Ads 468x60px

Selasa, 29 Mac 2011

Petua Kecantikan

hye semua... Ok petang-petang ni kita bercerita sikit la pasal kecantikan kan. Aku boleh dikatakan minat la dengan petua-petua kecantikan ni. Walaupun ada yang kata "kau bukan cantik sangat pun" tapi ada aku kisah ke kan. Janji aku rasa aku cantik dan bersyukur dengan apa yang aku ada cukup la.


Tak perlu orang puji aku pun aku tetap akan puji diri sendiri. Kita siapa nak mentidak cantikkan ciptaan Allah kan. Jadi biaq pi apa orang cakap. Selalu nya siapa yang cakap macam tu jeles je dengan kecantikan kita ye tak. 


Ok berbalik pada tajuk entri kita. Masalah yang aku rasa sering je berlaku. Malah aku search forum-forum pun ramai yang tanya macam mana nak hilangkan jerawat la parut jerawat la keciklkan liang roma dan macam-macam lagi.


Ok kat sini aku kongsi apa yang aku tahu la ok. Tapi petua-petua tradisional ok. Kalau produk-produk kecantikan sekarang ni aku tak berapa nak rekomenkan sangat sebab as usually produk sekarang penuh dengan bahan-bahan kimia je kan. Jadi kalau nak cari produk yang bagus cari la yang kurang ataupun tiada langsung bahan kimia. 


1) Cara nak hilangkan parut  jerawat
- pakai bedak sejuk dengan tebal di tempat yang berparut setiap malam.
- kikis kulit kayu manis dan bancukan dengan air sejuk @ madu @ air mawar dan sapukan di tempat yang berparut. P/S: jangan pakai setiap malam kerana kulit kayu manis agak pedih jika dibancuh terlalu banyak atau pekat.


- kisar timun dan tapis airnya. Hampas timun tadi tampalkan pada muka. Biarkan 1/2 jam pastu cuci dengan air suam




ada banyak lagi tapi rasanya ini yang paling senang dan bahan-bahan pun senang jumpa. 


2) kecilkan liang roma
-paling saving ialah dengan gunakan ais cube. Lepas cuci bersih muka, ambil ais cube dan tuam ke muka. Ais cube ni boleh mengantikan toner sebab fungsi toner ialah untuk mengecilkan liang roma. 


Cara yang paling mudah dan murah tetapi hasil nya agak lambat tetapi dalam jangka masa panjang sangat berhasil. Penggunaan ais cube juga boleh menyebabkan make up tahan lebih lama dan kurang berminyak. 


3) Hilangkan bintik hitam / putih


- ambil putih telur sahaja. Hendak lagi bagus campurkan dengan air limau nipis. Tetapi jika muka ada jerawat yang pecah jangan dipakai area itu kerana air limau nipis akan menyebabkan bahagian itu sedikit pedih. Sapukan putih telur tadi dimuka dan tekapkan dengan kapas muka atau tisu yang nipis. Biarkan sehingga kering. Apabila betul-betul kering baru lah dicabut tisu @ kapak muka tadi. Selain itu, putih telur juga boleh melicinkan kulit.

4) bibir kering
aku memang sangat bemasalah dengan bibir kering ni. Jadi aku search punya search jumpa satu petua katenye guna madu sebelum tido tu. Mula-mula risau jugak nak buat tido takut bangun-bangun bengkak bibir bersemut kan. Tapi berhasil la cara ni. Kering tu dh makin kurang.


Ok jadi nya cukup la ni dulu aku bagitau. Aku rasa ramai jugak dah tahu pasal ni kot. Tapi pada sesiapa yang tak pernah cuba tu boleh la cuba dan amalkan. Petua nenek moyang kita ni selalunya lagi berhasil daipada produk-produk kat pasaran sekarang.

Cuba, doa, tawakal. InsyaAllah berhasil.


3 LOVE TO COMMENT:

Unknown berkata...

hye.. i pon minat ttg petua2 kecantikan ni.... wat sdri bahan kecantikan lg bagus kan... selamat, murah,

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal berkata...

kalau lepas baca tips2 ni mesti semangat nak proses muka.. ^^

Farhah berkata...

Guna putih telur memang paling famous. Sebab suka bila nampak emua ikut keluar dekat tisu bila kering ditarik dari muka. Hahah

Catat Ulasan