" Cantik siot perempuan tu, kalau aku dapat
buat bini perh!"
Ok kalau dah ayat macam tu dah tentu la lelaki punya status kan. Takkan perempuan kot atau mungkin LESBIAN tapi yang ni aku yakin la lelaki.
Ok cuba korang tengok bunga ros ni. Cantik kan? Secantik nama aku *dush dush penampo sekali*. Tapi memang cantik kan bunga ros ni tapi kalau kita pegang tangkai dia penuh dengan duri betul tak?
Macam tu juga dengan perempuan. Bagi aku la sebagai seorang perempuan, kita akan menerima lelaki itu seadanya walaupun dia hensem ataupun tidak tapi yang penting hati. Cuba korang fikir kalau lelaki macho, hensem tapi perangai buaya tembaga tenteram tak hidup korang?
Cantik, hensem tu pun subjektif. Mungkin kau kata dia ni hensem tapi orang lain tengok tak hensem. Macam tu la.
Macam tu jugak dengan lelaki. Selalunya lelaki memang akan mencari perempuan yang cantik tapi persoalannya
1) Adakah cantik kekal selama-lamanya?
2) Adakah cantik menjamin kebahagiaan?
3) Adakah cantik menjamin hati budi seseorang?
TAK. Jawapannya mesti TIDAK. Bila seseorang itu cantik sempurna serba serbi fizikalnya, ada sesuatu yang tidak sempurna padanya mungkin perangainya, pergaulan nya atau lain-lain kerana TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA DI DUNIA.
Ada pulak lelaki yang mengata perempuan ni gemuk la, hodoh la pendek la. Sekali korang menghina, bermakna korang menghina ciptaan ALLAH. Tiada yang indah melainkan ciptaan ALLAH SWT.
Jadi pada kaum-kaum lelaki tu, cari la isteri yang menyenangkan, yang sedap mata memandang bukan memandang dan budi bahasa malah agamanya bukan paras rupa semata-mata kerana tiada yang kekal di dunia ini.
*mood ustazah*
0 LOVE TO COMMENT:
Catat Ulasan