Ads 468x60px

Rabu, 30 Mac 2011

Hello..!!!! Perempuan Tak Macam Tu Ok!

hye semua. Meh rapat-rapat sikit nenek nak cerita ni. Tadi dalam nenek   aku berblogwalking jumpa la satu blog ni. Actually aku pun tak pasti apa sebenarnya nama blog dia ni tapi disebabkan link dia ada nama budak botak mungkin tu la kot nama blog dia. Ada masa try la usha-usha. Menarik jugak. Budak Botak.

Terbaca la satu post kat blog dia. Entry pasal lelaki lebih cepat dari perempuan kat mesin ATM.



Lelaki...
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan kad...
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit.. kad dan receipt
5. Blah

Wanita...
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM (sambil usha2 orang belakang)
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta...
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake.

Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/03/isk-takkan-la-pompuan-teruk-sampai-mcam.html#ixzz1I3EnTjW5



Amboi-amboi.. sampai 40 sekali. Cuba korang tengok lelaki yang nombor 1 tu. Pandu kereta, parking terus pergi bank. 3 kerja sekali dalam satu nombor. Tapi perempuan matikan enjin dah masuk nombor 2. 


Sebab tu bila lelaki bawak kereta banyak yang hilang kene curi ye tak. Parking je tak matikan enjin terus g bank. Sah-sah la kau ambik duit kereta pun kene hambik sekali. 


Yang aku tak boleh terima tu no 39 dah memandu lebih kurang 3 Km baru teringat nak lepaskan hand brake. Aku rasa sesiapa yang buat kerja macam tu sama ada tak pernah amik lesen atauun lesen terbang je kot. 


Tapi kesimpulan aku la kalau betul ada perempuan yang buat 40 perkara ni aku rasa perempuan ni sangat clumsy ok. Boleh pulak tertinggal kad tapi duit dah ambil. Ape kejadahnya. 


Yang penting perempuan tak se'complex' itu ok. Lelaki je yang membesar-besarkan cerita. Eh teremosi pulak kan. Aku bukan anti-lelaki ok. Hehe...


Ok cukup aku beremosi dan sekali lagi ditekankan disini perempuan tak macam tu ok!. Cewah macam debat pulak. Have a good day. :-)





1 LOVE TO COMMENT:

bofeglue berkata...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

cheap clomid

Catat Ulasan