Ads 468x60px

Selasa, 10 Mei 2011

MOTOR HILANG!!!! INI BETUL-BETUL KENA CURI

Hye semua.. Ari tu aku ade cerita pasal kereta hilang kat sini kan? Ha ari ni motor pulak hilang..
Bukan motor aku la tapi adik aku.

Macam ni cerita nya. Adik aku ni pergi kedai nak beli barang. Mak aku mintak beli barang nak masak la. Dia pun pergi la kedai arraound kol 7 kot. Macam tu la. Masuk dalam 5-10minit je pun keluar tengok motor dah tak ada.

Yang lagi best nya kunci ada kat adik aku. Memang hebat la pencuri-pencuri sekarang kan. Cepat dan cekap mencuri. Apalagi adik aku pun dah menggigil la cari motor nya. Jaga motor macam anak dalam buaian bak cakap mak aku la tiba-tiba hilang pulak.

Malam tu jugak perg report apa semua. Aku la kena jadi peneman adik aku tu. Polis yang incharge kes adik aku tu cakap hari tu je 4 biji motor dilaporkan hilang. Masa kat balai polis tu pun ada sorang lagi yang datang buat laporan motor hilang jugak kat DATARAN PAHLAWAN.

Yang aku pelik nya apesal la suka sangat mencuri hak orang. Korang kerja la cari duit beli sendiri xpayah la nak menyusahkan orang. Kalau orang kaya tu tak apa la jugak ni orang miskin korang curi tak ke kesian kat dorang.

Memang tak selamat la hidup semua pencuri-pemcuri tu.

Nak dijadikan cerita satu hari kawan adik aku ternampak ada budak pakai sticker adik aku kat motor dia. Mesti korang pelik kan sticker banayak sama kan? tapi yang special nya sticker yang adik aku pakai tu memang ada satu je dalam malaysia ni. Dia dapat masa join konvoi melaka hari tu dan hanya adik aku je yang ada sticker tu.

Bila kawan dia dh nampak apa lagi kawan-kawan dia pun tanya la mana dapat sticker tu apa semua.
Mula-mula budak tu tak mengaku last-last bila dah panggil polis baru dia nak mengaku. Dan yang lagi best nya budak yang curi motor adik aku ni dulu pernah jugak mencuri kat kedai mak aku masa dia kecik-kecik. Dari kecik sampai ke besar mencuri tetap mecuri.

Sekarang dah ada maklumat mana motor adik aku tu. harap-harap motor tu belum barai lagi la. Kalau dah barai tak guna jugak la dapat cari pencuri dia.

Korang doa-doa kan la motor adik aku selamat jumpa sebijik lagi ok. Dah nak cerita tu je. Bye.


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

2 LOVE TO COMMENT:

Unknown berkata...

motor aku jg hilang di belakang dataran pahlawan di area paking moto bawah pokok tu,,,di syak,i yang curi budak sabah bdak hisab gam....smpe skrang blum ade berita dr balai polis,,,,jenis motor aku YAMAHA 125 Z Plat nomor MBB 5754 wana Black Reed

Unknown berkata...

motor aku jg hilang di belakang dataran pahlawan di area paking moto bawah pokok tu,,,di syak,i yang curi budak sabah bdak hisab gam....smpe skrang blum ade berita dr balai polis,,,,jenis motor aku YAMAHA 125 Z Plat nomor MBB 5754 wana Black Reed

Catat Ulasan