Ads 468x60px

Sabtu, 28 Mei 2011

MAHARAJA LAWAK MINGGU 9

Halloooo semua.. Lama rasa nya tak update blog. Bukan tak nak update tapi tak ada masa la. Sibuk kerja. Ok yang pasti bukan tu yang aku nak cakap.

Baca tajuk entry aku kan. Aku kan memang peminat MAHARAJA LAWAK ni jadinya selalu la korang akan nampak tajuk macam ni setiap minggu.

Minggu ni setiap peserta iaitu JOZAN, SEPAH, NABIL, JAMBU, BALAS dengan R2 digandingkan dengan pelawak-pelawak malaysia seperti Sathiya, AR Badul, kencana dewi, sharifah shahira, bell ngasri dan lagi sorang aku tak tau nama.

Apa yang dapat aku katakan ialah ada kumpulan yang nampak kelam kabut apabila ada orang baru. Sebagai contoh kumpulan BALAS nampak sangat kelam kabut dengan bell ngasri yang macam nak over shadow BALAS.

Ini pandangan aku la dan aku rasa bell ngasri tu macam tak sesuai jadi pelawak sebab memang tak kelakar langsung pun semalam. Aku rasa balas dah cukup sesuai berdua. Tapi dah nama nya tugasan kan.

Cewah macam Paul Mos pulak ni. Ok ada jugak kumpulan yang sangat serasi dengan undangan tu macam JOZAN, NABIL dan SEPAH juga JAMBU.

Malas cerita lagi la moh la layan video dorang.












ok layan dan berikan pendapat anda. Cewah. ok tu je.. bubbye...

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Jumaat, 20 Mei 2011

PPSSSTTTT KORANG CIK JEJARI RUNCING KOMEN DAN FOLLOW BLOG AKU!!!

Hye semua... Ha ini entry nak berlagak sikit ni. Ada korang nampak itu tajuk aku tu ha. Cik Jejari Runcing komen kat entry aku yang pasal dorang tunang tu tau dan follow blog aku. Kalau tak tau lagi boleh tengok kat entri ni..

Macam tak percaya pulak blogger femes tu sudi masuk and komen kat blog aku.


Ha tengok tu komen tu. Eh biarlah satu ke sikit ke janji dia komen ok. Hahaha... Korang tak de tau. Kalau ada sesiapa lagi yang tak tahu siapa tu Cik Jejeri Runcing, ala kekasih Khairul Fahmi Che Mat la penjaga gol negara. Takkan tak kenal. Sekarang dah jadi tunang la.

Herm herm nak berlagak lagi sekali ni. Bukan komen aje ok siap FOLLOW lagi. Kau hade??


Ha tengok yang first picture dari atas tu. Tengok tu follower aku pun baru 42 je tapi apa aku kisah kan. Janji ada follower. 

To Elia, terima kasih la sudi masuk and follow blog ni. Muuaahhh sekali la. ;-)

Ok la tu aja nak bagitau. Adios.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Khamis, 19 Mei 2011

WAH CIK JEJARI RUNCING DAH BERTUNANG DENGAN KHAIRUL FAHMI.. BESTNYE!!!

Hai semua. Baca tajuk aku tu kan? Wah bestnya dorang akhirnya bertunang jugak. Macam nak bertunang pulak rasanya... Walau macam-macam keji yang Elia dapat tapi tengok mulut-mulut longkang orang yang mengutuk tu tak buat dorang bergaduh ke hape ke tetap je bertunang.



Jadi nya yang kat luar tu tak payah la busuk-busuk hati lagi kat dorang tu. Bahagia je aku tengok walaupun ramai mengata. Penat korang je mengata.

pape pun tahniah la buat dorang. Sweet sangat dorang. Suke giler aku tengok.


Gambar aku amik dari pakcik goggle.. Kalau korang nak tengok Majlis pertunangan Elia & Fahmi tu pergi la tengok kat blog jejari runcing tu. Ok tu je nak cerita. aku nak pilih tarikh bertunang pulak ni. (penampar sekali). Macam ada je orang nka bertunang dengan aku kan. 

Ok la mengarut sudah. Jumpa lagi. Adios.



rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Sabtu, 14 Mei 2011

AKHIRNYA AMIR TERSINGKIR..!! JOM UNDI MASUK R2 RAMAI-RAMAI OK.!

Hye semua. Baru la dapat nak hupdate blog ni ha. Kalau labah-labah boleh buat sarang dah bersarang dah aku rasa. Ok semalam kan maharaja lawak kan.

Akhirnya AMIR telah tersingkir. Macam yang aku pernah cakap dekat enrty ni kan, aku bukan tak suka AMIR tapi untuk pentas MAHARAJA LAWAK memang AMIR belum layak lagi. Finally minggu ke 7 AMIR tersingkir juga.

Tapi ada pulak la undian masuk. Harap-harap la AMIR tak masuk balik sebab antara yang dah tersingkir aku rasa R2 dengan ALEX je yang ada potensi. Tapi aku lebih prefer R2 la.


Jadi kengkawan meh la reramai undi R2. Senang je nk undi dan percuma. Like facebook Maharaja Lawak then cari gambar kat atas ni ML masuk like je. OK? Gerenti tak menyesal nye la. Jom layan beberapa sketsa R2 yang best2 jap.




Ni dua video masa dalam maharaja lawak la. Dalam raja lawak pun best jugak korang cari la kat youtube kalau tak pernah tengok ye.


Ok untuk minggu ke 7 ni persembahan terbaik tak lain tak bukan JAMBU dan JOZAN. SEPAH dengan NABIL pun best jugak tapi tak boleh lawan dua J tu lagi la. Bak cakap mamat Khalid bertaraf Internasional.

Tapi aku suka idea NABIL dalam silence comedy ni. IDEA dia kalau menjadi memang kreatif giler la. Tak dinafikan NABIL memang setiap minggu akan bagi satu sketsa yang kreatif dan pecah perut gelak dengan lawak dia.

1) JAMBU



2) JOZAN




3) NABIL



4) SEPAH



Ni antara kumpulan-kumpulan yang best la. AMIR pulak bak cakap Ahmad Idham dia seperti memperbodohkan diri sendiri untuk buat orang gelak. Hhmm no komen la kan. Apa-apa pun korang jangan lupa undi masuk R2 ok?? 





rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Selasa, 10 Mei 2011

MOTOR HILANG!!!! INI BETUL-BETUL KENA CURI

Hye semua.. Ari tu aku ade cerita pasal kereta hilang kat sini kan? Ha ari ni motor pulak hilang..
Bukan motor aku la tapi adik aku.

Macam ni cerita nya. Adik aku ni pergi kedai nak beli barang. Mak aku mintak beli barang nak masak la. Dia pun pergi la kedai arraound kol 7 kot. Macam tu la. Masuk dalam 5-10minit je pun keluar tengok motor dah tak ada.

Yang lagi best nya kunci ada kat adik aku. Memang hebat la pencuri-pencuri sekarang kan. Cepat dan cekap mencuri. Apalagi adik aku pun dah menggigil la cari motor nya. Jaga motor macam anak dalam buaian bak cakap mak aku la tiba-tiba hilang pulak.

Malam tu jugak perg report apa semua. Aku la kena jadi peneman adik aku tu. Polis yang incharge kes adik aku tu cakap hari tu je 4 biji motor dilaporkan hilang. Masa kat balai polis tu pun ada sorang lagi yang datang buat laporan motor hilang jugak kat DATARAN PAHLAWAN.

Yang aku pelik nya apesal la suka sangat mencuri hak orang. Korang kerja la cari duit beli sendiri xpayah la nak menyusahkan orang. Kalau orang kaya tu tak apa la jugak ni orang miskin korang curi tak ke kesian kat dorang.

Memang tak selamat la hidup semua pencuri-pemcuri tu.

Nak dijadikan cerita satu hari kawan adik aku ternampak ada budak pakai sticker adik aku kat motor dia. Mesti korang pelik kan sticker banayak sama kan? tapi yang special nya sticker yang adik aku pakai tu memang ada satu je dalam malaysia ni. Dia dapat masa join konvoi melaka hari tu dan hanya adik aku je yang ada sticker tu.

Bila kawan dia dh nampak apa lagi kawan-kawan dia pun tanya la mana dapat sticker tu apa semua.
Mula-mula budak tu tak mengaku last-last bila dah panggil polis baru dia nak mengaku. Dan yang lagi best nya budak yang curi motor adik aku ni dulu pernah jugak mencuri kat kedai mak aku masa dia kecik-kecik. Dari kecik sampai ke besar mencuri tetap mecuri.

Sekarang dah ada maklumat mana motor adik aku tu. harap-harap motor tu belum barai lagi la. Kalau dah barai tak guna jugak la dapat cari pencuri dia.

Korang doa-doa kan la motor adik aku selamat jumpa sebijik lagi ok. Dah nak cerita tu je. Bye.


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Jumaat, 6 Mei 2011

PERINGATAN UNTUK AKU DAN SEMUA YANG MEMBACA

Hello u ols.. Hari ni aku nak bercerita sikit la pasal apa yang kita lakukan sehari-harian sama ada kita perasan atau tidak. Untuk menjadikan penulisan aku menarik dan tak yah korang pening-pening nak baca panjang aku men'dialog'kan ok. Kalau sesiapa ada facebook aku mungkin dah pernah baca dialog-dialog ni tapi aku nak buat kat blog pulak. Eh blog aku suka hati aku la. *peace*

Situasi 1
A: hye B. Cantik la baju ko. Sesuai dengan kau.
B: oh yeke. Terima kasih. (sambil senyum malu)

A: Eh C ko tengok la B tu baru puji sikit ingat dia dah cantik sangat la tu.
C: emm.... (buat tak tahu)

Ini namanya talam bermuka-muka. Secara jujurnya aku banyak jumpa orang yang macam ni. Depan baik belakang mengata. Kalau tak ikhlas tu tak payah la nak puji-puji kan. Buat tak tahu sudah la.

Situasi 2 (depan orang ramai @ facebook)

A: Bodoh la kau. Macam ni punya kerja pun tak boleh buat. Pegi sekolah ke tak? (tengah marah)
B: (diam tertunduk malu)

A: B sorry la aku marah kau tadi.
B: senyum tak ikhlas.

Sebab itulah kata orang kalau hati tengah marah lebih baik kita diamkan diri. Kalau tengah marah nak bercakap memang macam-macam benda yang akan keluar. Lepas kau dah memalukan orang tu baru terhegeh-hegeh nak mintak maaf nak tegur bagai. Sorry la der kalau aku kat tempat si B tu aku tak kan berkawan lagi dengan orang macam tu. Dah buat minta maaf dah buat minta maaf benda settle. Kalau macam tu sesiapa yang membunuh minta maaf settle la eh. Narrow minded ok. Terlalu mudah makan hasutan syaitan masa tengah marah.

"Kerana mulut badan binasa". Itulah gunanya peribahasa ni. Tolonglah fikirkan kawan kau malu ke tak ko marah depan orang ramai. Kalau betul ada salah dia pun tegur secara baik. Tertutup tak perlu la depn orang ramai. Even facebook pun ok. Dah sah-sah la kau tau facebook tu semua orang boleh baca nak jugak memaki hamun orang tu kat facebook. Such a stupid person siapa yang buat macam tu. Orang lain yang baca gelakkan je kebodohan kau tu. Bukan lah nak kata aku baik sangat tapi sekurang-kurangnya aku bila marah aku akan diam tak bercakap langsung. Itu lebih baik kan.

situasi 3

A: Semalam mak aku belikan aku rantai emas.
A: mak aku bagi aku kereta.
A: ayah aku belikan bla..bla..bla...

Menunjuk-nunjuk. Ok la kau kaya tapi perlu ke nak bangga diri macam tu. Hello duit mak ayah ko je pun. Bukan hasil titik peluh kau pun jadi tak perlu la berbangga sangat. Aku hanya akan impress kalau apa yang kau dapat adalah hasil titik peluh sendiri. Baru orang pandang beb..

Kesimpulannya:

Ini apa yang aku rasa selalu sangat jadi la kan. Dan apa yang aku tak suka. Tapi biasa la kan lain orang lain ragamnya. Rambut sama hitam hati lain-lain kan. BTW post aku ni tiada kene mengena sama ada dengan yang hidup mahupun meninggal dunia. Yela kadang-kadang kita cakap tak tunjuk kat sape-sape tapi ada pulak yang terasa. Cuma aku nak cakap sapa makan cili dia la rasa kan. Kalau ada sikap macam ni perbaiki la.

Sebenarnya banyak lagi tapi aku rasa cukup la ini je kan. Apa yang penting ingat lah kita hidup kat dunia ni tak lama. Pinjaman je. Jadi hargai lah hidup ni. Tak payah la nak gaduh-gaduh sangat. Kalau ada pun forget and forgive.

Ini untuk peringtan aku jugak la. Jangan la kita jadi antara orang yang macam ni. Sama-sama la kita perbaiki dir ok. Jadilah insan yang cemerlang terbilang dan gemilang.
Jadi bak cakap Nabil "lu pikir la sendiri'


rose:- like kalau suka ok.

Khamis, 5 Mei 2011

AKU PUN MINAT JUGAK K-POP TAPI K-POP WANNABE MEMANG YUCKSSS

Hye semua. Sekarang kan tengah demam k-pop kan. Memang tak dinafikan aku ni pun peminat tegar k-pop ni. Tapi aku lebih kepada drama korea jela. Lagu-lagu korea ni mint jugak tapi kurang la nak dibandingkan dengan drama.

Walaupun aku memang peminat tegar tapi kalau group dari malaysia yang gelarkan diri dengan gula-gula dan 24:7  ni serius buat aku menyampah.



Fuyyooo k-pop sangat...




Ha tu la dia. Yang group lelaki tu namanya 24:7 yang group perempuan tu pulak gula-gula. Sangat tak sesuai ok. tak silap aku ade jugak melayu dalam group ni. Walaupun minat sangat dengan korea tapi sedar la kita duduk kat Malaysia. Tak payah la nak agungkan sangat bahasa or cara dorang tu. baik agungkan bahasa dan negara sendiri. 

yang lagi aku tak boleh blah tu boleh pulak kata "The 1st ever K-POP group in Malaysia".. hello korang tu orang korea ke. Kalau orang korea buat macam tu patut la dah orang korea ni orang malaysia kot. Sedar la diri tu. Pergi beli pakaian yang cukup kain dulu.

Tu jela pape pun aku suka drama korea jugak ok. Peace.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

APABILA AKU SEORANG AKAUNTAN

Hye semua. Wah korang baca tak tajuk entry aku tu. Ya dekat UKM aku amik couse pendidikan matematik tapi disebabkan cuti sem ni kan kerja la apa lagi.

Cari punya cari aku dapat buat part time menaip data entry. Bukan data entry iklan-iklan yang mengarut tu ye. Ini taip data entry cheque bank punya.

Korang perasan tak dekat mesin ATM tu ade cheque deposit kan. Ha jadi nya ada orang yang masukkan sampul surat sendiri la dalam mesin tu dan macam-macam la. Jadi nya kerja akuu ni kena salin or taip semula no akaun dan jumlah-jumlah cheque2 tu semua la.

Wah bekerja dengan bank aku. Bangga sekejap. Masa mula-mula pergi test tu dia kata dia nak pekerja yang boleh menaip dengan pantas dan tepat. Pertama kali aku pergi test mungkin sebab nebes yang teramat aku taip nombor sebanyak 7000++ dalam masa tapi salah 20. Banyak kot salah tu.

Dia kata aku qualified tapi kena amik test sekali lagi sebab kalau nak bekerja dengan bank ni kene kurangkan salah sebab berkaitan dengan duit orang. Buatnya kat cek orang tu kena taip 1000 aku taipkan 100 000 tak ke bankrap bank tu.

Kali ke2 aku pergi test aku dapat taip sebanyak 9000++ dalam masa dan hanya salah 2 je. Terkejut sekejap aku. Taip 7000++ salah banyak taip 9000++ sikit pulak salah.

Ahh tapi itu semua tolak tepi janji aku dah dapat kerja tu. Now pergi training dan start kerja. Adalah income untuk menampung perbelanjaan aku untuk cuti sem ni.

1jam RM7.. Mahal jugak kan. Nama company tempat aku keja tu ADECCO.


Tu dia. Better work, better life ok. Aku baca profile company ni dia banyak branch kat serata dunia. Bertuah gak la aku dapat kerja kat sini kan walaupun part time je. Pengalaman mendewasakan ok. Cewah berfalsafah aku. Tapi pape pun kerja kerja jugak jangan bila dah pegang duit lupa nak belajar sudah. Jauhkan lah.

Ok la korang-korang yang belum dapat kerja dan nak kerja pergi la usha-usha laman web mudah. Banyak kerja yang ditawarkan kat situ. ye dan kerja aku ni pun dapat kat mudah. Ce cuba ce cuba.

Ok la tu aje. Wish me luck.


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

ARTIS MELAYU TUA COMEL?? APAKAH??

Hye semua. Tengah-tengah tak de keje ni tangan aku pun gatal-gatal la bukak stat nak tengok keyword search pageview semua tu la kan.

Tengok-tengok keyword ada pulak yang cari ni ha...


Nampak tak anak panah tu?? artis melayu tua comel?? apakah? apa sebenarnya yang nak dicari? artis melayu ka? artis tua ka? artis comel ka?

Ha hambik ko berpoloh soalan aku. Nak tergelak pun ada kelakar pun ada. Mungkin dia malas nak taip satu-satu tu yang terus taip 3 sifat sekali tu. 

Tapi tak apa bila-bila aku ada idea nak tulis entry pasal artis melayu tua comel nanti aku buat ye.

Adakah macam ni..


atau ini kah..




atau pun inikah....





Nanti kita pikir-pikir kan ok. Pape walau apa keyword sekali pun terima kasih le bebanyak sudi masuk blog hamba ni. Ok bye. 

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Rabu, 4 Mei 2011

TUTORIAL RETWEET TWITTER

Ok yang ni pulak macam mana nak letak button twitter tu kat entry.


Ha yang tu la. Ok senang juga. Seperti biasa la mula-mula..

1. dashboard > design > edit html
2. jangan lupa klik "expand widget tempalte"
3. cari ini coding <data:post.body/>
macammana nak cari coding cara mudah? korang tekan ctrl+F then masukkan coding nanti dia akan terus highlightkan

4. Masukkan coding ni bawah coding yang korang cari kat no 3 tu. Tapi kalau korang dah buat button like facebook tu korang masukkan coding dalam box ni bawah coding button like tu ok. Kalau tak ada lagi button like tu just paste bawah coding kat step 3 tu.



<div style='float:right; margin-right:10px;'>
<script>var twittleystyle = "0";</script><script src='http://twittley.com/button/button.js'/>
</div>


Ni salah satu la. Yang bold tu boleh tukar 0-6 untuk warna-warna lain. korang boleh la cuba sendiri k.

Last sekali cam biase save dan ta daaa.... button tweet dah siap.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

TUTORIAL BUTTON LIKE FACEBOOK

Tutorial kali ni aku nak bagi macam mana nak letak button like facebook kat bawah setiap entry korang.


Ha button macam tu la. Senang je.

1. design > design > edit html

2. Jangan lupa klik "expand widget templates" ok. 

3. Cari coding ni <data:post.body> ataupun <data:post.body/>
 Nak cari coding tu korang tekan ctrl+F pastu masukkan coding yang korang nak cari. Dia akan highlight kan coding tu nanti. Tak payah la korang nak cari satu-satu kan.

4. Masukkan coding kat bawah ni bawah coding kat step no 3 tadi.

<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=450&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:60px'/>



5. Save.

Ok siap. Tu aja. Jadi selamat mencuba ok. Ha meh klik button like aku tu ha ok.

rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Mudahnya di MUDAH.MY

Hye semua. Wah lama rasanya tak update blog ni. Yela sejak-sejak sibuk dengan final exam hari tu kan. Now exam dah habis dan bermula lah cuti semester selama 4 bulan. Lama tu.

Takkan nak duduk rumah besarkan badan je kan. Jadi nya jom la kita cari-cari kerja part time yang boleh menampung perbelanjaan kan. Disebabkan semua universiti cuti sama makanya bilangan orang-orang yang cari kerja tu memang berpoloh kali ganda la kan.

Tapi tak pe. Disebabkan adanya MUDAH.MY


yes MUDAH.MY telah mempermudahkan kerja aku dari pergi satu tempat ke satu tempat na mencari kerja.
Korang buka je laman web ni dan pilih la korang dari negeri mana. Pilih la kategori mana korang nak. 

Jangan cakap kerja macam-macam la ada. Health la yang jual kereta la rumah la produk kecantikan la dan lain-lain lagi. Aku rasa ramai dah tahu pasal mudah ni tapi kalau ada yang tak tahu lagi tu boleh la usha-usha website ni. Mostly memang boleh dipercayai la. 

Dan aku dapat kerja part time masa semester break ni pun kat mudah ni la. Dah nama pun Mudah kan so makin mudah la kerja kita. 

Jadi nya pada sesapa yang nak mencari kerja tu tapi tak tahu nak cari kerja kat mana cuba la kat mudah ni.
ce cuba ce cuba.

Pada sesapa yang dah habis exam tu selamat bercuti dan kepada yang belum habis exam tu selamat berexam la ye. :-)






rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Khamis, 28 April 2011

FENOMENA HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH DAN MAHARAJA LAWAK YANG BERLELUASA DI FACEBOOK

Hye semua.. Aku rasa daripada tajuk aku tu mesti korang boleh agak kan apa yang aku cuba nak sampaikan ni. Dewasa kini... cewah dah macam karangan budak sekolah menengah dah. Ok walaupun esok aku ada exam tapi disebabkan exam last menyebabkan niat study aku dihujung-hujung tanduk je. Punya la malas tahap gaban betul la.

Terpesong pulak cerita aku. Ok korang perasan tak sekarang yang dekat facebook kan main banyak lagi status-status warna biru tu. Contohnya macam ni ha.


Dan yang paling popular mesti lah dialog-dialog cerita hantu kak limah dengan maharaja lawak. Semakin berleluasa pulak aku tengok.







Ini antara jela yang aku rajin nak print screen. Banyak kot. Sampaikan "hahahahahha" pun ada page sendiri. 


Apa motif sebenarnya page-page ni semua pun aku tak faham la. Dah semua dialog pulak dia nak buatkan page. Nasib baik persembahan Maharaja Lawak tu 3 minit je satu kumpulan. Kalau 3 jam tak ke berjuta page yang dorang buat untuk dialog je. 

Naik pening pulak aku tengok status biru-biru tu kadang-kadang. Tapi kengkadang aku pun buat jugak status camtu. Yela tak nak ketinggalan la pulak kan. Bila dah banyak sangat page dialog tu dan ramai yang buat status biru-biru tu.. wujud la pulak page ni ha..


Ha pulak dah. Page nak hentam siapa yang buat status biru pulak. Macam-macam  la. Dah lepas tulisan biru nanti apa-apa jela page lagi yang dorang buat. 

Tak pe la biarkan si luncai terjun dengan labu nya. Yang pasti aku suka layan ini group. Best dan kelakar. 


Cuba korang usha-usha group ni. Kakak aku suka post kan apa yang aku salah cakap. Dah nama pun zaman facebook kan sekarang jadi kita layan ok.

Dah mata pun dah ngantuk. Aku pun dah tak tahu nak cerita apa. Panjang dah aku rasa entry aku kali ni. Ok bubye.





rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Sabtu, 23 April 2011

10 TABIAT LELAKI MALAS... MALAS.... DAN MALAS....

Hai semua.. Korang nampak tajuk aku tu tak? 10 Tabiat lelaki malas... malas... malas... malas.... malas.... malas.... malas... ok cukup la tu.. Ha selalu lelaki-lelaki ni asyik mengutuk perempuan itu la perempuan ini lah hah nah hambik la lelaki-lelaki ni pulak. 


Ketahui lah sifat malas anda sendiri ok. Aku terbaca artikel dalam suratkhabar Berita Harian. Ye aku memang suka baca suratkhabar malam-malam cenggini. Ibarat kalau rumah aku nak kena bom esok pagi, esok petang baru aku tau la. 


Balik semula pada entry yang betul sebelum aku merosakkan lagi peribahasa.



Namun tidak semua lelaki digambarkan sebagai pemalas kerana ada juga lelaki yang mementingkan semua ini dan teliti dalam banyak perkara. Minggu ini kita akan mengintai 10 habit lelaki pemalas secara am berdasarkan pemerhatian dan pengamatan sisipan XY - Ikon Lelaki. 

1. TIDAK MENCUCI PAKAIAN 

Rata-rata lelaki zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan. 

Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap tiga hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman. 

Yang ni aku setuju la sangat. Lelaki kalau seluar tu boleh pakai ulang-ulang kali seminggu kot. Kuman kumin dah buat negara dah kat seluar tu baru nak basuh.

2. MENGEMAS RUMAH 

Percaya atau tidak, hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata. 


Macam tu la bersepah rasanya kan. Boleh ke lelapkan mata kalau rumah dah berbau kambing?? Bak cakap mak aku macam tongkang pecah... tapi janji tido.. Lelaki...

3. TIDAK MENCUCI PINGGAN 

Sampai berulat dan berbau busuk barulah jejaka mencuci pinggan mangkuk yang bertimbu dalam sink rumah. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga tidak dibuang. 

Bagi lelaki sebegini adalah elok jika makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang saja. Lebih ekstrem, ada lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas menyentalnya dan esok beli pinggan mangkuk lain pula. 

4. MENGGOSOK BAJU 

Pasti semua pernah melakukan habit ini, pakai saja baju tanpa digosok! Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang lelaki malas untuk menggosok baju. 

Seharusnya, lelaki mengambil sedikit ruang pada waktu malam atau lapang untuk menggosok semua baju yang perlu dipakai terutamanya untuk ke pejabat. Sesekali, apa salahnya melakukan ‘senaman’ dan mengeluarkan peluh sambil menggosok baju. 

5. BERCUKUR 

Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah dijaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaskan lah sedikit. 

6. RAMBUT KUSUT 

Jika suatu masa dulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disisip rapi dan kemas. Namun kini rambut kusut adalah satu trend. Perlulah sesuai dengan diri dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang. 

7. TIDAK DATANG KE PEJABAT @ KULIAH 

Sikap sebegini paling banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadang kala tiada sebab tertentu, lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar.

Tanamkan sikap dan perasaan untuk mempelajari ilmu baru atau meningkatkan prestasi kerjaya. 

8. MENCUCI KENDERAAN 

Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas melakukannya sendiri. Jika tidak alamatnya, air hujan sajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka. 

BANGUN AWAL PAGI 
Lelaki jika sudah tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya. Apatah lagi jika perlu bangkit untuk bekerja atau menghadiri kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah. 

9. MENJAGA PENAMPILAN DIRI 

Walaupun kelihatan seperti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga seluruh badan, ia seharusnya diambil kira lelaki. 

Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih. 

10. MEMBACA 

Jika mengikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan mereka agak berbeza dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki adalah insan yang paling malas untuk membaca - apatah lagi membeli bahan bacaan. 

Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau genre pembacaan lelaki biarlah pelbagai. 



Aku rasa memang ramai yang setuju betul tak? Nak tak nak memang inilah tabiat lelaki walaupun tak semua macam ni mungkin.


Tapi sebab itu juga la kenapa perempuan dilahirkan sifatnya yang dapat melengkapi tabiat lelaki-lelaki ini apabila berkahwin. Dah kalau lelaki pengotor perempuan pun pengotor alamatnya rumah korang tu boleh jadi tempat pelupusan sampah la kan. 


Jadi nya lelaki-lelaki sekalian bersyukur la sebab ada perempuan-perempuan ni yang menolong korang-korang kemas rumah yang bersepah, masak untuk korang dan segala macam la. Bangga sekejap aku. Ok tu saja. Bye.


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

JOZAN, SEPAH, JAMBU, NABIL yang Memang MAHARAJA LAWAK

Hye semua... Selamat berweekend ye. Semalam kan MAHARAJA LAWAK minggu ke 4. Walaupun dah minggu ke-empat tetap aku nak buat entry jugak. Dah 4 minggu yang aku tengok kan apa yang boleh aku katakan  JOZAN, SEPAH, JAMBU, NABIL memang MAHARAJA LAWAK la wa cakap lu. Even ada antara dorang yang tak menang pun bagi aku keempat-empat ni dah sememangnya MAHARAJA LAWAK.

Korang tak percaya ke? Tak caya meh layan sketsa dorang semalam jap.


JOZAN


NABIL


JAMBU


SEPAH

Ha ni empat video yang korang mesti layan untuk minggu ke empat la. Tapi tengok juga yang minggu-minggu lain. Best jugak. Serius sangat best. Daripada AKADEMI FANTASIA aku rasa better MAHARAJA LAWAK. Kira nya empat-empat group ni feveret aku la dan aku gerenti tiga daripada empat feveret aku ni akan masuk final.

TAPI...!! Kalau final ada AMIR aku rasa memang aku boikot la MAHARAJA LAWAK ni. Bukan aku tak suka Amir tapi aku rasa AMIR mungkin belum dapat menandingi yang lain yang lagi sesuai dalam MAHARAJA LAWAK ni.

Jadi sokonglah pelawak tempatan. 


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Isnin, 18 April 2011

KERETA HILANG!!!! KENA CURI????

Hye semua... Cerita ni kisah benar sebenar-benar nya tiada yang tak benar melainkan benar belaka... Ok cukup.. Meh aku start cerita.

Hari ahad lepas kiranya semalam la ye, aku dgn incik abang pergi la Jusco Melaka yang baru tu yang besar gedabak tu kan.

Tu la rupanya Jusco AEON melaka yyang baru buat tu. So aku pergi la kan. Lepas parking kereta masuk la Jusco tu nak beli barang.

1/2 Jam lepas tu keluar la kitaorg dari Jusco tu. Ye aku beli barang memang kejap. Tak membazir masa. Ok tipu. Kena beli cepat sebab pergi dengan lelaki yang tak reti bershopping.. Ya itu la alasan nya. Huh tak suka...

Ok nak dijadikan cerita pergi la kat tempat parking kereta tadi. Sampai-sampai je tengok kereta dah tak ada!!!!!!!!!

Aku : Kereta mana??
Incik Abang : eh tadi kat sini. Mana kereta ni??

Apalagi dengan muka cuak dan hati yang berdebar-debar ni kitaorang ni pusing la satu tempat parking yang besar macam 50kali ganda padang bola sepak tu. Tak jumpa jugak kereta kesayangan Incik abang tu.

Incik abang dah risau setangah mati la awek no 2 dia hilang. Tanya la bangla-bangla yang kerja tarik troli tu nampak ke tak. Tanya mana pak guard la... Kitaorang pun pergi la cari pak guard nak bagitau la kereta hilang kalau-kalau ada CCTV ke kan nak cari.

Cari pak guard pulak tak jumpa. Dengan panas-panas rabun tu berpeluh-peluh cari pak guard yang keje nye berpusing je naik moto. 

Bila dah jumpa, Pak Guard pun bawak la Incik Abang tu naik motor dulu cari sekali lagi kereta kat tempat parking dari mula sampai last.

Aku duduk dekat kerusi depan JUSCO tu menunggu. Sebelah kerusi aku ada la sepasang China. 

Cina: Kereta hilang ka?
Aku : ya
Cina : parking bayar pun boleh hilang ka?
Aku : entah
Cina: Habis macam mana?
Aku : tak tahu la...

Dalam hati aku dah menyumpah dah cina ni. Aku dah la risau kereta hilang dia banyak lak tanya.
Duduk la aku melayan pertanyaan cina tu nak tunggukan pak guard tu bawak abang aku g cari kereta.

Dalam 15min pastu pak guard pun datang balik kat tempat aku duduk tu..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Kereta ada kat belakang. Parking tempat lain memang la tak jumpa kat sini."

Dialog pak guard tu yang buatkan aku rasa nak tanam diri sendiri jek. Shit macam mana la kereta tu boleh parking kat situ pulak. Aku pun toleh la Cina tu tadi. Sengih-sengih je dorang. Pak Guard ni pun satu tak payah la nak cakap kuat-kuat kan. Buat malu jek... Aku rasa muka aku kalau letak telur sebijik boleh masak kot... Aku pun apalagi tak tunggu lama dah dengan pantas jalan tinggalkan tempat tu bila abang aku datang amik. Walaupun malu tahap dewa-dewa cinta punya aku lega la jugak kereta tak hilang.

Tak menoleh langsung la aku kat cina tu. Kecoh macam real jek kereta hilang. Semua orang nak ditanya nya. 
Huh bikin cuak betul ini parking. Cuak beb. Kereta tu hilang. Ingat kereta boleh beli macam beli ikan bilis.
Jadi mulai sekarang kalau aku nak pergi JUSCO lagi aku nak parking depan-depan pintu JUSCO biar senang cari. Tu la masalah nya buat parking besar-besar menyusahkan orang je. Ok aku salahkan parking.

Tapi yang penting kereta jumpa dan tak kena curi ok. Dapat la Incik Abang aku tidur lena malam tu.

Dah tu je nak cerita. Bye. (^_^) 



rose:- jangan lupa like kalau suka ok.

Khamis, 14 April 2011

SIAPA NAK IPAD, TIKET MAROON 5, DSLR, IPHONE PERCUMA??

Hye semua. Meh sini na cerita ni. Korang minat ipad? iphone? Mahal kan?



tengok rupa pun dah tahu mesti mahal kan. Jadi nya meh la aku bagi cara nak dapat free.. Tak minat?? Owh kalau tak minat apa kata tolong aku dapat kan? Heeee...

Senang je. Free je. 

Step 1

ok..klik banner ni then sign in.

xnampak klik bagi dia gemuk. 

Sign in kat "sign in with facebook" tu k.
Jangan lupa verified acount korang dekat emel tau.


STEP 2

Korang boleh share campaign-campaign yang ada tu pada kawan-kawan ataupun invite kawan-kawan join jugak. Serius tak rugi.

Tu jela. Jadi nya macam cakap aku tadi kalau tak berminat sign up je ok. Bantu membantu amalan mulia tau. Tetibe lak kan. Ok la chiow dulu. 


rose:- jangan lupa like kalau suka ok.