Selepas 14 hari direman, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng bersama isterinya, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki dadah.
Ameng , 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail yang memakai kemeja berwarna coklat dan seluar panjang kelabu, mengaku bersalah di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Isterinya, Sabariah Zakariah, 41, yang bertudung pula mohon dibicarakan atas dua pertuduhan itu.
Mereka didakwa secara bersama atas tuduhan memiliki 122 gram kanabis dan satu gram methamphetamine di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya di sini lebih kurang pukul 5.20 petang, 1 Februari lalu.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali.
Sementara pertuduhan kedua terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 12 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama iaitu denda tidak lebih RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ameng merayu supaya hakim melepaskan Sabariah daripada dua pertuduhan itu.
''Saya merayu supaya isteri dilepaskan kerana dia tidak tahu-menahu, malah dia juga sering menasihati saya supaya tidak terlibat dengan dadah.
''Semua ini adalah kesalahan saya. Kami ada seorang anak berusia tiga tahun yang menghidap asma yang kini hilang selera makan kerana terlalu rindu serta amat memerlukan belaian ibunya,'' katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin yang mendengar rayuan tertuduh kemudian memberitahu, rayuan Ameng yang meminta isterinya dilepaskan adalah terpulang kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk menentukannya.
Ifa yang tidak mencadangkan ikat jamin memohon tarikh sebutan baru ditetapkan sementara menunggu laporan kimia bagi menentukan berat bersih dadah.
Zaharah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes.



Kenapa la mesti Melaka. Ye aku anak jati Melaka. Tapi macam mane pun aku rasa isteri dia patut dilepaskan la. Kesian pulak kat anak dia kan. Tu la padahnya kalau tak memikirkan keluarga. Jadi korang diluar sana tu berhati-hati k. Jangan sesekali terjebak dengan dadah. Musuh utama negara tu.

----->> L.O.V.E <<-----

0 LOVE TO COMMENT:

Catat Ulasan