Ads 468x60px

Ahad, 20 Mac 2011

Review "Hikayat Merong Mahawangsa"

Selamat hujung minggu... Akhirnya hari ini barulah berpeluang aku pergi tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni.


Cerita ini pasal Hikayat merong la. Meh aku cerita sikit la kan. Nama pun review. Cerita ni sebenarnya penceritaan oleh keturunan Merong ni. Cerita bermula bila Dinasti Han (China) nak mengadakan perkahwinan politik Puteri China dengan Putera Rom, Marcus. Jadi ikut feng shui China, perkahwinan mesti diadakan di laluan perdagangan. 
Jadi masa Rom nak pergi tu, ribut berlaku dan hanya satu kapal yang dinaiki Putera dia je selamat. Jadi dorang pun singgah kat Goa untuk minta bantuan membawa dorang ke tempat perkahwinan tu. 

Jadi nya kat situ la angkatan Rom tu berjumpa dengan Merong dan Merong yang bawak dorang ke tempat perkahwinan dimana tempat lahir atau tempat asal merong. Bila sampai kat situ, angkatan cina dengan rom ni diserang oleh Puak Geruda dibintangi Khir Rahman. 

geruda ni bawak lari Puteri Cina tu untuk mendpatkan pampasan. Dari situ la Merong yang sakit akibat pergaduhan semasa menyelamatkan putera rom dan puteri tu diselamatkan oleh tuk guru kesum (rahim razali) dan anak angkat dia, Embok (ummi nazera)

Jadi tok guru kesum tu ajar la merong ni cara untuk menyatukan dua kampung dan menjadi raja untuk mengalahkan geruda yang ramai. 

Masa pergaduhan antara Geruda dengan Merong tu dibantu oleh angkatan rom dan china yang juga ingin meneyelamatkan putera dan puteri masing-masing.

Akhirnya, merong terbunuh.

Tu la pengakhiran hikayat ni. Serba sikit la cerita ni. Kalau korang nak tahu lebih jelas tengok la cerita ni. Serius tak rugi.





Ok dari sudut pandangan aku, aku bagi 4 1/2 bintang la sebab aku rasa ada lagi yang masih boleh diperbaiki. Contoh audio dia dan ada scene2 yang nampak macam mainan. Tapi apa-apa pun teknik yang KRU gunakan sangat hebat dan aku rasakan inilah filem Melayu epik paling best aku pernah tengok.

Selalunya, kalau cerita epik ni mesti aku buat tahi mata nya dalam wayang tapi ni xbergerak mata aku dari screen tu. Bangga juga la aku ada anak melayu boleh buat cerita macam ni.

Jadi pada yang belum tengok tu pergila tengok. Support filem tempatan kita. Memang berbaloi.


2 LOVE TO COMMENT:

marina anakcikbob berkata...

hai.. thanx info pasal charcoal mask tu. ada info x lokasi terdekat Daiso area seri kembangan? paling dekat kat IOI. kalau pergi IOI, bukan RM16 aku abes, mau2 RM116 pulak kang.. kat sini Hinode ada la..

p/s: aku pon buat review merong aritu..

marina anakcikbob berkata...

a'ah.. tu je paling dekat.. sunway pon ada. xpe.. lain kali pergi boleh cari.. BTW, thanx..

Catat Ulasan