Ads 468x60px

Selasa, 15 Februari 2011

Penemuan Tempat Ajaib KELAPAN Dunia

Hye kawan-kawan. Seperti yang kita ketahui ada Tujuh Tempat ajaib je didunia ni kan. 


Ni la antara tujuh tempat ajaib dunia.
1) Taj Mahal (india)
2) Great wall (China)
3) Chichen Itza (mexico)
4) Christ Redeemer  (Brazil)
5)  Machu Picchu (Peru )
6) Taman Petra (Jordan)
7) The Roman Collaseum (Italy)

Sebenarnya banyak lagi tempat keajaiban dunia ni. Macam Al-hambra (Spain) dan macam-macam lagi la.

Ye ini yang kita dah tau. Tapi sekarang dikatakan ada penemuan baru iaitu keajaiban kelapan dunia iaitu Pink And White Terrace ( Cerun Merah jambu dan putih ).




Ni la antara gambar-gambar nye. Sangat cantik.
Tempat cerun ni kat New Zealand. Katanya, yang aku baca dari Utusan..

Tarikan pertama ke New Zealand yang dipanggil "tempat ajaib kelapan dunia" oleh pelancong asing pada lewat abad ke-19 ditemui semula selepas 125 tahun tertimbus akibat letusan besar gunung berapi di kawasan itu.


Saintis New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) berkata, mereka menemui semula Cerun Merah Jambu dan Putih (Pink and White Terraces) 60 meter di bawah Tasik Rotomahana kira-kira 30 kilometer dari Rotorua.
Cerun tersebut digambarkan seperti satu kipas tangan berwarna-warni yang dilitupi warna merah jambu dan putih dan apabila dilihat dari tasik, ia seolah-olah seperti kek perkahwinan yang besar, yang tertimbus akibat letusan gunung berapi berhampirannya, dikenali sebagai Gunung Tarawera yang meletup pada 10 Jun 1886.


Letupan selama lima jam itu turut membelah gunung setinggi 1,111 meter itu kepada dua bahagian dan turut menghemburkan debu dan lava ke kawasan sekitarnya yang turut memusnahkan tiga buah kampung serta kira-kira 153 orang penduduk terbunuh.


Saintis daripada organisasi Sains Geologi dan Sains Nuklear Kebangsaan (GNS) dan Institut Oceanografic Woods Hole dari Cape Cod, Massachusetts, AS berkata, mereka telah menemui sebahagian daripada cerun tersebut ketika memeta 8 kilometer persegi permukaan tasik Rotomahana dan kini sedang menyiasat sistem geotermalnya.
Gambar sonar yang diambil oleh dua kenderaan autonomi di bawah air (AUVs) menunjukkan tangga kotor yang berwarna merah jambu berbentuk bulan sabit setinggi 1 hingga 2 meter setiap satunya dan 70 meter ketinggian keseluruhannya.


"Gambar sonar pertama telah memberikan isyarat terhadap struktur cerun tersebut, jadi kami mengimbas lebih dua kali imej tersebut.
"Kini kami telah 95 peratus pasti bahawa imej tersebut adalah Cerun Merah Jambu," kata ketua penyelidikan, Cornel de Ronde daripada GNS. - DPA


Jadi cerun ini sebenarnya telah wujud tetapi tertimbus selepas letusan gunung berapi. Tapi apa-apa pun cerun ni sangat cantik dan unik. Kuasa Allah kan. 

---->> L.O.V.E. <<----



0 LOVE TO COMMENT:

Catat Ulasan