Ads 468x60px

Ahad, 19 Jun 2011

[KENANGAN] Kawan-kawan Kolej Matrikulasi Johor yang memang Terbaeekkk.!!

Hye semua. Hari-hari minggu macam ni, duduk-duduk depan latop selak-selak balik semua gambar-gambar masa zaman matrik dulu buatkan aku terasa nak buat entry baru.

Kolej Matrikulasi Johor la matrik aku dulu. Memang terbaek la semua yang ada kat sana. Aku dulu budak PDT (pelajar dua tahun ). Herm herm bukan repeat dua tahun ok tapi memang course untuk dua tahun.

Masa tahun pertama aku dalam kelas SP5.


Ni la semua classmate aku masa SP5. Yes memang tak ramai lelaki sebab kelas ni sains Hayat. Kan memang kurang lelaki dalam sains hayat. Kalau fizik tu ramai la kan. 

dalam ramai-ramai tu ada 3 orang la kawan paling baik aku la disebabkan kitaorang duduk sama blok dan sama aras. Bilik pun depan dengan sebelah je sebab tu la rapat giler la wa cakap lu.


Ha ini la kawan rapat aku masa SP5. Yang baju pink tu bukan ye. Itu akak fasi masa program kat matrik dulu. Aku tak ingat nama program tu tapi memang best giler. Sampai tak nak dorang balik la masa tu. Akak-akak dengan abang-abang fasi semua dari utm dengan kutho kalau tak silap aku la.


Yang ni semua budak-budak yang sama aras dengan aku. Kitaorang buat plan nak jalan-jalan melaka la. Melaka jadi pilihan disebabkan Melaka yang paling dekat dengan KMJ kan. Dan disebabkan aku seorang juga yang duduk Melaka jadi semua yang dalam gambar tu duduk kat rumah aku. Serius memang ramai dan meriah.

Siap buat BBQ lagi malam kat rumah aku. Sampaikan ada yang tido dekat rumah makcik aku sebelah rumah aku sebab ramai. Hehe.. Bila ingat balik memang kelakar tapi tu la kenangan yang paling best aku dapat ingat sampai sekarang.

Masuk tahun ke dua pulak semua dah pindah kelas lain. Dah tak sama dah. Jadi roomate pun bertukar. Tapi roomate aku yang untuk tahun kedua memang giler kentang la. Best sempoi dan kelakar.


Ye inilah roomate aku untuk tahun ke2 dekat KMJ. Baju pink yu Lisa, Baju coklat tu aku la, pink nani dan hijau Fiza. Nani tu sekarang sama Universiti dengan aku dan sama kelas juga sebab dia amik course yang sama dengan aku. Pendidikan Math. Jadi makin rapat la kitaorang.

Kelas aku untuk tahun ke2 ialah Hayat 50. memang Hayat paling last la tapi bukan last sebab bodoh ok. Take note itu.


Ini antara la budak-budak H50. Ada yang tak de dalam gambar ni. Tapi ni la kelas yang paling best masa hidup kat KMJ. Semua tak berapa nak betul. Walaupun ramai antara dorang ni adik-adik kan tapi dah tak macam tu pun. Macam kawan-kawan biasa je. Memang terbaek la dorang.








Ye memang macam- macam perangai dorang ni. Tapi apa-apa pun bagi aku kalau nak dibandingkan sekolah, KMJ dan universiti aku akan pilih time KMJ. Bukan la sekolah dengan universiti tak best, memang la best tapi masa dekat KMJ kita lebih banyak luangkan masa dengan kawan-kawan dan kongsi macam-macam. 

Tapi sekarang kan zaman fesbuk, semua boleh jumpa balik kat fesbuk tapi ada jugak yang tak dapat jumpa kat fesbuk la. Pape pun life must go on kan.

Kenangan hanya boleh disimpan dan diingati. Dah la cukup la tu. Panjang dah rasa entry aku kali ni. So happy father's day and happy weekend.

p/s: rindu masa-masa dekat KMJ dulu and rindu semua classmate and roomate aku.
rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

1 LOVE TO COMMENT:

Unknown berkata...

seronok kan duduk KMJ.Sye batch 2010/11 tapi amk akaun. :)

Catat Ulasan