Ads 468x60px

Khamis, 28 April 2011

FENOMENA HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH DAN MAHARAJA LAWAK YANG BERLELUASA DI FACEBOOK

Hye semua.. Aku rasa daripada tajuk aku tu mesti korang boleh agak kan apa yang aku cuba nak sampaikan ni. Dewasa kini... cewah dah macam karangan budak sekolah menengah dah. Ok walaupun esok aku ada exam tapi disebabkan exam last menyebabkan niat study aku dihujung-hujung tanduk je. Punya la malas tahap gaban betul la.

Terpesong pulak cerita aku. Ok korang perasan tak sekarang yang dekat facebook kan main banyak lagi status-status warna biru tu. Contohnya macam ni ha.


Dan yang paling popular mesti lah dialog-dialog cerita hantu kak limah dengan maharaja lawak. Semakin berleluasa pulak aku tengok.







Ini antara jela yang aku rajin nak print screen. Banyak kot. Sampaikan "hahahahahha" pun ada page sendiri. 


Apa motif sebenarnya page-page ni semua pun aku tak faham la. Dah semua dialog pulak dia nak buatkan page. Nasib baik persembahan Maharaja Lawak tu 3 minit je satu kumpulan. Kalau 3 jam tak ke berjuta page yang dorang buat untuk dialog je. 

Naik pening pulak aku tengok status biru-biru tu kadang-kadang. Tapi kengkadang aku pun buat jugak status camtu. Yela tak nak ketinggalan la pulak kan. Bila dah banyak sangat page dialog tu dan ramai yang buat status biru-biru tu.. wujud la pulak page ni ha..


Ha pulak dah. Page nak hentam siapa yang buat status biru pulak. Macam-macam  la. Dah lepas tulisan biru nanti apa-apa jela page lagi yang dorang buat. 

Tak pe la biarkan si luncai terjun dengan labu nya. Yang pasti aku suka layan ini group. Best dan kelakar. 


Cuba korang usha-usha group ni. Kakak aku suka post kan apa yang aku salah cakap. Dah nama pun zaman facebook kan sekarang jadi kita layan ok.

Dah mata pun dah ngantuk. Aku pun dah tak tahu nak cerita apa. Panjang dah aku rasa entry aku kali ni. Ok bubye.





rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

2 LOVE TO COMMENT:

fasha berkata...

aku like "ape, orang nak amek roti kelapa jer" dengan "ketepi, ketepi, ketepi~"

dua ni je yg mcam best. hik. :)

Unknown berkata...

@fasha
ade like banyak gak kot... hahaha... tapi like jela.. post2 sume tu aku hide kan. pening aku byk2 post....

Catat Ulasan