Yes. Jadi dari sudut pandangan aku, KL Gangster jauh lebih baik dari cerita KONGSI walaupun cerita kongsi ada SHAHEIZY SAM.
Kenapa aku kata cerita ni best,
1) jalan cerita menarik dan tersusun
2) pelakon yang hebat
3) skrip yang menarik dan semestinya akan jadi ikutan budak-budak muda
4) aksi yang hebat dan tidak terlalu banyak macam cerita KONGSI
5) ada elemen sedih, kelakar, ganas. Cukup perisa.
6) Aaron Aziz yang sangat kool. (suka giler watak aaron aziz dalam cerita ni)
Ni antara la yang dapat aku senaraikan. Jadi aku rasa dari segi pengarahan memang Syamsul lagi berbakat dari Farid Kamil. Itu tak dapat dinafikan la.
Kalau cerita tak best takkan dalam masa 4 hari boleh dapat 6.2 juta betul x?
Shark ( Syamsul ) dalam cerita ni memang langsi giler la. Sekuruang-kurang nya dalam cerita ni Syamsul dapat lari dari selalu la yang dorang kata selalu berlakon cover macho kan. Dalam cerita ni aku rasa dia memang terbaik la. Tak nampak nak cover macho ke ape ke.
Jai ( ady putra) memang jahat nak mati sanggup nak bunuh abang sendiri lakonan aaron aziz disebabkan duit. Tapi lakonan dia memang sangat mantap dan menjadi la sampai aku rasa benci giler tengok dia dalam cerita ni.
SINOPSIS:
Mengisahkan dua beradik iaitu Jai ( Ady Putra) dan Malek (aaron aziz) yang terjebak dalan dunia gangster. Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun kerana dikhianati oleh kumpulan sendiri iaitu shark (syamsul ) anak tiri kepada king ( redzuan hashim) rakan kongsi malek dan kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.
Setelah malek keluar dari penjara, dia ingin melakukan kerja harian biasa yang tidak terlibat dengan dunia kongsi gelap. Namun, sebagai seorang banduan amat susah untuk meyakinkan masyarakat. Selepas kelaur dari penjara malek tinggal bersama rakannya, Fadil ( zizan).
Malek sering diganggu oleh kongsi gelap sehingga king menghulurkan bantuan namun ditolak oleh malek. Shark semakin sakit hati terhadap malek apabila king mengarahkan supaya tidak menggangu malek. Shark seorang yang gila kuasa dan sangat membenci malek kerana king akan lebih mempercayai malek sekiranya malek kembali bersama king dan ini menyebabkan shark melakukan macam-macam ugutan terhadap malek supaya tidak kembali bersama king.
Bagi Jai pula, hanya kemewahan yang diingini sehingga sanggup menerima tawaran membunuh kawan dan abang sendiri disebabkan telah dibayar dengan lumyan oleh Shark.
Kesudahan nya?? pergi tengok sendri kat wayang ok.
Aku pasti korang tak akan menyesal tengok cerita ni. Tak macam aku menyesal tengok cerita kongsi.
Lakonan mantap zizan memang menceriakan cerita ni. Azron aziz tak yah cakap la kan. Pape pun aku bagi 4 setengah out of 5 la. Ada lagi yang boleh dibaik pulih. Kalau cerita ni dapat kutipan 10 juta pun aku rasa memang berbaloi la.
Dah tu jela. Koranh kalau nak tau best tak best citer ni g tengok ok.
0 LOVE TO COMMENT:
Catat Ulasan