Ads 468x60px

Isnin, 3 Januari 2011

Sayang Tak Mengenal Bangsa

Wah ape yg korang pikir bila baca tajuk aku 2??? Cinta..?? Owh tidak2.. Tajuk nak jiwang. hehe.. sebenarnye nak citer psl kemelut dlm Badminton Assosiation Malaysia (BAM).. Dah klu Badminton mestila psl sukan badminton kan.

Dengar2 citernye Jurulatih perseorangan utama negara, Dato Misbun Sidek dh letakkan jawatan. Terkejut kan? Aku pun dgr semalam terkejut beruk gak. Yela xde angin xde ribut tetibe tsunami melanda. Cewah ayat aku...

Ni petikan yang diambil dari berita harian. (sumber yg sahih ok bukan reka2)

Misbun berat hati mahu bicara isu letak jawatan


"SAYA minta maaf. Saya tidak ada rasa nak bercakap sekarang. Mungkin lain kali. Selamat Tahun Baru dan jaga diri."
Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada jurulatih perseorangan negara, Misbun Sidek ketika diminta mengulas lanjut mengenai keputusannya meletak jawatan secara mengejut, kelmarin.
Nada mesej berkenaan tampak lebih terarah kepada rasa tawar hati terhadap laya-nan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terhadapnya yang sukar dipendam lagi selepas sekian lama menyimpan segala kekecewaan.


Tetibe aku rasa sedih plak bile tgk gmbr ni. Sbbnye Dato Lee Chong Wei pun kate akan kluar dari BAM utk mengikut Dato Misbun Sidek. Sbb 2 le tajuk entri aku ni Syg tak mengenal bangsa. Hahaha..

Ni pula kenyataan Dato Lee Chong Wei tentang peletakan jawatan Dato Misbun Sidek.

KUALA LUMPUR: Selepas dikejutkan dengan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tamparan terbaru apabila anak emas jurulatih itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan keluar daripada badan induk itu. 

“Saya akan ikut dia. Dalam tempoh dua tahun yang tinggal, sudah tentu sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan sistem dan teknik latihan jurulatih baru. Jadi, saya akan keluar daripada BAM untuk bersamanya,” kata pemain nombor satu dunia itu ketika dihubungi semalam.
Chong Wei berpendapat beliau yang kini berusia 28 tahun hanya mempunyai kira-kira dua tahun lagi untuk berada di puncak bagi mencapai lebih banyak kejayaan.
Misbun membuat kejutan kelmarin apabila menghantar surat peletakan kepada BAM melalui e-mel tanpa memberi sebarang alasan.

Chong Wei yang menjuarai sembilan kejuaraan, tahun lalu dan akan beraksi pada final Grand Prix (GP) di Taiwan, pada Rabu ini menuntut BAM menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu sebelum memburu gelaran kali ketujuh di Terbuka Malaysia yang akan bermula 18 Januari ini.

“Saya tetap mahu Misbun membimbing saya pada Terbuka Malaysia nanti,” katanya yang akan ditemani penolong Misbun, Teh Seu Bock untuk membimbingnya ketika di Taiwan.

Ditanya antara faktor utama Misbun meletak jawatan, Chong Wei tidak menolak kemungkinan disebabkan jurulatih itu memendam perasaan kurang senang dengan keputusan dan tindakan pegawai BAM. 
“Bukan saja Misbun, tetapi saya dan pemain lain juga kurang senang dengan pegawai BAM. Mereka tidak menjaga kami dengan baik walaupun saya dan pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong adalah pemain nombor satu dunia.

“Bila kami menang dipuji, tetapi apabila kalah dikeji. Siapa pemain yang mahu kalah dan kami sentiasa berlatih keras untuk mengharumkan nama negara.
Adakah mereka tidak nampak pengorbanan kami selama ini?,” katanya.

Chong Wei berkata, beliau hanya mengetahui Misbun meletak jawatan ketika menghadiri latihan Khamis lalu apabila jurulatih itu memanggil dan memberitahunya serta rakan lain akan meletak jawatan.

“Kami semua terkejut dan sebelum pergi, dia berkata kepada saya dan rakan lain bahawa dia menyayangi kami semua dan meminta kami jaga diri sambil mengalirkan air mata,” katanya. 



Nampak kan kasih syg dorang 2.. Hehe. Tapi memang itu pun lumrah masyarakat malaysia ni. Bila menang dipuji bila kalah dikeji. Macam masa aku tgk badminton kat kedai hari tu la. Bila beregu utama kita main, bila xdpt mata je mcm2 kate la kluar. Bodoh la ape la.. Dah klu korang 2 pandai sgt apesal xpegi je main badminton 2 ganti pemain badminton kita. eh emosi lak aku tetibe kan.. hehe...


sweet je tgk kan. Hehehe..

K la cukup la entri aku kali ni. Kang aku membebel panjang2 korang bosan lak baca. 
*rose*

0 LOVE TO COMMENT:

Catat Ulasan