Ads 468x60px

Jumaat, 6 Mei 2011

PERINGATAN UNTUK AKU DAN SEMUA YANG MEMBACA

Hello u ols.. Hari ni aku nak bercerita sikit la pasal apa yang kita lakukan sehari-harian sama ada kita perasan atau tidak. Untuk menjadikan penulisan aku menarik dan tak yah korang pening-pening nak baca panjang aku men'dialog'kan ok. Kalau sesiapa ada facebook aku mungkin dah pernah baca dialog-dialog ni tapi aku nak buat kat blog pulak. Eh blog aku suka hati aku la. *peace*

Situasi 1
A: hye B. Cantik la baju ko. Sesuai dengan kau.
B: oh yeke. Terima kasih. (sambil senyum malu)

A: Eh C ko tengok la B tu baru puji sikit ingat dia dah cantik sangat la tu.
C: emm.... (buat tak tahu)

Ini namanya talam bermuka-muka. Secara jujurnya aku banyak jumpa orang yang macam ni. Depan baik belakang mengata. Kalau tak ikhlas tu tak payah la nak puji-puji kan. Buat tak tahu sudah la.

Situasi 2 (depan orang ramai @ facebook)

A: Bodoh la kau. Macam ni punya kerja pun tak boleh buat. Pegi sekolah ke tak? (tengah marah)
B: (diam tertunduk malu)

A: B sorry la aku marah kau tadi.
B: senyum tak ikhlas.

Sebab itulah kata orang kalau hati tengah marah lebih baik kita diamkan diri. Kalau tengah marah nak bercakap memang macam-macam benda yang akan keluar. Lepas kau dah memalukan orang tu baru terhegeh-hegeh nak mintak maaf nak tegur bagai. Sorry la der kalau aku kat tempat si B tu aku tak kan berkawan lagi dengan orang macam tu. Dah buat minta maaf dah buat minta maaf benda settle. Kalau macam tu sesiapa yang membunuh minta maaf settle la eh. Narrow minded ok. Terlalu mudah makan hasutan syaitan masa tengah marah.

"Kerana mulut badan binasa". Itulah gunanya peribahasa ni. Tolonglah fikirkan kawan kau malu ke tak ko marah depan orang ramai. Kalau betul ada salah dia pun tegur secara baik. Tertutup tak perlu la depn orang ramai. Even facebook pun ok. Dah sah-sah la kau tau facebook tu semua orang boleh baca nak jugak memaki hamun orang tu kat facebook. Such a stupid person siapa yang buat macam tu. Orang lain yang baca gelakkan je kebodohan kau tu. Bukan lah nak kata aku baik sangat tapi sekurang-kurangnya aku bila marah aku akan diam tak bercakap langsung. Itu lebih baik kan.

situasi 3

A: Semalam mak aku belikan aku rantai emas.
A: mak aku bagi aku kereta.
A: ayah aku belikan bla..bla..bla...

Menunjuk-nunjuk. Ok la kau kaya tapi perlu ke nak bangga diri macam tu. Hello duit mak ayah ko je pun. Bukan hasil titik peluh kau pun jadi tak perlu la berbangga sangat. Aku hanya akan impress kalau apa yang kau dapat adalah hasil titik peluh sendiri. Baru orang pandang beb..

Kesimpulannya:

Ini apa yang aku rasa selalu sangat jadi la kan. Dan apa yang aku tak suka. Tapi biasa la kan lain orang lain ragamnya. Rambut sama hitam hati lain-lain kan. BTW post aku ni tiada kene mengena sama ada dengan yang hidup mahupun meninggal dunia. Yela kadang-kadang kita cakap tak tunjuk kat sape-sape tapi ada pulak yang terasa. Cuma aku nak cakap sapa makan cili dia la rasa kan. Kalau ada sikap macam ni perbaiki la.

Sebenarnya banyak lagi tapi aku rasa cukup la ini je kan. Apa yang penting ingat lah kita hidup kat dunia ni tak lama. Pinjaman je. Jadi hargai lah hidup ni. Tak payah la nak gaduh-gaduh sangat. Kalau ada pun forget and forgive.

Ini untuk peringtan aku jugak la. Jangan la kita jadi antara orang yang macam ni. Sama-sama la kita perbaiki dir ok. Jadilah insan yang cemerlang terbilang dan gemilang.
Jadi bak cakap Nabil "lu pikir la sendiri'


rose:- like kalau suka ok.

0 LOVE TO COMMENT:

Catat Ulasan