Ok disebabkan masa ahad aku yang terbuang kat rumah tak pergi mana-mana ni kan, jadi nya kerja aku duduk depan latop dan surf la apa-apa yang boleh. Bila aku tengok facebok
"kitew benci tau dgn budak tuew"
Bila aku ber blog walking pulak..........
"Hariew ni kitew gaduh dgn boyfie kitew. Kitew nak minum cloroxx lew"
Dalam hati aku memang menyumpah betul la siapa aje la yang suka menulis ewwww tu. Selalunya memang budak-budak sekolah la ni. Sakit kepala aku nak fahamkan ayat nya. Ada yang tak faham langsung.
Yang TAK jadi TA. Aduhai remaja-remaja sekalian dekat sekolah cikgu ajar eja TAK tu TA ke? Perkataan NAK jadi NA. Bila digabungkan TAK NAK dah jadi TA NA. Apa tu TA NA??? Kalau ada cikgu ajar macam tu meh kasi nama sekolah dengan nama cikgu tu kat aku, biar aku ajar dia balik macam mana nak eja. (cewah)..
Ok untuk pengetahuan semua aku bakal guru ye. Walaupun bukan guru Bahasa tapi tetap juga bakal guru. Bahasa-bahasa dorang ni merosakkan mood aku nak berblogwalking.
Korang bajet bagus la dapat buat ayat eeww ewww tu. Is like "wow bangga nyew buat ayat macam tuew". Macam tu ke? Hello bagi yang membaca tu rasa suck ye. Is like "watehel yang dorang tulis ni". Walaupun entry or status korang tu berinfo dan berilmu tapi kalau digunakan dengan perkataan eeww eeww tu aku rasa hilang segala keilmuan dalam entry tu.
Baru-baru ni pun aku dengar dalam peperiksaan pun digunakan ayat-ayat SMS dan bahasa eeww eeww tu. Itu la padah nya kalau dah terbiasa buat ayat macam tu sampai dalam exam pun ditulis nya ayat mengarut camtu. Menyusahkan sapa sekarang?
Kalau setakat YANG jadi YG tu ok la. Disingkatkan untuk hantar mesej. Takkan dalam mesej pun nak taip macam karangan kan. Itu boleh la faham ni tidak. Nak dimasukkan semua dalam exam jugak. Pening tau kepala cikgu yang menanda kertas tu.
So kepada yang suka buat ayat eeww eeww tu belajar la bahasa dengan betul dan gunakan dengan betul. bahasa Melayu tu dah cukup cantik dah tak payah la nak tambah tolak campur darab bagai. Ha kan dah keluar ayat matematik aku.
Bahasa Jiwa Bangsa OK. Ingat la pesanan Bakal Guru ni. (penampo dua das)
rose:- jangan lupa like kalau suka ok.
0 LOVE TO COMMENT:
Catat Ulasan