Ads 468x60px

Khamis, 5 Mei 2011

APABILA AKU SEORANG AKAUNTAN

Hye semua. Wah korang baca tak tajuk entry aku tu. Ya dekat UKM aku amik couse pendidikan matematik tapi disebabkan cuti sem ni kan kerja la apa lagi.

Cari punya cari aku dapat buat part time menaip data entry. Bukan data entry iklan-iklan yang mengarut tu ye. Ini taip data entry cheque bank punya.

Korang perasan tak dekat mesin ATM tu ade cheque deposit kan. Ha jadi nya ada orang yang masukkan sampul surat sendiri la dalam mesin tu dan macam-macam la. Jadi nya kerja akuu ni kena salin or taip semula no akaun dan jumlah-jumlah cheque2 tu semua la.

Wah bekerja dengan bank aku. Bangga sekejap. Masa mula-mula pergi test tu dia kata dia nak pekerja yang boleh menaip dengan pantas dan tepat. Pertama kali aku pergi test mungkin sebab nebes yang teramat aku taip nombor sebanyak 7000++ dalam masa tapi salah 20. Banyak kot salah tu.

Dia kata aku qualified tapi kena amik test sekali lagi sebab kalau nak bekerja dengan bank ni kene kurangkan salah sebab berkaitan dengan duit orang. Buatnya kat cek orang tu kena taip 1000 aku taipkan 100 000 tak ke bankrap bank tu.

Kali ke2 aku pergi test aku dapat taip sebanyak 9000++ dalam masa dan hanya salah 2 je. Terkejut sekejap aku. Taip 7000++ salah banyak taip 9000++ sikit pulak salah.

Ahh tapi itu semua tolak tepi janji aku dah dapat kerja tu. Now pergi training dan start kerja. Adalah income untuk menampung perbelanjaan aku untuk cuti sem ni.

1jam RM7.. Mahal jugak kan. Nama company tempat aku keja tu ADECCO.


Tu dia. Better work, better life ok. Aku baca profile company ni dia banyak branch kat serata dunia. Bertuah gak la aku dapat kerja kat sini kan walaupun part time je. Pengalaman mendewasakan ok. Cewah berfalsafah aku. Tapi pape pun kerja kerja jugak jangan bila dah pegang duit lupa nak belajar sudah. Jauhkan lah.

Ok la korang-korang yang belum dapat kerja dan nak kerja pergi la usha-usha laman web mudah. Banyak kerja yang ditawarkan kat situ. ye dan kerja aku ni pun dapat kat mudah. Ce cuba ce cuba.

Ok la tu aje. Wish me luck.


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

2 LOVE TO COMMENT:

fiza berkata...

nk kje ngn ko uley? ha3

Unknown berkata...

boleh3... meh dtg melaka.... hehehe...

Catat Ulasan